Pengalaman KOMIK DEBUT! – Sayang Ummi

Siapa yang suka melukis dan minat pada komik mesti ada angan-angan atau impian untuk hasilkan sebuah komik, kan? Alhamdulillah, aku tak sangka sesuatu yang menjadi angan-angan aku dulu, kini sudah tercapai! Pada bulan Julai 2015, komik sulung-baby pertama-komik debut aku selesai dicetak dan bersedia untuk dipasarkan dengan tajuk “SAYANG UMMI”. Komik ini diterbitkan oleh Humaira Publications.

Komik pertama!

Untuk komik debut, semangat memang semangat! Full throttle kejar dalam masa sebulan untuk siapkan. Syukur, selesai walaupun dalam waktu yang sama aku ada pelbagai tugasan untuk event yang lain. Fuhh.. Apa boleh aku rumuskan, untuk komik pertama ni, semuanya dipermudahkan jalan. Ada lah juga satu dua bonggol (yang itu memang tak boleh lari la) sebab ini pun pengalaman pertama. Masa aku dirisik untuk menghasilkan komik oleh Puan Editor, aku memang ada rasa takut dan gementar tu. Tapi kalau nak ikut takut, skil tak cukup, pengalaman takde… bila nak mula kan? Jadi aku ambil langkah untuk teruskan dan belajar, sebab aku memang KOSONG pengetahuan dalam hal ni!

Pengalaman pertama kali..

Mungkin ada yang tertanya-tanya (kot la ada) macamana proses aku masuk, hasilkan dan akhirnya terhasil komik Sayang Ummi ni. Okay, aku tak pasti pengalaman aku bersama Humaira Publications ni sama macam syarikat penerbitan yang lain, tapi inilah yang aku lalui:

Menghantar proposal

  • Selepas dirisik oleh Editor, aku menunggu sekejap sebelum dihubungi semula. Rupanya Editor buat background check. Haha. Takdelah background check sangat, mungkin dia nak tengok hasil kerja dan lukisan kita. Masa tu Editor agak keliru dengan stroke aku. Kejap ini kejap itu katanya. Jadi, waktu tu jual la diri kalau boleh buat pelbagai stroke dan Editor tu bagitau mana yang dia rasa berkenan dan bersesuaian. Lepas setuju tu, makanya kenalah hantar proposal. Masa ni aku sangat noob, tak faham proposal komik macamana. Bila Editor suruh hantar, aku bagi yang simple je (ikut macam yang aku hantar untuk Mat Komik). Sebenarnya tak berapa sesuai, tapi tengoklah bagaimana situasinya (ehhh).
  • Bila menghantar proposal, aku bagi sedikit sinopsis dan contoh rekaan karekter. Tajuk awal aku adalah “SAYANG-SAYANG UMMI”. Tajuk aku ni diubah sedikit, tapi kalau ikut keadaan sebenar, tajuk ni akan ditentukan oleh Editor dan penerbit mengikut kesesuaian jalan cerita kita. Rekaan karekter pun diberi komen, ada yang tak menonjol, tak nampak perbezaan dan sebagainya. Kena dengar lah komen Editor tu dan buat la perubahan mana yang patut.
  • Selepas tu kena hantar sample komik. Editor request sebab aku memang tak pernah buat komik. Aku buat dua sample dengan dua jenis stroke. Jadi Editor buat pilihan. Lepas tu pulak lagi, kena hantar sample komik ikut jalan cerita kita.

    TIPS: Jangan tamak haloba nak buat sample komik ye.. nanti penat. Cukuplah dalam 3 – 5 mukasurat je. Sebab utamanya, Editor nak tengok lukisan kita dan jalan cerita.

  • Kisahnya, aku buat dalam 15 mukasurat! Lepas tu kena la komen dan bagaimana kehendak Editor tu. Bila ada yang tak kena, dan kita dah buat benyak, akan ada rasa kecewa dan penat tu. Betul.. Jadi jangan tamak buat sample komik. INGAT!

Menyiapkan komik

  • Aku pergi berjumpa Editor pada 28 April 2015 di Pesta Buku 2015. Masa tu kami bincang la apa yang patut macam berapa mukasurat aku mampu hasilkan sehari. Dari situ Editor akan buat kira-kira dan bila boleh komik tu disiapkan. Oleh sebab aku sudah dilobi dek Bophairy yang aku buat cepat (haduii) maka Editor letak sebulan sebagai anggaran.

    TIPS1: Waktu ni sebenarnya boleh la tawar menawar dengan Editor kalau rasa tak mampu dalam waktu yang diberi. Mungkin kita da komitmen lain ke.. Bincang elok-elok. Tapi pastikan relevan jugak la tempoh masa tu.

