Andaikan bumi tidak dihentam meteor sesat berjuta tahun dahulu yang memusnahkan kehidupan dan dinosaur tidak pupus? Filem animasi ini mengisahkan tentang seekor dinosaur bernama Arlo bersama keluarganya. Satu insiden berlaku dan Arlo dihanyutkan jauh dari rumahnya. Dia kini perlu mencari jalan pulang bersama sahabat barunya, Spot dan melalui pelbagai pengembaraan di sepanjang perjalanan mereka.
Tajuk: The Good Dinosaur
Edaran: Walt Disney
Genre: Aksi, Pengembaraan, Animasi 3D
Pengarah: Peter Sohn
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 26 November 2015
Tempoh: 101 minit
Pelakon: Lucas Neff, John Lithgow, Neil Patrick Harris, Judy Greer, Bill Hader
Sembang:
Pembukaan filem animasi ini dibuka dengan animasi pendek yang bagi aku agak unik kerana memaparkan gabungan dua budaya dan permainan perspektifnya. Animasinya pun nampak segar dan kemas. Korang kena tonton yang itu!
Ini adalah animasi Disney X Pixar yang sebenar. Garapan kisahnya mudah dan memang sesuai untuk kanak-kanak, berbeza dari Inside Out. Kalau korang familiar dengan animasi mereka, untuk fikiran yang dewasa ni, mereka sentiasa sangat bijak bermain dengan perasaan! Ahh.. satu perkara yang aku benci adalah rasa sakit didada menahan segala jenis perasaan yang dilontarkan.. Cess Disney Pixar!
Bagaimanapun, jalan ceritanya boleh dikatakan biasa, bersama babak aksi dan drama yang seimbang. Tapi apa yang menarik perhatian aku adalah betapa detail tahap hampir realitinya dibahagian lanskap dan latarnya! Sama macam filem Big Hero 6 yang sangat superb dengan pemandangan bandar, permainan cahaya dan ketelitiannya, dalam filem The Good Dinosaur ni kita dihidangkan pulak dengan pemandangan alam flora fauna yang sangat-sangat mengagumkan! Ada ketika aku ambil masa melihat aliran air terjun yang sangat detail tu.. Ada juga aku terlupa yang ini semua animasi dan bukan live shot! Hebat.
Aku rasa, untuk filem ini penekanan mereka bukan pada jalan cerita mahupun rekaan watak. Apa yang mahu ditonjolkan adalah peningkatan teknologi dan kemampuan mereka menghasilkan dunia yang seakan realiti. Ternyata itu memukau!
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
keyword: The Good Dinosaur review, The Good Dinosaur movie, sembang wayang, movie review, The Good Dinosaur 2015, Dinosaur 2015, Disney Pixar movie, filem 2015, review bahasa melayu, bahasa malaysia
[…] Baca review di sini. […]
LikeLike