Zach Cooper baru saja berpindah dari bandar ke sebuah pekan kecil bersama ibunya. Kemudian dia mengenali Hannah, gadis genit yang duduk berjiran dengannya. Zach tertarik dengan personaliti Hannah, tapi tidak dengan ayah Hannah, yang juga merupakan seorang penulis novel seram remaja R. L. Stine. Suatu hari, kerana risaukan keselamatan Hannah, Zach dan sahabat barunya Champ cuba menjejaki Hannah. Mereka berjaya menemui Hannah dan tanpa sengaja telah membuka kunci kepada buku manuskrip yang mereka temui. Kerana itu, muncul seekor raksasa dari buku tersebut dan menyerang mereka. Lebih mendebarkan apabila watak paling digeruni, Slappy juga telah terlepas dari bukunya dan mula membebaskan makhluk-makhluk lain. Jadi, Zach dan yang lain harus segera menyelesaikan malapetaka ini sebelum menjadi lebih teruk!
Tajuk: Goosebumps
Edaran: Sony Pictures
Genre: Komedi, Pengembaraan
Pengarah: Rob Letterman
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 15 Oktober 2015
Tempoh: 104 minit
Pelakon: Jack Black, Dylan Minnette, Odeya Rush
Sembang:
Permulaan filem ni aku dah rasa teruja sebab ada feel Harry Potter pada skor muziknya! Sejujurnya, aku pernah baca dua tiga buah je buku Goosbumps masa sekolah dan menonton beberapa episod di NTV7 suatu ketika dahulu. Jadi aku cuma familiar dengan satu dua watak je. yang lain memang tak la. Rasanya kalau audience di US mesti lebih teruja dan seronok menonton filem ni berbanding kita di Malaysia ni. Untuk movie ini, aku suka garapan unsur humor dan seramnya yang menjadi. Lagipun ini filem untuk remaja / kanak-kanak, jadi tahap keseraman tu adalah munasabah untuk manusia alergik jumpscare seperti aku. Haha.
Watak yang paling mononjol adalah Champ! Sumpah lawak watak ni.. Walaupun loser loner, tapi tahap confidence tu gua bagi tabik! Beberapa twist yang ditonjolkan adakala boleh diagak sampai kakak belakang aku pun setuju masa menonton; dia siap cakap “Aku agak dah!” CGI dan effects yang bagus.. Hmm.. boleh nak kata cerita ni ada la iras-iras Jumanji cuma makhluk monster tu tak diketengahkan sangat. Filem yang seronok dan boleh ditonton secara senang hati tanpa perlu tutup telinga.
Tapi sentiasa ada rasa creep bila tengok dummy macam Si Slappy tu..
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
keyword: Goosebumps review, Goosebumps movie review, Goosebumps , movie, sembang wayang, movie review, Goosebumps 2015, filem 2015