    TIPS2: Tengok juga stroke dan berapa detail stail lukisan kita. Macam untuk Sayang Ummi ni stroke aku simple dan tak berapa detail.. sebulan tu mungkin boleh capai.

  • Sebab ini pengalaman pertama, aku setuju tempoh sebulan tu dulu dan kata kalau aku tak dapat siapkan, aku akan bagitau. Selepas setuju dan capai kata sepakat, barulah bermula kerja-kerja tukangan menghasilkan komik.
  • Aku gunakan application CLIP STUDIO PAINT untuk hasilkan komik sebab dah terbiasa dan agak mudah. Untuk dialog / text, aku guna Photoshop. Asalnya aku guna Clip Studio jugak, tapi bila save kepada .tiff, tulisan tu akan rasterized dan mendatangkan masalah kepada Editor untuk ubah. *SIGH* Caranya, aku convert kepada .psd (Clip Studio boleh buat ni) dan buat text di layer baru. Leceh sikit, tapi ok la.. Heh.
  • Aku letakkan target setiap hari, tapi biasalah akan terbabas dipenghujungnya sebab komitmen lain yang bortingkek-tingkek waktu tu.. *SIGH* Tapi, alhamdulillah.. 30 Mei tu aku berjaya hantar komik! Yeay~

deadline

  • Selepas hantar tu Editor akan review dan masa itulah masalah text tu timbul, tapi berjaya diselesaikan. Kerja keras sikit lah kan. Masa ni berdebar juga kalau ada apa-apa perubahan, sebab baru lepas happy kerja dah siap. Haha.

Perjanjian dan bayaran

  • Bila semuanya okay, lepas tu Editor akan panggil untuk tandatangan kontrak dan bincang tentang bayaran. Sejauh yang aku tahu ada dua jenis, bayaran penuh atau royalti. Jadi pilihlah ikut kehendak dan kesesuaian citarasa kita. Tak berani nak cerita hal kontrak dan bayaran sebab itu mengikut syarikat penerbitan. Cuba je la tanya mereka yang berpengalaman, apa baik dan buruknya bayaran penuh mahupun royalti.

Sebaris otai-otai belaka!

  • Bila aku tengok barisan komik dari Humaira Publications, aku akan terkedu dan nervous habis. Mereka yang ada adalah dalam golongan OTAI dan yang aku respect. Masa tu aku fikir macamana aku punya komik nak berdiri sebaris dengan mereka? Mampu ke aku capai gred yang sama? Tu diaa. Macam-macam tu..

    TIPS: Apa-apa pun, be yourself and do it passionately. Buat dengan sungguh-sungguh dan sentiasa hasilkan yang terbaik! Jangan bandingkan diri kita yang baru ni dengan mereka yang memang dah ohsem tu. Capai standard kita sendiri. Bbasyah!

Terima kasih dan penghargaan

  • Komik Sayang Ummi takkan terhasil kalau tiada keyakinan diri dan sokongan mereka disekeliling kita. Pertama sekali syukur kepada Allah sebab beri aku rezeki dan buka pintu aku untuk capai impian aku selama ini. Kedua, keluarga aku yang mula percaya pada keputusan aku untuk buat apa yang aku minat dan tak pernah berhenti menyokong. Ketiga, kawan-kawan yang sentiasa mahu tahu apa perkembangan aku dan bagi aku sokongan padu. Seterusnya, kawan Comicore Club, yang buka ruang dan peluang untuk aku berdiri bersama di dalam industri komik ni. Akhir sekali, kepada Puan Editor dan Humaira Publications yang merealisasikan Sayang Ummi.
  • Hanya aku dan mereka saja tahu siapa yang banyak membantu aku selama aku melibatkan diri dalam industri ni. Aku akan ingat bantuan dan jasa mereka walaupun muka aku ni hanya menzahirkan rasa hambar sokmo. Huhu. You people are placed in a special space deep in my kokoro. isk.. iskk.. Terima kasih sangat-sangat.

Aku harap pengalaman aku ni dapatlah memberi sedikit sebanyak kisah yang aku lalui dalam menghasilkan komik debut aku ni. Ini baby sulung aku, aku harus bangga dengannya. Peluang begini bukan senang. Aku harap lepas ni banyak lagi peluang yang sama hadir untuk mereka yang mahu menghasilkan komik. Matlamatnya, bersama kita sokong komik Malaysia! #sayasokongkomikmalaysia

Wallahua’lam.

Promo and teasers. Baca prebiu komik Sayang Ummi di sini. Berminat? Boleh beli secara online di sini.

keyword: sayang ummi, humaira publications, komik. komik islamik, danial haikal, keluarga, family, komik debut, pengalaman, buat komik, penerbitan komik, paradecomix, deadline, tips, melukis, clip studio paint, photoshop, promo, teaser, publication, debut, baby sulung

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s