SEMBANG KOSONG: Rokok dan Vape

“Aku tak faham betul. Diorang tak nak bagi guna vape, tapi kenapa naikkan pulak harga rokok tu? Nak suruh orang berhenti ke camne?”

Macam ni, mengikut statistik 16% daripada penduduk Malaysia ni perokok dengan jumlah 23.7 billion batang rokok dihisap setahun. Kehadiran vape ni pula sebagai pengganti rokok yang jika kau tengok jumlah penggunaannya, boleh beri keuntungan berganda kepada penjual. Jadi vape adalah pesaing bilamana berbanding rokok, investment untuk vape adalah untuk alat pembakar, hatta juice yang digunakan pun boleh tahan dalam beberapa hari. BUKAN HARI-HARI seperti rokok (lainlah kalau kau guna seakan serombong kapal Titanic). Kalau kau pengguna rokok tegar, kau tak guna vape, maka kau tetap akan beli rokok. Harga yang naik tu pun masalah masa perubahan fasa pertama je, as time goes by, kau akan okay sebab rokok dah jadi KEPERLUAN dan kau tetap akan beli hari-hari (kalau tidak pun dua hari sekali).

Walaupun ‘ada’ kau nampak usaha kempen sana sini pasal tak nak merokok, tu semua sekurang-kurangnya mencapai la matlamat dia untuk orang tak nak tengok orang merokok, bukan suruh berhenti merokok. Nak berhenti macamana kalau akses kepada rokok masih terbuka dan penghasilannya semakin meningkat setiap tahun?

Vape pun dah mula menular sebagai pengganti baru. Sebab tu jadi tak terkawa sebab kat Malaysia ni masih belum ada ‘tali’ untuk mengawalnya. Sama macam rokok masa awal kemunculan dulu, kakak-kakak pun guna tanpa segan silu. Jadi sekarang ni masih terlalu awal untuk diorang bertindak sebab masih belum dapat cukup maklumat dan statistik yang cukup. Aku gerenti, setahun dua, (paling cepat pun 6 bulan) akan ada lanjutan tindakan selain rampasan yang berlaku baru-baru ni..

Kesimpulannya, semua ni pasal NOMBOR la bro. Orang collect data, cari info, proses data, guna info, kira untung, kira rugi, kira masyuk, kira payung.. Diorang tu pun bukan se-piang yang kau anggap. Kita bercakap dalam kapasiti negara, malah dunia.

Dah habis? Nah kentang.

sticker,375x360

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s