SEMBANG WAYANG: Inside Out

insideout

Mengikuti kisah Riley yang terpaksa berpindah bersama keluarganya ke San Francisco. Untuk Riley (dan semua manusia), kehidupannya dibantu oleh emosinya iaitu Joy (Amy Poehler), Fear (Bill Hader), Anger (Lewis Black), Disgust (Mindy Kaling) dan Sadness (Phyllis Smith). Inside Out membawa penonton meneroka kisah dan pengembaraan didalam fikiran manusia!

Tajuk: Inside Out

Edaran: Walt Disney Studios Motion Pictures

Genre: Animasi, Kanak-kanak, Kekeluargaan

Pengarah: Pete Docter & Ronnie del Carmen

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 20 Ogos 2015

Tempoh: 102 minit

Pelakon: Amy Poehler, Lewis Black, Mindy Kaling, Bill Hader, Phyllis Smith

Sembang:

Seperti filem Disney / Pixar yang lain, Inside Out dibuka dengan tayangan filem pendek bertajuk ‘Lava’. Kisah percintaan yang unik dan menarik yang diiringi oleh dendangan lagu yang cukup indah. Aku cukup terpegun dengan jalan ceritanya dan kisah yang dibawakan. Ini rahsia, kalau dah menonton mesti korang tau betapa best filem pendek ni! Inside Out kemudian bermula dengan gaya yang amat mudah dengan perkenalan watak-watak. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan filem ini adalah filem yang sangat bijak dan matang! Walaupun target audience adalah kanak-kanak, kita yang dewasa ni bukan sahaja terhibur, malah akan buat kita terfikir sendiri. Twist cerita yang menarik dengan beberapa scene yang buat aku sentapp! Ya, sentapp tahap bergenang air mata dan orang sebelah akan fikir, “dah apahal mamat sebelah ni tengok kartun pun sedih?” Begitulah.. Aku keluar dari wayang dengan otak masih mengagumi kehebatan mereka yang lahirkan jalan cerita.. hebat betul!! Tak tahulah pelik atau tak, aku sukakan watak Sadness dan agak terganggu dengan watak Joy tu.. hmmm.. pada aku jugak filem ni represent tentang introvert dan extrovert dengan cara yang menarik. Jadi, apa emosi dominan korang?

POPKON: popkonX5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen.

keyword: inside out review, inside out movie, sembang wayang, movie review, inside out 2015, animasi, animation

Advertisements

One thought on “SEMBANG WAYANG: Inside Out

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s