SEMBANG KOMIK: Malaysia bersedia untuk InkTober 2015!

inktobermalaysiaposter02

Adakah korang sudah bersedia?! October is cooooming.. Just around the corner weh!

Sesuatu yang lazim bagi pelukis seantero dunia, mereka juga sedia maklum, bulan Oktober adalah bulan untuk InkTober berlangsung! Apa itu InkTober? InkTober merupakan satu aktiviti besar-besaran yang berlangsung seluruh dunia pagi pelukis-pelukis. Anjakan yang dicipta oleh seorang illustrator dari Utah, Mr Jake Parker pada tahun 2009. Tujuan utama dia adalah untuk bina disiplin diri dan cabar dini untuk kekal konsisten cari idea dan lukis sepanjang bulan tu. Itulah cabaran untuk mereka yang ingin turut serta; kena hasilkan 31 karya lukisan dalam masa 31 hari! Fuhyoo~

Aku pun pertama kali ni berhajat nak turut serta dalam inkTober 2015. Dapat tahu pun baru tahun lepas wujud benda ni, yelah bila aku dah bercadang nak cuba nasib dalam industri komik ni. Lagipun, ada la jugak confident tu sebab aku berjaya habiskan dalam InkRamadan hari tu. Bezanya, kalau masa InkRamadan tu aku hasilkan sepenuhnya menggunakan lukisan secara digital, untuk InkTober kali ni aku akan hasilkan secara manual pulak! Yosh!

“Dengan pencil case aku hilang hari tu… kena la cari balik alatan melukis! Stress sebentar.”

Ini acara satu dunia. jadi kali ni ada mereka yang sedang berusaha jadikan InkTober sebagai aktiviti rasmi di Malaysia! Hebat. Bukannya tak pernah ada sebelum ni.. ada je artisan Malaysia yang join, cuma kali ni dia buat secara rasmi dengan hebahan media sosial dan gabungan mantap tiga badan; PEKOMIK, SKETCHES.my dan COMICORE CLUB! Jom sokong InkTober dan InkTober Malaysia dengan hashtag #inktober dan #inktobermalaysia pada setiap posting korang nanti tau!

“Semua orang boleh turut serta, pegang pen tu dan mula lah melukis!” – Jake Parker

Kalau korang nak tahu lebih lanjut berkaitan InkTober, boleh ke laman web Jake Parker di sini.

Untuk media sosial InkTober Malaysia, boleh like dan follow mereka di facebook page, twitter (@inkmalaysia) dan instagram (@inktobermalaysia) ini!

Ada bran? Jomm join weh.

cover2

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s