SEMBANG WAYANG: POLIS EVO

polisevo

Sani dan Khai merupakan Inspektor Polis dengan personaliti yang berbeza. Di dalam kisah ini mereka perlu bekerjasama untuk menundukkan jenayah sindiket syabu yang berleluasa di Terengganu.

Tajuk: Polis Evo

Edaran: Tayangan Unggul

Genre: Aksi, Komedi

Pengarah: Ghaz Abu Bakar

Bahasa: Melayu

Tayangan Malaysia: 17 September 2015

Tempoh: 120 minit

Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Mimie Ernida, Nora Danish, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Amerul Affendi

Sembang:

Memang itu je plot filem ni; dua orang polis dengan perangai berbeza, kena bekerjasama untuk lawan penjahat. Tapi nak bagitau la kan, untuk sebuah filem aksi selepas KL Gangster dulu, ini filem Melayu yang bila menonton tak rasa macam filem Malaysia! Kualiti boleh dikatakan terbaik dengan beberapa shot yang agak menarik! Ada yang kata seakan filem Hollywood, tapi bagi aku Hollywood tu terlalu besar… Boleh dikatakan tahap filem polis-aksi Hong Kong. Satunya, yang aku suka filem Malaysia ni cara garapan mereka kepada budaya dan nilai kekeluargaan tu tetap ada. Hebat! Ada komedi, tapi yang tidak keterlaluan, bersahaja dan kena je pada waktu. Jalan cerita biasa dan boleh diagak, tapi akibat seronok dengan kualiti filem…. jalan cerita tolak tepi sikit. Hehe. Dan loghat Ganu tu memang mahal!

Nak cerita jugak tentang Zizan Razak. Masa aku mula dengar pasal filem ini dan diterajui oleh Zizan, aku skeptikal dan terfikir “masih relevan ke Zizan ni?”. Kang mesti ada je babak tak perlu dia melawak.. spoiled! Sesudah menonton Polis Evo ni, ternyata tanggapan aku tu SALAH WEH! Kalau Zizan dapat kekalkan watak begini – yang tak terus-terusan melawak, tapi ada serius, aku akan respek dia dan boleh anggap dia pelakon yang baik. Tak awkward langsung menonton dia dengan watak serius dan senang dengan lawak bersahaja dia. Keep it up Zizang!

Tapi, apahal Nora Danish…

POPKON:

popkonX5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

keyword: Polis Evo review, Polis Evo filem review, Polis Evo movie review, movie, sembang wayang, movie review, Polis Evo 2015, filem melayu 2015

Advertisements

One thought on “SEMBANG WAYANG: POLIS EVO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s