Cipta Maskot Sukan Sea.. dan paper doll!

Selamat pagi semua!

Tahu tak, kadang-kadang tu kita buat benda untuk mengarut atau gedik-gedik je boleh jadi fokus sampai bersungguh-sungguh.. Haduii..

Kisahnya, aku nak join satu contest (contest ke? ke proposal? entah..) ni yang memerlukan aku mereka maskot sempena Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Sea ke-29. Mencabar juga nak cipta karekter ni supaya maskot-applicable.. ceewah. Kriteria dah pun diberikan, iaitu maskot merupakan seekor harimau dan tidak berjantina. Senang cerita, kalau ada yang berminat sila ke page De’Gwet di sini. Cepat!! Sebab nak dekat dah deadline nye.

Ok, sambung balik. Aku ni sah-sah la bukan designer baju.. Malah pernah ada client mempertikaikan pilihan warna aku.. Haha. Itu la.. Nak letak warna pun kena study juga mana yang kena mana yang tidak.. Jadi, aku buat punya buat adalah dalam lima pakaian untuk maskot yang aku memandai letak nama Sang Nara tu..

Masalahnya, fikiran aku boleh melayang masa buat dan main mix-and-match pakaian dia macam main paper doll zaman kanak-kanak dulu! Lalu.. inilah hasil kesungguhan buat benda mengarut tu…

gedik jap

Korang pernah main paper doll? Elehh.. bajet sado masa kecik dulu tak join kakak-kakak main masak-masak dengan paper doll dengan lukisan manga zaman 80-an.. Aku main je dulu. Huhu. Salah satu sebab masa aku kanak-kanak dulu jiran yang sebaya atau umur seangkatan aku gadis-gadis belaka.. Jadi, aku main la masak-masak, lompat getah, lubang tikus, teng-teng bagai.. Dalam masa yang sama, jangan ingat aku lupa aku adalah abang-abang sebab aku main juga permainan macam rounders, tamiya (dengan trek bawah rumah), galah panjang.. tapi polis sentri tak main sebab penat kejar-kejar dan ayah selalu suruh tengokkan gerai.. ohh memori.

Pernah satu ketika masa aku masih duduk rumah lama dulu, terfikir apa la akan jadi nanti bila semua dah besar dan kawasan rumah ni akan sunyi… tup-tup pindah dan hilang langsung dah tapak rumah aku dulu tu.. Hmmm..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s