“Tak susah ke menjadikan melukis komik sebagai kerjaya?”
Siapa kata susah, maknanya dia tak 100% terjun dalam kolam. Siapa kata tak susah maknanya dia baru pucuk dalam rimbunan. Mana ada benda senang dalam dunia ni! Nak dapat sesuatu, kena buat sesuatu, kena bertindak!
Aku bukan dari latar melukis. Malah, aku tak pernah ambil kelas melukis untuk belajar melukis. Aku habiskan separuh dari kehidupan sekarang dengan benda yang bukan ikut kehendak aku. Dalam celah-celahan itu, aku bina skil dengan jadikan melukis dan design sebagai hobi.
Dulu, aku kata aku buat silap, habiskan masa dengan benda yang sia-sia. Sebab dalam fikiran, apa yang aku buat langsung tak kena dengan apa yang aku minat. Sebab aku salah buat pilihan dan hanya mengejar gelaran sahaja. 10 tahun dah berlalu dari kehidupan yang aku anggap kesilapan dan sia-sia. Tapi itu dulu…
Sekarang, aku tetap akan kata aku silap, tapi semua tu bukan sia-sia. Ada ilmu yang aku belajar dan ada pengalaman yang aku timba sepanjang perjalanan. Aku percaya semuanya dah diatur dengan sempurna untuk mencipta aku yang sekarang. Ya, perjalanan tu jauh, tapi dalam setiap langkah ada cebisan yang aku kutip untuk aku simpan dalam kocek. Untuk aku jadikan ingatan dan pengajaran.
[…] Link: Jalan yang aku pilih – Part 1 […]
LikeLike
[…] Link: Jalan yang aku pilih – Part 1, Jalan yang aku pilih – Part 2 […]
LikeLike
[…] Link: Jalan yang aku pilih – Part 1, Jalan yang aku pilih – Part 2, Jalan yang aku pilih – Part 3 […]
LikeLike