SEMBANG KOMIK: 10 Tips Aku Mahu Melukis Komik!

10tipsmelukis

“Korang bermula sebagai seorang peminat komik dan hari ni datang feel untuk pasang impian menghasilkan komik sendiri suatu hari nanti. Say what.. LANGSUNG TAK MUSTAHIL!”

Sebenarnya phrase di atas adalah kesimpulan kisah hidup aku yang tak seberapa ni. Ya, 24 tahun dahulu aku ingat bagaimana gembiranya aku menang tempat kedua pertandingan mewarna di tadika (masih juga ingat Mak ajar aku cara menggunting yang kemas! Percaya tak? Haa..). Tapi waktu aku betul-betul minat melukis bila tengok Abang aku melukis dulu. Bermula dari situ, aku tak pernah berhenti melukis dan alhamdulillah, sampai ke hari ini. Impian tak semestinya angan-angan.. Tak siapa tahu apa akan jadi pada masa hadapan, maka memasang impian adalah satu cara seronok untuk fikir apa kita mahu! Yosh!

Jadi, mari aku kongsi 10 perkara yang korang perlu lakukan jika ada impian yang sama! Aku pun baru dalam bidang ni, maka elok benarlah aku berkongsi apa yang aku lalui sebelum berjaya hasilkan komik sendiri. Tapi ingat, ini berdasarkan pengalaman aku dan mungkin tak sama dengan mereka yang lain. So, kalau korang dah bersedia, let’s cekidaut!

TIPS 1: Jangan berhenti melukis!

Betul! Jangan berhenti melukis.. Perkara ni terjadi kepada Abang aku sendiri yang menjadi titik tolak permulaan aku minat melukis. Bila dia dapat peluang belajar di sekolah vokasional dan mula melukis untuk kejuteraan, dia terus hilang skil melukis dia! Aku ambil perkara tu sebagai ingatan dan berazam tidak akan berhenti melukis. Kebolehan dan bakat melukis ni kena kerap berlatih dan ada kemahuan untuk tingkatkan skil yang ada. Jadi, teruskan usaha dan jangan mengalah tau!

superman
Masa aku sekolah agama dulu, sibuk kawan-kawan suruh lukis superman ni. Yang ni pun aku belajar daripada Abang aku.. huhu.

TIPS 2: Peniru bukan pencuri!

Secara jujur, aku mula melukis dengan meniru karya pelukis yang aku minat. Meniru bukannya bermaksud kita mencuri hasil kerja pelukis sebenar, tapi lebih kepada rujukan dan latihan untuk skil melukis. Secara tidak langsung, korang boleh berlatih dengan penggunaan stroke yang bersesuaian. Sebagai pelukis baru, MESTI kena ada inspirasi dan rujukan. Jadi, mulakan dengan meniru lukisan pelukis yang korang minat. Perlahan-lahan nanti, bila dah dapat rentak yang sesuai, korang akan mula cipta stroke sendiri. Percayalah~

TIPS 3: Jadi cerewet! Pilih bahan bacaan!

Ya! Jika korang betul-betul serius, kena jadi cerewet dalam memilih bahan bacaan / rujukan korang tu. Memanglah ada ramai pelukis komik dengan gaya lukisan dan cerita yang pelbagai, tapi untuk permulaan, pilih satu atau dua karya yang korang suka dan fokus pada jalan cerita dan lukisan mereka. Bahan bacaan / rujukan ini boleh berubaha-ubah, tapi pastikan korang pilih satu atau dua karya UTAMA supaya korang boleh fokus dan tidak mudah rasa bosan.

TIPS 4: Cari Geng dan mulakan komik sendiri!

Apa yang perlu korang tunggu tu? Selagi korang tak mula melukis, selagi itulah korang tak akan tahu kemampuan korang! Kawan atau Geng adalah salah satu cara untuk bantu korang mula dan terus melukis. Dulu, aku ada satu kumpulan kecil (dalam 4 orang) di kawasan perumahan dan kami selalu cari satu masa untuk berkumpul dan melukis bersama. Masa tu ada seorang brader ni memang aku kagum habis dengan lukisan dia. Aku banyak tengok (observe) cara dia melukis dan balik tu aku akan cuba semula. Masa sekolah rendah aku mula buat komik dalam buku latihan je pun (mesti ramai yang minat melukis pun mula macam tu juga kan?). Lepas buat komik tu, aku share dengan kawan-kawan. Tak ramai yang minat komik dulu, jadi ada beberapa saja kawan-kawan aku yang setia menanti. Yang penting, mula buat komik tau!

couplecups
Ini komik pertama yang aku buat secara serius! Lukis manual dan scan untuk edit dalam komputer. Ahh.. memori tahun 2005 ni.

Selepas tamat sekolah menengah, aku dapat momentum untuk buat komik dan aku ada seorang sahabat yang tak jemu bagi semangat untuk aku teruskan minat aku. Kini, aku ada pula beberapa kenalan yang berpengalaman dalam industri untuk bantu dan beri peluang kepada aku. So, bila ada Geng macam ni maka korang akan sentiasa ada pendorong untuk terus hasilkan karya!

