SEMBANG BUKU: Steal Like An Artist dan Show Your Work

buku steal show

Masa aku mula untuk meneruskan kehidupan dalam bidang lukisan komik ni, aku selalu tercari-cari buku rujukan yang ada.. yang boleh bantu aku untuk mulakan hidup, beri semangat atau metod terbaik sebagai asas permulaan. Tapi mula tu takdelah mula sangat.. Aku dah mulakan suku jalan. Bila tiba satu persimpangan yang buat aku terhenti, aku perlu berfikir. Membaca boleh membantu! Sewaktu melepak kat MPH, aku terlintas satu buku ni dangan tajuk yang sangat menarik “Steal Like An Artist” dan kemudian ada sambungannya “Show Your Work!” ditulis oleh Austin Kleon. Jom baca ulasan aku tentang dua buku yang super-ohsem ini!

1. Steal Like An Artist

8167875453_6e2cd6b9e2_b

Tajuk: Steal Like An Artist: 10 Things Nobody Told You About Being Creative

Penulis: Austin Kleon

Penerbit: Workman Publishing Company, 2012

Mukasurat: 160 mukasurat

Bahasa: English

ISBN:  978-0761169253

Kedai Buku: MPH Mid Valley

Harga: RM 49.50

Sembang:

“Steal Like An Artist” oleh Austin Kleon ditulis dengan gaya penulisan dan olahan yang agak berbeza. Buku ni bukan jenis bacaan berat sebab ia  lebih straight to the point dan mudah dihadam.. Istilah “CURI” yang dimaksudkan dan dijelaskan sangatlah benar dan logik. Lebih menarik, semua orang sebenarnya adalah seorang “pencuri” tambahan lagi di dalam duni penghasilan karya kreatif ni! Apa yang membuat aku teruja, banyak juga tips yang boleh digunakan dari buku ni. Walaupun apa yang ditulis adalah secara umum, aku boleh rasa ia sangat relatable.

Bagaimana kita nak cari idea yang segar dan terbaru? Kaedah untuk keep track informasi yang kita dapat / ada untuk penghasilan karya? Bolehlah dapatkan buku ini! Refreshing and inspirational!

GEEK LEVEL:

geekX4.5

2. Show Your Work!

Show-Your-Work-Cover-1024x1024

Tajuk: Show Your Work!: 10 Ways to Share Your Creativity and Get Discovered

Penulis: Austin Kleon

Penerbit: Workman Publishing Company, 2014

Mukasurat: 224 mukasurat

Bahasa: English

ISBN: 978-0761178972

Kedai Buku: MPH Mid Valley

Harga: RM 49.50

Sembang:

“Show Your Work!” adalah kesinambungan daripada buku “Steal Like An Artist” oleh penulis yang sama Austin Kleon. Sama macam buku pertama tu, aku kadang-kadang terhangguk-hangguk dan sesekali mata keatas, berfikir. Jadi, kalau mengikut kepada perjalanan aku di dalam bidang lukisan dan komik ni, ada perkara yang aku pernah buat dan ada yang aku tidak. Buku ni mengisi beberapa lubang yang aku terlepas pandang. Untuk perkara yang aku dah buat, sedikit lega bila tahu perkara yang sama juga telah dilalui oleh orang lain. Huraiannya memang mudah, ditambah contoh yang menarik, tiada cerita yang berjela-jela.

Perlukan metod untuk menempa nama agar dikenali oleh orang lain terutamanya pelanggan dan targeted audience? Mahukan cara yang memberikan semangat untuk lakukan sesuatu dengan karya korang? Buku ni ada jawapannya.

GEEK LEVEL:

geekX4.5

keyword: book review, review buku, steal like an artist review, show your work review, buku, ulat buku, geek, readings, membaca. Austin Kleon

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s