Selepas berhenti, enam bulan aku habiskan masa melanguk tak tentu hala. Tiga bulan pertama aku banyak tidur sebab bila bangun tidur aku masih ada rasa sesal, marah dan takut. Kemudia aku rasa sangat tak berguna. LOSER habis! Rasa bodoh piang tahap paling hina.
Selepas enam bulan dalam gelap, alhamdulillah, aku mula dapat cahaya. Aku jumpa sekumpulan manusia yang rasa aku ni ada gunanya. Walau aku tak pernah kenal mereka. Dalam masa yang sama aku diberikan peluang untuk menerbitkan komik oleh sebuah syarikat penerbitan. Bermula dari situ, semua berlaku dengan amat pantas. Membawa aku ketempat yang aku berada sekarang.
Perjalanan tu masih jauh. Sangat sangatlah jauh. Ini jalan baru yang aku mahu tebas. Yang pasti, jalan itu, jalan yang aku pilih. Waktu ni, apa yang berlaku, baik dan buruk dan bukan tanggungjawab sesiapa. Sendiri buat, sendiri rasa, sendiri tanggung.
Wallahua’lam.
Link: Jalan yang aku pilih – Part 1, Jalan yang aku pilih – Part 2, Jalan yang aku pilih – Part 3