TIPS 5: Belajar menulis cerita!

Waktu sekolah menengah, sebenarnya aku hilang sedikit kehendak melukis komik dan minat aku lebih kepada penulisan cerpen dan puisi. Biasalah kan, masa sekolah menengah ni banyak cerita itu dan ini (peringkat awal remaja la katakan..) jadi banyak perkara yang inspired aku untuk menulis. Aku ada hasilkan beberapa cerpen pendek dan puisi, tapi…. malangnya selepas aku berpindah, semua buku komik dan hasil tulisan tu hilang ntah kemana. Sigh.. Jadi, kalau korang ada kemahiran menulis, sangatlah membantu dalam melukis komik! Antara menulis dan melukis, bagi aku lebih mencabar menulis sebab ini yang menentukan rangka dan jalan cerita sebelum di-visual-kan dalam bentuk komik. Belajarlah menulis!

Oh, satu lagi cara, ada pelukis yang bergabung meletup dengan penulis sebab mereka lebih fokus dalam bidang masing. Contoh paling dekat adalah ‘The Salam Brothers’ (MISI) yang memang karya mereka memang sentiasa bestseller! Tapi sebagai permulaan, kalau masih belum jumpa penulis yang sehati sejiwa, kenalah mereka cerita dan melukis komik sendiri..

TIPS 6: Cipta dan bina jenama supaya dikenali!

Satu perkara yang selalunya pelukis baru buat adalah berkira untuk melukis. Okay, betul ada pendapat mengatakan jangan buat perkara PERCUMA dan semua lukisan kita harus ada nilai. Tapi ingatkan diri yang korang masih baru dan belum dikenali. Prinsip ‘nilai dalam karya’ boleh digunakan bila korang sendiri mampu menilai karya korang samada boleh dijual atau tidak. Jangan hasilkan karya dengan tanggapan untuk mendapatkan keuntungan / duit semata-mata. Sebagai pelukis baru, perkara yang paling utama sebelum duit adalah ‘jenama’ korang dikenali.

Dalam kes aku, kebanyakkan hasil kerja aku, aku share di media sosial. Sejak dari mula dengan media sosial, aku guna nama samaran ‘Danial Haikal’. Dan kini, aku masih cuba mencipta jenama sendiri dengan nama ini dan selain tu jenama ‘Paradecomix’. Korang boleh pilih untuk jadikan nama korang sebagai jenama atau cipta satu nama yang unik dan senang diingati. Sejak aku terjun dalam industri, memang agak pelik untuk mendengar orang menggelarkan diri aku dengan nama samaran, tapi itu maknanya jenama tu dah pun dikenali!

TIPS 7: Jadilah ‘dermawan’ dan rebut semua peluang!

Hah? Kena derma ke? Taklah.. maksudnya, jangan lokek untuk melukis untuk orang lain. Tak semestinya setiap yang kita hasilkan perlu dibayar. Pelukis baru perlukan pendedahan dan ruang untuk pamerkan karya supaya dikenali. Satu cara adalah dengan menawarkan service kepada orang lain secara SUKARELA! Macam mana tu? Okay, cara ni sebenarnya bukan sahaja digunakan pelukis baru, yang pro pun guna dalam langkah untuk promosi nama mereka. Kita ni nama pun orang tak kenal nak promosi apa la kan.

Aku sendiri, suka melukis apa sahaja yang orang minta dan walaupun mereka tidak menjanjikan bayaran, aku pastikan mereka share dan nyatakan nama aku sebagai pelukis. Jangan risau, untuk permulaan memang akan ada rasa penat dan tidak berbaloi, tapi ambil perkara positif dangan fokus untuk melebarkan jenama korang kepada lebih ramai audiens. Kalaupun datang tawaran dengan bayaran yang kecil, ambil peluang tersebut untuk bemula. Jangan pandang harga, tapi ambil pengalaman dalam proses penghasilan tu. Boleh belajar untuk berurusan dengan pelanggan dan korang mampu membuka peluang lain melalui mereka.

Ah-ha! Satu lagi cara yang aku paling suka adalah dengan turut serta dalam mana-mana pertandingan. Jangan takut untuk hantar karya korang untuk dipertandingkan walaupun korang tahu hasilnya tak seberapa. INGAT, menang bukan tumpuan utama, tapi yang pasti karya korang dibaca oleh ramai orang! Jom sertai Cabaran Komik Online Malaysia 2015! Baca entri berkaitannya di sini.

TIPS 8: Cipta gaya lukisan sendiri!

Semua yang korang lakukan nanti, dipenghujungnya adalah untuk meningkatkan skil dan penjenamaan. Bila korang dah semakin yakin untuk melukis, korang boleh cipta gaya lukisan sendiri supaya korang tampil unik dan menonjol. Sebagai pelukis baru, ada kelebihan dari sudut ini sebab korang ada fleksibiliti untuk cari gaya yang sesuai.. dan kali ini baru boleh fikir apa yang sesuai untuk dijual! Korang boleh pilih untuk guna satu stroke sebagai signature dan mudah dikenali ataupun kuasai beberapa stroke supaya dapat peluang dan audiens yang pelbagai.

