Jalan yang aku pilih – Part 2

“Untunglah dapat buat apa yang kau minat.”

Takdelah untung mana sebab jalan aku tu banyak juga simpang dan likunya. Walaupun aku lalui perjalanan yang langsung tersimpang jauh dari kehendak aku, tapi tak bermakna aku perlu putus semangat. Dalam bidang Pengurusan Maklumat yang aku belajar, aku tetap habiskan sehingga sarjana muda. Fuhh.. Aku ni bukan manusia bijak lagi cemerlang, tapi alhamdulillah aku sentiasa cari cara terbaik untuk aku lepas, biarlah tak cemerlang. Aku tetap usaha belajar supaya aku lulus pada waktunya sebab aku sedar, lepas aku ada adik-adik yang mahu juga melanjutkan pengajian mereka. Alhamdulillah, aku berjaya.

Cara aku gembirakan hati dalam paksa, aku teruskan apa yang aku suka lakukan sejak sekolah; turut serta dalam persatuan dan aktiviti. Aku suka sibuk dan betul, masa sekolah dan di universiti aku sangat sibuk. Orang bijak pandai jadikan senarai gred cemerlang bila tamat, tapi aku cenderung simpan sijil dan jumlah persatuan yang aku sertai. Jangan contohi aku sebab itu cara aku untuk gembira. Sijil yang menimbun tu pun hanya beberapa je berguna letak dalam resume.

Tamat pengajian, macam majoriti graduan buat adalah mencari peluang kerja. Ramai je kawan-kawan kekal dalam tren sampai stesen Master, tapi bagi aku cukuplah (walau masih ada sekelumit nafsu untuk turut serta naik tren tu). Bila dapat kerja, aku set lima tahun untuk target. Target? Samada aku akan kekal dengan kerjaya yang sama atau aku kejar apa aku mahu. Aku tak tahu apa yang akan jadi dan apa jalan ceritanya, tapi bila tiba masa keputusan tetap akan dibuat.

Link: Jalan yang aku pilih – Part 1

10672250_10203798912227367_1719572104829870338_n

Advertisements

2 thoughts on “Jalan yang aku pilih – Part 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s