Eren kini menjadi sasaran dan dianggap ancaman kepada manusia setelah dia berubah menjadi titan dihadapan rakan-rakan perjuangannya yang lain. Ketika mahu dijatuhi hukuman bunuh, dia dilarikan oleh seekor titan intelek sepertinya dan kemudian diselamatkan oleh Kapten Shikishima. Kapten Shikishima menceritakan latar belakang Eren dan mengajaknya berjuang bersama. Eren bertemu rakan-rakan yang lain dipertengahan jalan. Sewaktu menjalankan misi, mereka terpaksa berhadapan dengan titan baru dan juga titan gergasi yang muncul sebelum ini!
Tajuk: Attack on Titan 2 : End of the World
Edaran: GSC Movies (Malaysia), Toho Company (Jepun)
Genre: Aksi, Pengembaraan, Suspen, Keganasan
Pengarah: Shinji Higuchi
Bahasa: Japanese
Tayangan Malaysia: 24 September 2015
Tempoh: 121 minit
Pelakon: Haruma Miura, Kiko Mizuhara, Kanata Hongô, Satomi Ishihara, Nanami Sakuraba
Sembang:
Takde apa yang boleh ditambah dari segi teknikal seperti review filem pertama, cuma bahagian kedua ni agak perlahan dan lebih banyak penceritaan. Yang pasti, versi filem live action ni mengambil jalan cerita yang berbeza dari versi animanganya. Ada beberapa twist, tapi taklah mengejutkan – as expected untuk filem Jepun. Kalau siapa yang biasa dengan manga atau animenya, mesti akan tangkap beberapa dialog dan scenes yang memang diambil untuk versi live action ni. Oh, ada post credit scene – yang lawaknya dia bagitau suruh stay tuned! Haha. Mungkin ada part 3…. Hmmm…
Fangirling lagi…. Sasha tu dah la comel, hebat pulak memanah macam Katniss~ wwwuuuuu..
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
keyword: attack on titan 2 review, attack on titan 2 movie, sembang wayang, movie review, attack on titan 2 2015, shingeki no kyojin 2015, live action movie, filem 2015