Mengisahkan tentang tiga sahabat rapat, Triz, Tiha dan Nina yang gemar bercerita tentang kisah cinta Razak, seorang senior mereka di zaman persekolahan lagi. Razak kini adalah seorang doktor dan sudah berkahwin dengan seorang peramugari. Kemudian, Triz mula jatuh hati pada Razak, cuma cintanya bertepuk sebelah tangan.
Tajuk: Love, SuperMoon
Edaran: Grand Brilliance
Genre: Cinta, Komedi
Pengarah: Wan Hasliza
Bahasa: Melayu
Tayangan Malaysia: 22 Oktober 2015
Tempoh: 90 minit
Pelakon: Nadiya Nissa, Farid Kamil, Rita Rudaini, Anne Ngasri
Sembang:
Ini adalah sebuah filem cinta komedi yang santai. Penuh dengan babak humor bersahaja dan lakonan semua pelakon memang sangat bagus. Walaupun ada watak yang agak over, tapi sebanarnya membantu menambah ceria pada ceritanya. Cuma adalah beberapa babak yang macam tak perlu sebab tak beri impak sangat pada jalan cerita. Yang pasti, banyak babak yang memorable dan seriously, aku suka betul lakonan Nadiya Nissa ni. Apa je watak dia bawa memang berkesan (hatta menjadi Manis dalam filem Cun! dulu tu..). Secara keseluruhannya, sangat seronok untuk ditonton dan ini bukan filem cinta yang biasa-biasa. Gaya penyampaiannya agak unik juga.
Super Moon tu muncul beberapa minit je..
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: Love Supermoon review, Love Supermoon filem review, Love Supermoon movie review, movie, sembang wayang, movie review, Love Supermoon 2015, filem melayu 2015