SEMBANG KOMIK: Disebalik penangan BALLAST!

Salaam semua!

Nak kongsikan berita dengan korang. Selain InkTober yang bermula hari ini, semalam telah diumumkan barisan pemenang untuk pertandingan “From Zero to Hero” anjuran Indiegu Komik. Ini adalah event pertama daripada Indiegu dan aku kan memang pantang ada contest, mesti nak sibuk-sibuk join.

Untuk pertandingan tu setiap yang join kena hasilkan dua mukasurat komik bertemakan “From Zero to Hero”. Dan alhamdulillah. karya aku dipilih sebagai salah satu finalis – dan menang tempat pertama! Aku pertaruhkan cerita dengan tajuk “BALLAST” yang juga nama watak utama cerita. Nak tengok dua mukasurat komik BALLAST ni? Jom singgah ke page Paradecomix dan baca di sini! Katanya berdasarkan pilihan juri dan yang bestnya, para juri akan bagi review mereka tentang komik ni! Tak sabar betul!

Konsep BALLAST

Sinopsis: Umar mempunyai kebolehan bertukar menjadi Ballast melalui gadget Dynamo pada tangan kanannya. Dia mampu menghasilkan tenaga magnetik dan elektrik selain senjata seakan pencakar. Umar seorang yang tidak berkeyakinan dan suka ambil remeh segala perkara, tetapi apabila bertukar menjadi Ballast, perwatakan Umar adalah sebaliknya. Ballast suka berlagak dan agak sukar dikawal, oleh itu Umar selalu mengalami masalah untuk bertukar ke bentuk asal apabila menjadi Ballast. Satu persamaan mereka adalah, mereka suka membantu orang yang berada di dalam kesusahan.

Jika diikutkan dari segi bahasa, “ballast” bererti pemberat yang digunakan untuk mengimbangi sesuatu seperti kapal dan kereta. Untuk konteks dan konsep komik ni, aku tekankan bahagian ‘keseimbangan’ tu. Watak Umar dan Ballast mempunyai personaliti yang berbeza, tapi itu yang menjadi faktor yang menyebabkan mereka seimbang. Untuk kebolehan Ballast, aku ambil konsep “ballast resistor” iaitu alat yang boleh mengimbangi dan mengawal aliran elektrik untuk jadi lebih efisyen. Jadi, pencakar yang ada tu selain digunakan sebagai cangkuk, ia adalah medium utama yang mengawal dan mengalirkan tenaga elektrik.

Ballast
Watak utama komik BALLAST.

Biasalah, aim utama aku join setiap event bukan menang – kalau menang tu dikira bonus. Yang penting aku boleh hasilkan karya dan bakal dinilai oleh juri dan orang ramai. Bagi aku. dengan join pelbagai contest, kita boleh buka ruang untuk perbaiki kualiti kerja dan karya, disamping tu boleh bina connection dengan ramai audien. So, takdelah orang kata setiap karya kita tu karya syok sendiri!

Lagi satu, apabila aku menulis rangka komik, aku selalunya akan mulakan 1) dengan konsep yang nak dibawa dan 2) tajuk cerita. Bagi aku dua perkara utama ni yang aku akan main-main dan gunakan untuk bentuk jalan cerita juga background dan karekter watak. Bila dah ada jalan cerita dan karekter, bolehlah mula buat kisah yang nak di-komik-kan. Tapi kenalah ingat, cara penulisan dan penghasilan komik aku tak semestinya sama dengan orang lain – tak semestinya betul juga. Yang penting, cari cara dan identiti sendiri yang kita selesa. Ini pun sekadar perkongsian saja.

Siapa Indiegu Komik?

Indiegu Komik ni antara kelab komuniti komik yang baru dan istimewanya mereka adalah tim yang berpengkalan di Terengganu! Pada aku, boleh dikatakan kebayakan member Indiegu ni memang otai-otai dan orang lama belaka. Mereka semakin aktif hari ke hari dan semangat orang lama memang lain macam beb! Haha. Jom singgah dan LIKE facebook group mereka di sini.

Trivia: Nama group ni bermaksud kawan indie (gabungan perkataan “indie” dan “gu” dalam dialek Terengganu yang bermaksud “kawan”)

Rasanya kena buat one-shot komik untuk BALLAST kan.. Jadi, berusahalah!

Advertisements

4 thoughts on “SEMBANG KOMIK: Disebalik penangan BALLAST!

  1. Wah! Beribu-ribu..Tahniah!! Memang rezeki ko,setiap kali masuk pertandingan mesti menang kan..kan..Danial Haikal aka ‘King of Contest’..hihihi

    Danial Haikal..mana cukup 2 page, aku teruja nak baca one-shot komik ‘Ballast’.. Mohon nanti boleh kongsikan di website matkomik.com nanti ea…ea..boleh ea..

    Liked by 1 person

    1. Mekaseh.. mana lak mesti menang.. banyak je yang tidak. Haha.
      InshaaAllah boleh share, tp kena tanya Indiegu le selaku penganjur..
      Sbnrnya pon tgh buat satu komik khas untuk mat komik. Harap berjaya.. Yosh!
      Jom chicken chop.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s