Mengikuti kisah Riley yang terpaksa berpindah bersama keluarganya ke San Francisco. Untuk Riley (dan semua manusia), kehidupannya dibantu oleh emosinya iaitu Joy (Amy Poehler), Fear (Bill Hader), Anger (Lewis Black), Disgust (Mindy Kaling) dan Sadness (Phyllis Smith). Inside Out membawa penonton meneroka kisah dan pengembaraan didalam fikiran manusia!
Tajuk: Inside Out
Edaran: Walt Disney Studios Motion Pictures
Genre: Animasi, Kanak-kanak, Kekeluargaan
Pengarah: Pete Docter & Ronnie del Carmen
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 20 Ogos 2015
Tempoh: 102 minit
Pelakon: Amy Poehler, Lewis Black, Mindy Kaling, Bill Hader, Phyllis Smith
Sembang:
Seperti filem Disney / Pixar yang lain, Inside Out dibuka dengan tayangan filem pendek bertajuk ‘Lava’. Kisah percintaan yang unik dan menarik yang diiringi oleh dendangan lagu yang cukup indah. Aku cukup terpegun dengan jalan ceritanya dan kisah yang dibawakan. Ini rahsia, kalau dah menonton mesti korang tau betapa best filem pendek ni! Inside Out kemudian bermula dengan gaya yang amat mudah dengan perkenalan watak-watak. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan filem ini adalah filem yang sangat bijak dan matang! Walaupun target audience adalah kanak-kanak, kita yang dewasa ni bukan sahaja terhibur, malah akan buat kita terfikir sendiri. Twist cerita yang menarik dengan beberapa scene yang buat aku sentapp! Ya, sentapp tahap bergenang air mata dan orang sebelah akan fikir, “dah apahal mamat sebelah ni tengok kartun pun sedih?” Begitulah.. Aku keluar dari wayang dengan otak masih mengagumi kehebatan mereka yang lahirkan jalan cerita.. hebat betul!! Tak tahulah pelik atau tak, aku sukakan watak Sadness dan agak terganggu dengan watak Joy tu.. hmmm.. pada aku jugak filem ni represent tentang introvert dan extrovert dengan cara yang menarik. Jadi, apa emosi dominan korang?
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen.
keyword: inside out review, inside out movie, sembang wayang, movie review, inside out 2015, animasi, animation
[…] Baca review di sini. […]
LikeLike