SEMBANG KOMIK: Anugerah untuk pelukis kartun & komik Malaysia

lat

Semalam (12 Oktober 2015) buat julung kalinya telah berlangsung satu majlis penganugerahan untuk pelukis-pelukis komik tempatan, Anugerah Kampung Boy. Selain penganugerahan, majlis ini juga menyambut setengah abad penglibatan Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Lat. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah, Putrajaya. Lebih istimewa, ia turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Anugerah Kampung Boy dianjurkan oleh Kelab Kartunis Malaysia (KKM).

Siapa yang tak kenal dengan komik dan kartun “The Kampung Boy” kan? Boleh dikatakan, Kampung Boy adalah wajah komik dan kartun Malaysia yang sebenar, dengan kehebatan jenaka bersahaja yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan dan masyarakat di Malaysia. Nama Lat juga bukan hanya dikenali di Malaysia, malah namanya dari dahulu dan kini amat dikenali mereka di serata dunia. Jadi, dengan itu sebagai penghargaan kepada perjuangan Lat selama ini di dalam industri, nama karyanya diangkat sebagai majlis penganugerahan sebagai tanda penghargaan kepada pelukis-pelukis di Malaysia.

Senarai Penerima Anugerah Kampung Boy:

  1. Kartunis Muda Berpotensi – Lombok

  2. Kartunis Terbaik – Cabai

  3. Kartunis Malaysiana – Fatah Ngah

  4. Kartunis Editorial – Reggie Lee

  5. Watak Kartun Animasi – Don (Dan Den Don)

  6. Kartunis Lagenda – Zainal Buang Hussein

  7. Anugerah Khas Juri – Mishar

  8. Anugerah Utama Kampung Boy – Jaafar Taib

Sembang:

Aku terima jemputan (tambahan) menerusi Pekomik dan sejujurnya berasa sangat bertuah kerana berpeluang menyusup diri di dalam golongan pelukis-pelukis otai dan tersohor di Malaysia. Aku ni maha-canggung dengan crowd dan bukan siapa-siapa, jadi memang agak mereput sementara menunggu kehadiran rakan seperjuangan yang lain tu. Aku pilih untuk duduk bersendiri (selepas ditendang dek mereka yang ramai dan memonopoli ruang rehat aku) dan lokasi strategik adalah di bawah pokok renek dihadapan pintu masuk. Waktu tu aku dapat la lihat susuk-susuk mereka yang aku kenali (dorang tak kenal aku laa.. of course!). Sesekali aku berasa macam paparazi melihat mereka. Some how macam tengok red carpet anugerah popular dan meneliti satu persatu manusia “bernama” memasuki ruang dewan.

Keseluruhannya, ia adalah sebuah majlis yang sangat sederhana dan straight forward. Aku duduk, tepuk tangan dan makan. Ada la mingle around dengan manusia lain bila membuntuti En Presiden dan En Vice aku tu kesana kemari. Selain aku memang pelik dan tak pandai bergaul, aku juga agak kagum melihat mereka-mereka ni. Perkara pentingnya, nyaman melihat satu komuniti yang besar begini dalam satu acara yang boleh dikatakan istimewa. PM datang siapp! Tahniah kepada penganjur dan mereka yang turut bekerjasama. Majlis tampak eksklusif walaupun secara tipikal pelukis ni dianggap imejnya sempoi belaka. Mendengar ucapan Lat pun buat aku gembira dengan perkembangan industri ni di Malaysia dan sokongan PM untuk usaha-usaha seperti “Rumah Kartunis Malaysia” sangat-sangat diharapkan. Pinky promise PM!

“Bukan majlis biasa bila kau lihat aku berkasut kulit ye!”

Para penerima anugerah pun bukan calang-calang. Tahniah kepada otai-otai sekalian! At least aku “tahu” siapa mereka (aku baru tahu pelukis Cabai tu seorang wanita!). Ini majlis pertama kali, jadi banyak lagi perkara boleh improve lepas ni. Aku harap usaha ini berterusan dimasa akan datang. Ini merupakan langkah permulaan untuk meletakkan industri komik dan kartun di mata rakyat Malaysia dan mungkin seantero dunia. Inshaa Allah.

Footnote:

Dalam konteks penganugerahan atau penghargaan kena dilihat dengan lebih mendalam. Satu klausa yang aku kurang senang mendengar semalam adalah

“…sangat ekstrimis berkaitan lukisan kartun/komik dengan gaya Malaysia.”

Aku tak pasti apa yang cuba dimaksudkan, tapi aku harap kalau penganugerahan ini ada spesifikasi gaya lukisan hanya untuk “gaya Malaysia” (yang sentiasa menjadi perdebatan di antara pelukis-pelukis) mungkin itu bukanlah penilaian secara menyeluruh untuk industri. Kalau ini adalah arah tuju atau salah satu kriteria penjurian Anugerah Kampung Boy, hanya satu kelompok tertentu sahaja yang layak.

Namun, setiap anugerah adalah objektif dan tujuannya, jadi mungkin boleh diwujudkan anugerah atau pengiktirafan yang boleh melihat keseluruhan aspek dan kualiti (bukan hanya gaya lukisan) pelukis. Apa pun, aku hanya harapkan perkembangan positif industri komik dan kartun Malaysia. Apa sahaja usaha akan disokong demi menaikkan imej dan taraf industri ini. Industri ni sangat kecil dan kerjasama dan persefahaman setiap mereka yang berada di dalamnya adalah penting jika mahu bawa nama Malaysia bersama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s