SEMBANG KOMIK: Cabaran Komik Online Malaysia 2015!

matkomik

Cabaran Komik Online Malaysia yang dinantikan sudah buat kemunculannya! Korang dah sedia ke?!

Satu pertandingan menghasilkan komik yang dianjurkan oleh website komik Malaysia, Mat Komik kini sedang berlangsung (sila klik sini untuk baca entri berkaitan Mat Komik). Kali ni aku kira penganjurannya lebih besar dan gempak dengan penglibatan Komik-M dan Creative United sebagai penaja, juga Buasir Otak sebagai rakan media mereka! Barisan hadiah pun dah upgrade padu dari tahun lepas! Tema tahun ni adalah “CINTA” dan peserta perlu hasilkan komik 10 mukasurat dengan tema tersebut. Cerita banyak tak guna, kalau berminat boleh baca syarat dan peraturan di sini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2015. Cepat mulakan!

Sambil-sambil tu meh aku share hadiah untuk pertandingan ni supaya bagi korang hype sikit!

TEMPAT PERTAMA
Wang Tunai RM1000 dan karya diterbitkan dalam antologi KOMIK-M: AKU KAU CINTA #3 serta Hadiah istimewa dari creativeunited.my (Karektor komik atau ‘Cover’ komik akan di cetak di ‘Throw Pillow’)

TEMPAT KEDUA
Wang Tunai RM750 dan karya diterbitkan dalam antologi KOMIK-M: AKU KAU CINTA #3 serta Hadiah istimewa dari creativeunited.my (Karektor komik atau ‘Cover’ komik akan di cetak di ”Throw Pillow’)

TEMPAT KETIGA
Wang Tunai RM500 dan karya diterbitkan dalam antologi KOMIK-M: AKU KAU CINTA #3 serta Hadiah istimewa dari creativeunited.my (Karektor komik atau ‘Cover’ komik akan di cetak di ‘Throw Pillow’)

KOMIK PALING POPULAR
Hadiah istimewa dari creativeunited.my (Karektor komik atau ‘Cover’ akan di cetak di ‘Throw Pillow’)

Sembang:

Aku pernah turut serta tahun lepas dengan dua komik dengan tajuk “KUBIKEL” dan “GOUL”. Tema tahun lepas adalah “BEBAS” dan komik KUBIKEL hanya berjaya sampai ke tahap Top 5 saja. Masa tu, kedua-dua komik aku hasilkan sepenuhnya menggunakan iPad dan kualitinya mungkin tak berapa memuaskan. *Sigh* Satu insiden berlaku waktu tu jugak bilamana ada masalah hacking dan mengganggu jumlah undian ke macamana ntah. Aku pun tak berapa ingat sangat.. Makanya, semua komik ditentukan dengan penilaian juri sepenuhnya.

Untuk tahun ni, rasanya pihak Mat Komik ambil berat apa yang terjadi tahun lepas dan improve cara penghakiman. Hadiah pun memang sangat best! Selain hadiah wang tunai dan bantal (?) , kalau komik korang berjaya, karya korang tu berpeluang untuk diterbitkan oleh Komik-M tahu! Ni mesti editor Komik-M yang akan jadi juri.. Maknanya apa? Maknanya, komik korang akan dilihat oleh editor komik! Peluang tu.. Rebut!

Aku mesti mahu sibuk-sibuk jugak sebab aku tak pernah terbitkan komik dengan Komik-M! Haha. Sibuk-sibuk nak join, dicelahan beberapa tugas lain yang masih juga berjalan. Harap sangat aku boleh buat lebih dari satu tajuk! Berusahalah! Selamat berjaya kepada sesiapa yang nak turut serta tahun ini!

Mahu maklumat lanjut berkaitan pertandingan ni, sila singgah ke facebook page Mat Komik di sini. Jangan lupa untuk like page Mat Komik supaya tak ketinggalan sebarang informasi berkaitan! Atau terus ke blog Mat Komik di sini.

Nak baca komik KUBIKEL dan GOUL? Boleh la korang lawati laman web Mat Komik ni dan baca bukan komik aku je, malah beratus komik hasil daripada pelukis tempatan! Jommm~

Keyword: Cabaran Komik Online, Cabaran Komik Online Malaysia 2015, pertandingan komik, Mat Komik

Advertisements

3 thoughts on “SEMBANG KOMIK: Cabaran Komik Online Malaysia 2015!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s