SEMBANG KOMIK: Cerita atau Lukisan.. Mana LEBIH PENTING?

menulismelukis

Hello semua!

Mesti korang pun pernah berhadapan dengan percanggahan pendapat;

“Kalau cerita tu best, orang tak kisah pun lukisan teruk..”

“Lukisan kenalah mantap! Apa ada kisah jalan cerita dia.. Yang penting lukisan dia best weh..”

Ini antara topik perdebatan yang boleh menjadi serius di dalam penghasilan komik. Ramai yang mempertikaikan antara satu sama lain dan bertindak memilih ‘sekutu’ yang mana sepatutnya dinilai terlebih dahulu dalam memastikan tahap kualiti sesuatu komik. Jadi, antara jalan cerita dan lukisan, mana yang lebih penting? Hmm… Aku kongsikan kupasan aku sendiri berkaitan krisis ini.. Cewah!

Susah ke menulis cerita dari melukis komik?

Kerap aku ulang, menulis ni lebih sukar dari melukis! Walaupun kedua-dua ni saling ‘berpelukan’, dengan menghasilkan cerita yang baik, secara tidak langsung kita dapat mewujudkan suasana yang mahu di-visual-kan melalui lukisan. Malah, lukisan yang baik pula dapat menyampaikan cerita dengan lebih berkesan kepada pembaca. Aku selalunya agak perlahan dalam membuat jalan cerita sebab aku lebih menitikberatkan penyampaian agar berkesan kepada pembaca. Cerita tu akan disampaikan melalui dialog dan lukisan membantu pembaca mendalami suasana dan emosi pemyampaian dialog tersebut. Bermaksud, perlu juga ada kemahiran melukis emosi watak, permainan perspektif dan lukisan latar supaya memberi impak maksima kepada pembaca.

Ramai juga pelukis komik yang bergabung bersama penulis kerana untuk menulis juga perlu ada skil yang tertentu. Jika kita lihat senario industri komik di luar negara, kerjasama dan gandingan antara penulis dan pelukis ni memang perkara biasa. Tetapi, pelukis yang memilih untuk membuat kedua-dua perkara ini sendiri mungkin kerana:

  • hasil royalti yang dikaut secara penuh
  • kerisauan untuk bekerjasama dengan orang lain, atau
  • mengelak idea mereka tidak diterima / dikritik
  • lebih selesa bergerak sendiri kerana mereka tahu mereka mampu

Sebenarnya, antara penulis dan pelukis juga ada kriteria yang mereka mahukan sebelum bekerjsama. Mencari penulis atau pelukis bukan mudah kerana perlu ada persefahaman dan tolak ansur yang tinggi, apatah lagi kalau mahu jumpa pasangan sehati sejiwa! Walaubagaimanapun, dua otak tetap akan bagi hasil yang bagus daripada satu otak yang buat dua perkara! Cuma, senario begini masih belum menjadi ‘trend’ untuk industri tempatan kita.

Dari kaca mata PENGKARYA..

You know what.. sebagai orang yang MENGHASILKAN karya, sebenarnya ini bukan perkara utama yang kita perlu tekankan. Konflik kualiti antara cerita dan lukisan adalah kepada pembaca itu sendiri. Ada pembaca lebihkan tumpuan kepada jalan cerita yang menarik, dan ada juga pembaca yang mahukan seni lukisan yang mantap. Kita sebagai pengkarya ni, janganlah terlalu obses dan ambil pusing hal ini. Ini kerana, tiada siapa tahu cerita yang kita akan buat tu bagus dan lukisan kita mantap atau tidak dimata pembaca sehinggalah karya itu terhasil.

Untuk tahu kualiti komik yang kita, selepas terhasilnya karya, kita cari dan kumpul maklum balas pembaca dari pelbagai latar untuk dapat pandangan dari pelbagai segi. Ini juga membantu kita untuk mengetahui kehendak pasaran. INGAT, pembaca kita membaca komik yang mereka nantikan, tapi kuasa kepada carita dan lukisan tu terletak kepada pengkarya. Beri kelapangan untuk kita perbaiki (atau modify) jalan cerita mengikut maklum balas dan juga peluang untuk tingkatkan kualiti lukisan dari masa ke semasa. Yang penting kita buat dan dapatkan feedback. Kalau asyik tunggu mahu buat cerita yang bagus dan tunggu lukisan jadi tahap terbaik, sampai bila kita takkan bergerak kemana-mana. Obviously, jangan berhenti untuk sentiasa cuba hasilkan karya yang TERBAIK! 

Sembang:

Aku memang akan excited mahu melukis selepas siap buat cerita. Tapi bila nak mula buat cerita dari idea yang datang tu memang la agak lemau sikit. Hehe. Kalau korang pelukis baru seperti aku ni, perkara lazimnya, kita sendiri yang perlu membuat cerita dan melukis komik. Aku pun belum pernah ada peluang bekerjasama dengan penulis untuk buat komik. Takpelah, untuk bermula ni memanglah kena usaha lebih sikit. Pandang dari segi positif, kan bagus kalau korang ada kelebihan menulis dan melukis yang sama hebat? Makanya, BERUSAHALAH bersama-sama yuk!

Keyword: teknik menulis cerita, teknik melukis komik, komik, melukis komik, langkah melukis komik, komik beginner, sembang komik, menulis cerita, cerita dan lukisan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s