SEMBANG WAYANG: Everest

everest

Filem ini berdasarkan kisah benar tentang kumpulan pendaki yang ingin menawan puncak gunung Everest pada tahun 1996. Dua ketua pendaki; Scott Fischer dan Rob Hall, membawa kumpulannya mendaki sehinggalah terjadi ribut teruk yang membawa kepada insiden kematian beberapa ahli pendaki di dalam kumpulan mereka.

Tajuk:  Everest

Edaran: United International Pictures

Genre: Aksi, Drama, Pengembaraan

Pengarah: Baltasar Kormakur

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 24 September 2015

Tempoh: 122 minit

Pelakon: Jason Clarke, Josh Brolin, Robin Wright, Emily Watson, Clive Standen, Jake Gyllenhaal, Keira Knightley

Sembang:

Itulah.. bila semua perkara, yang menjadi perhatian utama adalah tentang duit. $63k untuk mendaki gunung?! Whaaaaaatt… Fuhh.. tak senang duduk menonton filem ni. Selain beberapa info menarik yang diberikan, aku dapatlah rasa pengalaman mendaki gunung Everest ni walau dalam suhu aircond panggung – yang ini pun dah sibuk mengadu sejuk bagai! Jalan cerita disusun dengan baik, lakonan yang berkesan dari para pelakon yang memang bukan calang-calang. Tapi aku ada masalah celaru minda dengan watak sebab mereka semua 1) berjambang, 2) pakai baju yang lebih kurang dan 3) mereka pakai topeng! Haha. Bila ada watak mati, tukar-tukar scene, aku kena proses kejap dia tu siapa..

Korang tu kalau setakat Broga Hill dah bangga, tengok filem ni korang tak rasa penat memanjat Broga tu berbaloi dengan kisah diorang. Memang salute! Semangat kuat betul..

POPKON:

popkonX5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

keyword: Everest review, Everest movie review, Everest movie, Everest, sembang wayang, movie review, Everest 2015, filem 2015

Advertisements

One thought on “SEMBANG WAYANG: Everest

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s