Dah besar nanti nak jadi apa?

citacita

Masa kecil dulu mesti ada soalan “Dah besar nanti nak jadi apa?” yang diajukan kepada kita kan.. Masih ingat apa cita-cita korang masa dulu? Apa pulak dah jadi dengan diri korang sekarang?

Seingat aku, masa sekolah rendah cikgu akan tanya kita tiga cita-cita untuk letak dalam kad peribadi sekolah. Masa tu, punyalah susah aku nak buat keputusan. Akhirnya aku pilih Polis, Bomba dan Cikgu. Masa berlalu tanpa ku menyedari, jiwa aku semakin tertarik untuk jadi seorang cikgu Pendidikan Seni atau Bahasa Melayu. Sampai waktu sekolah menengah dah pandai pilih, bukan cikgu, tapi Pendidik. Kiranya, tak kisahlah cikgu ke, tutor ke, pensyarah ke.. janji tugasnya mendidik. Namun….. HAUKKK~ Hahaha.

Panjang tak mukadimah tu? Sebenarnya nak cerita je, apa yang kita cita-citakan atau impikan, inshaaAllah boleh tercapai. Cuma kena sabar dan percaya, benda tu pasti akan tercapai. Sepanjang aku sambung belajar, aku tak nampak diri aku akan jadi seorang librarian mahupun IT expert. Langsung takde. Tapi aku masih harap suatu harinanti aku akan jadi cikgu jugak. Guess what… Hari ni aku dah berjaya capai impian aku untuk manjadi seorang CIKGU! Walaupun sekadar cikgu sekejap-sekajap, tapi aku tetap seorang cikgu! Tak kira~

Menerima pelawaan seorang kawan yang asalnya ajak aku untuk join sebagai pengajar melukis karikatur di sebuah uiversiti di Kuala Lumpur ni. Waktu tu aku masih bekerja, jadi memang aku tolak sebab dari tempat kerja ke sana pun dah makan masa. Lagi satu, aku mana reti lukis karikatur.. Setakat kartun tu boleh laa.. Kisahnya, selepas aku berhenti dan mula buat kerja sebagai freelancer, jiwa aku ni macam sangat terbuka untuk sebarang peluang yang ada. Kawan aku pun ajaklah sekali lagi untuk jadi pengajar tentang asas grafik komputer. Aku setuju! Selepas interview dan ke briefing session, aku pun sah diterima dan boleh memulakan tugas..

PENGALAMAN PERTAMA MENJADI PENGAJAR

Allah permudahkan urusan dan aku bertuah sebab seorang lagi kawan aku ni memang dah 4 semester jadi pengajar untuk program yang sama. Dua manusia inilah tempat mengadu kasih untuk aku menempuhi pancaroba sebagai seorang pengajar ni. Haha.

Malam sebelum kelas, aku hampir tak tidur membuat plan untuk kelas selain berasa tersangat berdebar. FYI, aku ni ada masalah gemuruh tak terkawal kadang-kadang.. sedangkan dah ready pun aku boleh menggigil, lagi-lagi kalau aku tak plan untuk bercakap depan orang ramai.. Risau bhai! Nak mengajar budak universiti pulak tu.. Dulu masa zaman belajar, jadi fasilitator tu biasalah.. Nak ajar adik-adik main games, buat aerobik MILA, poco-pocoLOW bagai.. Berbeza sebagai seorang pengajar, kita kena sentiasa bersedia untuk para pelajar ni. Masa tu kepakaran kita akan dicabar dan kreadibiliti akan diuji.. sejauh mana kita tahu tantang perkara yang kita ajar tu. Macammana cara penyampaian kita supaya diorang faham, boleh ikut.. respect, macam-macam lah.. Baru faham bagaimana perasaan cikgu atau pensyarah tu.. Hmmm..

Tapi akhirnya, masa kelas tu bermula, perkara berjalan dengan mudah je. Mungkin sebab aku dah plan masa dan topik, jadi flow tu elok je. Students pun ontok-ontok semuanya. Alhamdulillah, untuk minggu pertama ni, kelas lancar. Adalah beberapa cabaran, tapi dapat diatasi dengan sebaik mungkin!

Perasaan? Seronok sebab ini impian aku dari kanak-kanak yang sudah tercapai! Walaupun bukan betul-betul sebagai cikgu, tapi aku berjaya jadi pengajar.. seorang PENDIDIK inshaaAllah. Kerja tu tak jugak mudah sebab kena buat plan program, assignments, penilaian students tu..

Positive note: Percayalah perancangan Allah. Kita tutup satu pintu, satu lagi pintu baru kita akan buka. Tak tahu apa yang akan berlaku disebalik pintu yang baru tu.. Jadi teruskan sahaja. Aku tak terfikir akan jadi pelukis komik dan masa yang sama capai apa yang pernah aku impikan.. Kita sama-sama sabar dan yakin ye! BERUSAHALAH!

Dulu… aku pernah terbayang, kalau aku jadi cikgu, adakah aku akan jadi cikgu yang garang?

Korang rasa? :p

Advertisements

2 thoughts on “Dah besar nanti nak jadi apa?

    1. haha.. tak tau nak ucap tahniah ke camne.. tapi ini komen pertama dalam blog ni! Weehuuu~ Ada orang baca rupenya.. terima kasih.. harap2 macam tu la.. jomm la jadi anak murid.. ajar mcmn nak jadi gemuk tak kurus2..

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s