Ben Whittaker merupakan seorang ahli perniagaan yang sudah bersara dan kini berumur 70 tahun. Walaupun begitu, dia selalu rasa tak senang duduk dan sentiasa melakukan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa lapangnya. Sehinggalah dia terjumpa satu iklan yang mencari pelatih senior disebuah syarikat perniagaan fesyen internet yang diterajui oleh seorang wanita muda dan berkaliber, Jules Ostin.
Tajuk: The Intern
Edaran: Warner Bros. Pictures
Genre: Komedi, Kehidupan
Pengarah: Nancy Meyers
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 24 September 2015
Tempoh: 122 minit
Pelakon: Robert De Niro, Anne Hathaway, Rene Russo, Adam DeVine, Reid Scott
Sembang:
Ahhhh.. filem begini yang buat aku senyum sokmo sampai habis cerita. Such a cute and sweet movie. Lakonan semua watak dibawa dengan berkesan dan aku sangat kagum dengan watak Ben oleh Robert De Niro tu.. Selain aku boleh relate sikit dengan watak Jules. Satisfying. Masa mula menonton trailer pun aku nak sangat menonton filem ni. Ya, ini adalah filem yang perlahan, anti klimaks, hatta action scene pun beberapa minit je. Tapi ia tentang kehidupan, positivity dan menjadi diri sendiri. Cerita begini ada humor, sedih, cinta, keluarga yang diadun baik. Fokus cerita lebih kepada hidup Jules sebenarnya. Stail dan genre filem begini ada peminat tersendiri, tak semua suka. Dia ala-ala teen movie, tapi bukan. Macam tu lah! Haha.
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
keyword: The Intern review, The Intern movie review, The Intern , movie, sembang wayang, movie review,The Intern 2015, filem 2015