Contohnya, aku sendiri secara personal mempunyai tiga stroke yang aku selalu gunakan. Selain beri kemudahan untuk orang memilih stroke yang bersesuaian dengan pilihan mereka, cabarannya adalah kemampuan aku untuk ubah stroke setiap kali untuk setiap permintaan. Dalam ketiga-tiga stroke ini aku tahu stroke mana yang ada nilai lebih tinggi dalam pasaran. Kelebihannya bagi aku, aku suka mix-and-match gaya lukisan tapi masih mengekalkan identiti yang sama. Macam mana tu? Hmmmm..

strokes
Tiga jenis strokes utama yang aku selalu guna.

TIPS 9: Kongsi dan buka ruang untuk dikritik!

Buat blog atau page, turut serta dalam mana-mana group, forum dan sebagainya, paling tidak pun share dilaman media sosial korang! Share tu maksud aku bukan dengan kawan-kawan yang kita kenal, tapi lebih kepada mesyarakat asing tapi peminat / penggiat industri komik. Bila korang buka ruang untuk dikomen / kritik, maka bersedia dengan pelbagai jenis ragam manusia. Hey, tak semua akan bagi komen yang teruk, tetap akan wujud insan yang bagi komen dengan tujuan untuk korang perbaiki. Mereka jenis yang ini sangatlah aku hargai.. Jadi, abaikan komen-komen buruk dan pilih komen / kritikan yang membina. Kalau boleh simpan sebagai nota!

Aku ingat lagi, masa aku mahu pertama kali hasilkan komik dan share kepada orang di dalam media sosial, aku agak yakin dengan kualiti komik tu. Bila aku share dengan caption; “Mohon komen dan beri tunjuk ajar!” yang aku dapat lebih dari jangkaan. Surprisingly, kebanyakkan daripada mereka komen siap dengan tips lagi. Ada yang bagi komen agak pedas, tapi jernihkan fikiran sebab sebenarnya dalam teguran tu ada mesej berguna. Bersedia tau dan jangan patah semangat. Anggap tu sebagai kelas percuma untuk dapatkan ilmu.

10364010_599722880135669_5260182736380458883_n
Komik pertama yang aku kongsikan kepada umum. Boleh baca MY 10TH GHOST (pilot) di matkomik.com dengan click gambar ini!

TIPS 10: Berani untuk berubah!

Didalam dunia komik ni sama juga keadaanya dengan mana-mana industri lain. Permintaan dan trend boleh berubah-ubah mengikut peredaran masa. Contohnya di Malaysia, awalnya komik dipengaruhi oleh gaya lukisan ala-barat dan kecenderungan tu lebih kepada komik santai dan humor. Kemudian, wujud komik aksi Hong Kong dan populariti mereka sangat tinggi waktu aku sekolah dulu (sampai aku pun jadi antara peminat Juara-juara Kembar dan Dewata Raya). Kini, tumpuan tu lebih kepada komik Jepun dan Amerika.

Untuk aku, pengaruh dan rujukan aku bermula dengan lukisan otai Aie dengan karya “Blues Untuk Aku”, kemudian beralih kepada komik Hong Kong, lepas tu “Feel 100%” oleh  Jeffrey Lau dan selepas mengenali manga, aku pilih Masashi Kishimoto (Naruto) dan Hiro Mashima (Fairy Tail). Kini, aku banyak merujuk kepada Bryan Lee O’Malley (Scott Pilgrim) untuk hasilkan stroke manga+cartoon. Janganlah takut untuk berubah, sebab pengakhirannya kita nak hasilkan karya yang boleh diterima dan diminati pembaca… oh, dan pasti yang mampu dijual!

Sembang:

Resamnya, permulaan tu memang selalunya bukan perkara mudah. Bukan semua orang bertuah, dan ada yang kerja keras bertahun-tahun untuk berada ditempat mereka sekarang. Aku sendiri baru setahun jagung dan aku juga tak boleh menjanjikan 5 atau 10 tahun lagi aku akan buat benda yang sama. Buat masa sekarang, aku masih dalam proses untuk orang mengenali nama dan karya aku. Lambat atau cepat tu ikut kepada usaha yang korang letak. Perkara penting, janganlah cepat mengalah, banyak bersabar dan teruskan usaha. Kita yang bertanggungjawab dengan impian kita. Kalau MAHU kena BUAT!

Semoga bermanfaat untuk semua. Jomm mula melukis!

Keyword: Cabaran Komik Online, Cabaran Komik Online Malaysia 2015, pertandingan komik, Mat Komik, teknik melukis komik, komik, melukis komik, langkah melukis komik, komik beginner, sembang komik, tips mahu melukis komik, tips melukis komik

Advertisements

4 thoughts on “SEMBANG KOMIK: 10 Tips Aku Mahu Melukis Komik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s