Jalan yang aku pilih – Part 1

“Tak susah ke menjadikan melukis komik sebagai kerjaya?”

Siapa kata susah, maknanya dia tak 100% terjun dalam kolam. Siapa kata tak susah maknanya dia baru pucuk dalam rimbunan. Mana ada benda senang dalam dunia ni! Nak dapat sesuatu, kena buat sesuatu, kena bertindak!

Aku bukan dari latar melukis. Malah, aku tak pernah ambil kelas melukis untuk belajar melukis. Aku habiskan separuh dari kehidupan sekarang dengan benda yang bukan ikut kehendak aku. Dalam celah-celahan itu, aku bina skil dengan jadikan melukis dan design sebagai hobi.

Dulu, aku kata aku buat silap, habiskan masa dengan benda yang sia-sia. Sebab dalam fikiran, apa yang aku buat langsung tak kena dengan apa yang aku minat. Sebab aku salah buat pilihan dan hanya mengejar gelaran sahaja. 10 tahun dah berlalu dari kehidupan yang aku anggap kesilapan dan sia-sia. Tapi itu dulu…

Sekarang, aku tetap akan kata aku silap, tapi semua tu bukan sia-sia. Ada ilmu yang aku belajar dan ada pengalaman yang aku timba sepanjang perjalanan. Aku percaya semuanya dah diatur dengan sempurna untuk mencipta aku yang sekarang. Ya, perjalanan tu jauh, tapi dalam setiap langkah ada cebisan yang aku kutip untuk aku simpan dalam kocek. Untuk aku jadikan ingatan dan pengajaran.

carrot

Advertisements

3 thoughts on “Jalan yang aku pilih – Part 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s