Jwanita merupakan seorang wanita yang mengalami masalah mental disebabkan oleh penderaan ketika kecil oleh ibu bapa angkatnya. Selain itu, ibu bapa angkat Jwanita juga merupakan pengamal ilmu hitam dan telah menurunkan ilmu tersebut kepada Jwanita sebelum dia bertindak melarikan diri. Ketika ditemui dan dirawat di hospital, Jwanita bertemu dengan Doktor Farhan dan mula jatuh cinta. Namun, jiwanya kacau selepas mengetahui Farhan adalah tunang kepada adik kandungnya Julaika. Dia melarikan diri dan beberapa tahun kemudian kembali dengan dendam.
Tajuk: Jwanita
Edaran: Nuansa Sd Bhd
Genre: Cinta, Seram
Pengarah: Osman Ali
Bahasa: Melayu
Tayangan Malaysia: 24 September 2015
Tempoh: 100 minit
Pelakon: Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Marsha Milan
Sembang:
Aku tak tengok pun trailer Jwanita dan sebelum masuk panggung aku ingat ini cerita hantu. Rupanya bukan.. adalah hantu dia muncul beberapa kali, tapi kisah ni lebih kepada thriller dan cinta. Filem ni penuh drama dan perjalanan cerita tu agak perlahan sebab lebih tertumpa pada penceritaan dan perkembangan watak. Tapi aku dapat rasa masih tak cukup, macam ada lagi scene yang dipotong-potong untuk kejar masa tayangan dua jam tu. Contohnya, watak Jwanita ni tak diberikan pendedahan yang kuat, kenapa dia boleh jadi seganas itu.
Haa.. seriously, lakonan Maya Karin sangat menjadi! Hebat. Macam teringat lakonan dia sebagai puntianak Mariam dulu tu.. Tapi tahap ‘gore’ tu macam lebih-lebih pulak ye.. Darah melimpah ruah kesana-sini. Mungkin nak tunjuk lebih realistik kot.. Beberapa kali macam boleh jangka apa yang akan berlaku. Overall, ia adalah sebuah filem yang ok.
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
keyword: Jwanita review, Jwanita filem review, Jwanita movie review, movie, sembang wayang, movie review, Jwanita 2015, filem melayu 2015