Ehh.. Kalau anda peminat komik Malaysia, mesti tahu PeKOMIK atau Persatuan Penggiat Komik Malaysia. Mula ditubuhkan pada tahun 2006 dan menjadi badan berdaftar pada 2008, PeKOMIK adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh penggiat dan artis komik tempatan. Mereka gigih dalam usaha memartabatkan industri komik tempatan dan menjadikan komik sebagai satu media yang boleh diterima umum, terutamanya di Malaysia.
Industri komik di Malaysia ni boleh dikatakan dalam situasi ‘bergelora’, ada turun dan naik. Penerimaan masyarakat dalam penghasilan mahupun pembacaan komik masih ditahap yang rendah. Wujudnya badan seperti PeKOMIK menjadi wajah bahawasanya industri komik di Malaysia masih lagi bernafas walaupun dalam keadaan yang agak pasang-surut ini.
Sokongan untuk mereka dan pelbagai lagi persatuan yang bertatih di atas landasan yang sama ini amat diperlukan. Pada aku, apa saja usaha yang dijalankan oleh mereka perlukan sokongan yang kuat, bukan sahaja daripada penggiat dan artis komik, malah menarik hati peminat komik untuk sama-sama mengangkat industri komik Malaysia agar kekal relevan inshaaAllah, terus berkembang maju.
Untuk tahu lebih lanjut berkaitan PeKOMIK, sila ke laman web mereka di sini.
keyword: pekomik, komik malaysia, persatuan komik malaysia, persatuan penggiat komik malaysia, industri komik malaysia