SEMBANG WAYANG: The Hunger Games: Mockingjay Part II

mockingjay

Kesinambungan dari filem Mockingjay Part I, dendam Katniss terhadap President Snow semakin membuak-buak. Katniss yang baru pulih mahu berjuang bersama puak penentang yang lain di dalam arena peperangan. Tindakannya yang kini diawasi ketat oleh Coin dan juga Snow membuatkan Katniss mengambil keputusan untuk bertindak sendiri. Namun, dia amat terkejut dengan sokongan yang masih diberikan kepadanya sebagai ‘Mockingjay’ dan bersama beberapa pejuang yang lain cuba menakluki semula Panem bersama misi utamanya, iaitu membunuh Snow.

Tajuk: The Hunger Games: Mockingjay Part II

Edaran: Lionsgate

Genre: Aksi, Pengembaraan

Pengarah: Francis Lawrence

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 19 November 2015

Tempoh: 132 minit

Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson

Sembang:

Secara amnya, aku adalah diantara ramai peminat trilogi novel dan juga filem The Hunger Games oleh Suzanne Collins ni. Sebagai peminat, aku amat teruja selepas menonton filem pertama dan terus mula membaca novelnya. Untuk info, Mockingjay adalah siri terakhir untuk novel dan diasingkan menjadi dua filem kerana mahukan penyampaian yang berkesan. Ramai juga yang menonton merungut kerana jalan cerita yang slow dan hambar dalam Mockingjay Part I. Ini kerana penekanannya adalah pada perkembangan watak dan jalan cerita. Mockingjay Part II adalah penutup kepada trilogynya dan aku puji ketelusan mereka dalam memastikan pelbagai details digarap baik supaya ‘stay truth to the source’.

Namun, bagi aku ada sedikit rasa kecewa dengan filem terakhir ini. Mungkin kerana (1) pengasingan kepada dua filem atau (2) mengambil terlalu banyak details dari novel yang mahu dimasukkan kedalam filem. Waktu tayangan yang panjang untuk filem ni menjadikan beberapa babak seakan sengaja ‘ditarik’ dan draggy. Menjadikan phase nya agak slow dan membuatkan aku rasa “Okay, sepatutnya boleh habis dah ni..” Seperkara lagi, kurang perkembangan watak dalam filem Part II ni agaknya sebab dah dibuat dalam Part I. Kisahnya jadi tertumpu kepada misi mereka sahaja, kurang pada dramanya.

Tapi jangan risau sebab babak-babak aksi dalam filem ni memang sangat memuaskan! Aku yang dah tahu apa akan berlaku pun berasa berdebar macam sesiapa sahaja boleh terkorban bila-bila masa. ‘Perangkap’ yang dicipta oleh Gamekeeper sangat grand dan berskala besar. Paling seram waktu perangkap lampu-lampu tu.. Fuh. Konklusi kepada kekejaman Snow pun dibuat dengan baik dan memang seperti yang aku bayangkan! Pelakon-pelakonnya pun memang memberikan lakonan yang mantap dan berkesan. Effects pun nampak relistik dan babak yang bermula dari dalam ‘longkang’ tu sampai kesudah memang heart pumping!

Secara keseluruhan, ini filem yang okay.. Aku anggap sebagai ‘fanservice’ untuk aku la.. Mungkin lain kali tak perlu agaknya nak diasingkan kepada dua filem (tapi nak untung punya pasal la kan). Dengar cerita nak dibuat beberapa filem prekuel. Kalau ye, aku nak sangat tengok kisah Haymitch sewaktu Quarter Quell.. mesti best!

Oh, mana yang kata watak Katniss tu hambar, sebenarnya memang personalitinya dicipta hambar. She’s a boring HERO. Bagi aku sendiri, watak yang menarik dalam novel adalah Peeta. Sangat normal dan realistik.

POPKON:

popkonX4

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

keyword: The Hunger Games: Mockingjay Part II review, The Hunger Games: Mockingjay Part II movie, sembang wayang, movie review, BThe Hunger Games: Mockingjay Part II 2015, The Hunger Games 2015, Mockingjay movie, filem 2015, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

One thought on “SEMBANG WAYANG: The Hunger Games: Mockingjay Part II

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s