Cuba kau beritahu aku, apa kau pun tahu perkara yang akan terjadi esok? Kau boleh rancang dan jangka, tapi ada kau tahu dalam 7 billion penduduk dunia ni, siapa yang berdiri kat sebelah kau dalam bas, atau pemandu yang akan berhenti sebelah kereta kau masa berhenti dilampu isyarat?
Lima tahun yang aku set bukan pun aku pasti akan berlaku. Tapi perkara tu berlaku. Banyak benda yang aku lalui menarik aku untuk berhenti dan pergi. Siapa tak suka dengan gaji yang agak okay, bonus tinggi dan sebagainya. Kenapa aku pilih untuk lepaskan semua tu dan mula semula? Ikutlah apa aku mahu.
1) Hidup aku dah tak seronok, jadi aku berhenti.
2) Aku sangat nak merasai perasaan letak jawatan, jadi aku berhenti.
3) Aku nak tahu bagaimana hidup dengan hasil dari melukis, jadi aku berhenti.
4) Susah ke kehidupan aku nanti? Aku nak tahu, jadi aku berhenti.
Link: Jalan yang aku pilih – Part 1, Jalan yang aku pilih – Part 2
[…] Link: Jalan yang aku pilih – Part 1, Jalan yang aku pilih – Part 2, Jalan yang aku pilih – Part 3 […]
LikeLike