SEMBANG WAYANG: BORUTO: Naruto The Movie

boruto

Uzumaki Boruto merupakan anak kepada Hokage ke-7 Konoha, Uzumaki Naruto. Boruto selalu berang dengan kesibukkan ayahnya dalam menguruskan hal sebagai Hokage sehingga melupakan keluarganya. Apabila bertemu dengan sahabat ayahnya, Uchiha Sasuke, Boruto berasa sangat teruja dan mahu menjadi anak didik Sasuke. Sewaktu ujian Chunin, Boruto telah melakukan kesilapan besar sehingga mengecewakan ayahnya. Namun, satu insiden telah berlaku dan membuka mata Boruto tentang siapa Naruto yang sebenarnya!

Tajuk: BORUTO: Naruto The Movie

Edaran: GSC Movies (Malaysia), Toho Company (Jepun)

Genre: Aksi, Pengembaraan. Animasi 2D

Pengarah: Hiroyuki Yamashita

Bahasa: Japanese

Tayangan Malaysia: 05 November 2015

Tempoh: 96 minit

Pelakon: Yuuko Sanpei, Noriaki Sugiyama, Junko Takeuchi, Kokoro Kikuchi

Sembang:

Aku cukup teruja dengan filem The LAST tahun lepas dan sangat ternanti-nantikan filem ini! Penyudah kepada kisah Naruto sangat menyenangkan dan aku nak sangat melihat generasi baru ni beraksi bersama watak-watak terdahulu. Dan ini berlaku dalam filem ni! Walaupun muncul beberapa screen time saja, tapi cukup seronok melihat karekter terdahulu dengan penampilan lebih dewasa! Ok, ini akan jadi review bias sebab aku memang peminat animanga Naruto!

Ada teknologi baru yang diperkenalkan dalam filem ni dan sangat bagus konsep yang memang mengikut peredaran waktu dan zaman. Konoha kini sudah menjadi bandar dan teknologi semakin canggih, siap ada R&D tu! Realitinya, kebergantugan kepada teknik fizikal semakin dilupakan dan orang lebih mahukan cara mudah untuk buat sesuatu perkara. Juga, ada perselisihan antara zaman dahulu dan sekarang. Perkara-perkara ni ditunjukkan dalam dua situasi berbeza dalam filem ni dam menjadi sangat menarik!

Ada waktu korang akan perasan kualiti animasi yang agak kurang memuaskan, mostly pada wajah Naruto. Mungkin sebab nak ubah kepada dewasa.. wajah dia kadang-kadang ada pelik sikit. Hehe. Tapi itu masalah teknikal yang kecil saja sebab jalan cerita Boruto memang best! Dibuka dengan aksi Sasuke tu pun dah cukup buat aku puas hati! Haha.

Notapoyo.. Oh, jangan lupa tunggu post end credit scene. Kitorang menonton dalam pawagam semua gelak besar dan bertepuk tangan!

POPKON:

popkonX5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

keyword:  Boruto Naruto The Movie review, Boruto Naruto The Movie movie, sembang wayang, movie review, Boruto Naruto The Movie 2015, Naruto The Movie 2015, Naruto movie, filem 2015

Advertisements

One thought on “SEMBANG WAYANG: BORUTO: Naruto The Movie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s