Mengisahkan seorang pemuda bernama Eren Yeager yang mempunyai kebolehan luarbiasa untuk membantu melindungi tempat tinggalnya dari serangan makhluk gergasi (titan). Dengan menyertai Scouting Legion, Eren berazam untuk menghapuskan semua titan yang telah mengancam dan memusnahkan kampung halamannya.
Tajuk: Shingeki no Kyojin: Attack on Titan
Edaran: GSC Movies (Malaysia), Toho Company (Jepun)
Genre: Aksi, Pengembaraan, Suspen, Keganasan
Pengarah: Shinji Higuchi
Bahasa: Japanese
Tayangan Malaysia: 27 Ogos 2015
Tempoh: 99 minit
Pelakon: Haruma Miura, Kiko Mizuhara, Kanata Hongô, Satomi Ishihara, Nanami Sakuraba
Sembang:
Filem live action SnK ini merupakan adaptasi yang baik bagi aku.. bermaksud tidak diambil 100% daripada manga atau anime yang asal. Baik kerana aku tak nak lah tengok benda yang sama dari manga berjaya dizahirkan dengan mantap melalui anime tu diulang kembali untuk filem. Ya, ada beberapa scene yang diambil, tapi dengan jalan cerita yang sedikit diubah. Mungkin for the sake of silve screen, lebih banyak kisah romantis (Eren dan Mikasa yag sangatlah obvious, berbeza dari cerita asal) yang dipertontonkan. Tahap ganas dan gore yang okay, dengan tahap teknologi CGI sekarang boleh dikatakan baik untuk scale yang besar (80% CGI… kot). Ada sedikit rasa kelainan daripada filem Jepun yang lain, mungkin kerana tema ala Soviet atau yang lebih keBARATan ditonjolkan dalam cerita. Beberapa watak baru diwujudkan ATAU sebenarnya watak asal yang sebenarnya watak sampingan tapi diketengahkan di dalam filem ini.
Fangirling.. Sasha punyalah comel!! Mikasa bapak cantik gila.. Gyaaa~
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen
keyword: attack on titan review, attack on titan movie, sembang wayang, movie review, attack on titan 2015, shingeki no kyojin 2015, live action movie, filem 2015
[…] apa yang boleh ditambah dari segi teknikal seperti review filem pertama, cuma bahagian kedua ni agak perlahan dan lebih banyak penceritaan. Yang pasti, versi filem live […]
LikeLike