James Bond bertindak selepas menerima satu mesej daripada sumber yang tidak diketahui. Bond yakin akan intipati mesej tersebut dan mula menjalankan penyiasatan keatasnya yang membawanya kepada satu organisasi rahsia bergelar SPECTRE. Bond mula merungkai satu persatu rahsia dan mereka yang terlibat. Pada waktu yang sama, M terpaksa menghadapi ancaman terhadap M16 dan perlu mempertahankannya dari dihapuskan serta merta!
Tajuk: Spectre
Edaran: Sony Pictures
Genre: Aksi, Pengembaraan. Penyiasatan
Pengarah: Sam Mendes
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 05 November 2015
Tempoh: 148 minit
Pelakon: Daniel Craig, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Christoph Waltz, Monica Bellucci, Dave Bautista, Ben Whishaw, Andrew Scot
Sembang:
Ini merupakan filem ke-24 dalam francais filem James Bond. Secara jujurnya, aku bukan peminat francais ini dan ini merupakan kali pertama aku menonton filem James Bond. Spectre boleh dikatakan filem yang okay. Tabik untuk setiap babak aksi dan kejar mengejar yang memang superb! Tapi premis cerita tu macam kerap pulak ditonjolkan dalam beberapa filem kebelakangan ni. Kalau korang pernah menonton filem MI: Rogue Nation atau U.N.C.L.E.. lebih kurang begitulah jalan ceritanya. Kalau korang peminat filem Bond ni, mesti akan tertarik la kot sebab ada la beberapa perkaitan dengan filem2 terdahulu (era Daniel Craig). Waktu tayangan agak panjang, kerana ceritanya agak serius, ada ketika aku tengok-tengok jam. Huhu. Overall, aku suka pada action scenes filem ni.
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
keyword: Spectre review, Spectre movie review, Spectre movie, sembang wayang, movie review, Spectre 2015, James Bond, 007, filem 2015