Filem ini berdasarkan kisah benar tentang kumpulan pendaki yang ingin menawan puncak gunung Everest pada tahun 1996. Dua ketua pendaki; Scott Fischer dan Rob Hall, membawa kumpulannya mendaki sehinggalah terjadi ribut teruk yang membawa kepada insiden kematian beberapa ahli pendaki di dalam kumpulan mereka.
Tajuk: Everest
Edaran: United International Pictures
Genre: Aksi, Drama, Pengembaraan
Pengarah: Baltasar Kormakur
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 24 September 2015
Tempoh: 122 minit
Pelakon: Jason Clarke, Josh Brolin, Robin Wright, Emily Watson, Clive Standen, Jake Gyllenhaal, Keira Knightley
Sembang:
Itulah.. bila semua perkara, yang menjadi perhatian utama adalah tentang duit. $63k untuk mendaki gunung?! Whaaaaaatt… Fuhh.. tak senang duduk menonton filem ni. Selain beberapa info menarik yang diberikan, aku dapatlah rasa pengalaman mendaki gunung Everest ni walau dalam suhu aircond panggung – yang ini pun dah sibuk mengadu sejuk bagai! Jalan cerita disusun dengan baik, lakonan yang berkesan dari para pelakon yang memang bukan calang-calang. Tapi aku ada masalah celaru minda dengan watak sebab mereka semua 1) berjambang, 2) pakai baju yang lebih kurang dan 3) mereka pakai topeng! Haha. Bila ada watak mati, tukar-tukar scene, aku kena proses kejap dia tu siapa..
Korang tu kalau setakat Broga Hill dah bangga, tengok filem ni korang tak rasa penat memanjat Broga tu berbaloi dengan kisah diorang. Memang salute! Semangat kuat betul..
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
keyword: Everest review, Everest movie review, Everest movie, Everest, sembang wayang, movie review, Everest 2015, filem 2015
[…] Baca review di sini. […]
LikeLike