Mengisahkan agen dari dua negara yang perlu berganding bahu menyelesaikan ancaman daripada sebuah agensi misteri yang mahu menggugat keamanan dunia dengan senjata dan teknologi nuklear. Berlatarbelakangkan awal tahun 1960-an, Agen Solo (Henry Cavill) dari CIA dan Agen Kuryakin (Armie Hammer) dari KGB perlu melindungi anak kepada seorang saintis Jerman yang menjadi kunci untuk menyelamatkan dunia dari kemusnahan.
Tajuk: The Man From U.N.C.L.E.
Edaran: Warner Bros. Pictures
Genre: Aksi, Pengembaraan, Suspen, Komedi
Pengarah: Guy Ritchie
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 13 Ogos 2015
Tempoh: 117 minit
Pelakon: Henry Cavill, Alicia Vikander, Hugh Grant, Armie Hammer
Sembang:
Kisah penyiasatan klasik ala James Bond tapi dengan humor… yang berpada-pada. I like! Semuanya bagi aku okay untuk The Man From U.N.C.L.E. ni dari pelakon, jalan cerita dan teknikalnya. Aku hanya tahu ini adalah adaptasi dari sebuah drama bersiri TV tahun 1960-an dulu dangan tajuk yang sama masa credit awal tu. Sebab tu aku ada rasa phase permulaan ceritanya agak laju dan terus kepada klimaks. Tapi itu bukanlah sesuatu yang mengganggu dan sebenarnya agak bagus dari buang masa penonton dengan pengenalan yang meleret. Humornya tak melampau dan ada gabungan thrill yang seimbang. Namun, jalan ceritanya agak klise dan predictable macam cerita penyiasatan biasa. Nak kata tiada originaliti, ini pun filem adaptasi. Yang buat aku tertarik adalah idea yang menarik, lakonan Superman yang lain (haha.. mula-mula tu aku terkejut sekejap sebab lain betul gaya dan lakonan dia.. hebat!) Sebab tu dapat 41/2 POPKON. Jadi, korang suka agen US, Rusia atau UK?
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen.
keyword: the man from uncle review, the man from uncle movie, sembang wayang, movie review, the man from uncle 2015, filem 2015