SEMBANG KOMIK: 10 Komik Pilihan dari CKOM 2015!

matkomik2

Penantian mereka bakal berakhir!

Tanggal 30 November 2015, merupakan hari terakhir untuk mereka yang mahu menghantar karya mereka sebagai penyertaan Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) 2015 anjuran Mat Komik! 10 Disember 2015 pula adalah hari terakhir untuk voting, naikkan view dan comment komik kegemaran korang! Tak lama lagi ni akan keluarlah senarai pemenang tu kan? Whoa.. Sambutan tahun kedua ni memang mencanak-canak dengan lebih dari 100 komik yang dipertaruhkan oleh pelukis komik Malaysia! Ini memang awesome habis!

Tema CKOM 2015 adalah “CINTA” dan peserta perlu menghasilkan komik dengan 10 mukasurat berkaitan tema ataupun perkataan C.I.N.T.A itu sendiri.

Klik sini untuk baca entri tentang Cabaran Komik Online Malaysia 2015.

Klik sini untuk baca semua komik penyertaan CKOM 2015!

Mana yang tak tahu, aku sendiri menyertai CKOM 2015 dengan penyertaan dia tajuk komik: Klik sini untuk entri tentang komik “Sentuhan Dari Hati” dan sini untuk komik “Skuad Penyelamat Cinta“.

Jadi, untuk entri ini aku akan kongsikan dengan korang, 10 komik pilihan aku dari CKOM 2015! Alaa.. aku ni pun bukanlah pandai mana, menulis cerita sendiri pun masih kena improve sana sini. Skil melukis pun kena perbaiki banyak perkara jugak. Makanya, ini pilihan peribadi aku berdasarkan penilaian aku sebagai PEMBACA komik. Penilaian aku berdasarkan:

  1. Penyampaian cerita
  2. Kekemasan lukisan
  3. Sentapp jiwaku kerana CINTAnya!

Semua komik yang masuk tu hebat-hebat belaka, tapi yang aku pilih ini mengikut citarasa citawarna aku secara personal. Sedia, jomm!

10. MakaDamia Pinat oleh Aujinz

Kita mulakan dengan cerita yang sangat santai macam komik ni. Lukisannya boleh tahan dan aku suka cara penyampaian cerita yang bersahaja. Dengan tema kampung tu.. memang citarasa aku.

Baca di sini KOMIK: MakaDamia Pinat

9. Gema Pemikiran oleh Pyromania & Amna

Komik ni tentang cari jodoh juga cinta selepas nikah, tapi yang menariknya adalah cara penyampaian mereka dalam komik ni. Perspektif yang berubah-ubah tu seakan drama tahu!

Baca di sini KOMIK: Gema Pemikiran

8. Steve Pecinta Hutania oleh Faiz Johari

Cerita berkaitan haiwan ni memeng comel dam mampat. Haha~ Teknik lukisan pun memang tahap pro dah ni. Suka betul tengok gaya ala ink pada stroke tu. Cemburunya~

Baca di sini KOMIK: STEVE Pecinta Hutania

7. Aku Bukan Tanggang oleh Al Hafiz

Stroke lukisan yang memang lain dari yang lain, kemas, dan padat! Kesungguhan pelukis ni memang patut dapat salute! Tak ramai yang mampu lukis penuh setiap panel macam dia.

Baca di sini KOMIK: Aku Bukan Tanggang

6. Cahaya Dunia oleh Syaamil & Iqbal

Okay, yang ini twist yang bagus betul-betul pada penghujungnya. Selain tu, aku suka gaya lukisan yang simple dan kemas dalam komik ni.

Baca di sini KOMIK: Cahaya Dunia

5. Sayang Comel oleh Cocoon

Ini komik daripada seorang yang aku memang kagumi! Kalau korang expect cerita dia tentang kucing dan comel, salah! Cara penyampaian cerita komik ini nampak kematangan dan pengalaman Cocoon tu.

Baca di sini KOMIK: Sayang Comel

4. Cinta Papan Seni oleh Faiz Ramli

Keunikannya terletak pada konsep papan seni tu sendiri. Walaupun seakan cerita biasa (nak cari bakal suami), tapi memang kreatif betul! Lukisannya juga baik. Sweet sangatlah!

Baca di sini KOMIK: Cinta Papan Seni

3. Sesudah Kasih Berlabuh oleh Aizat

Twist kepada cerita dongeng yang selalu sangat kita dengar. Kerana rasa sesalan yang tidak sudah atas tindakan yang kita buat. Ahh.. sedih betul. Memang teringat-ingat komik ni. Serius.

Baca di sini KOMIK: Sesudah Kasih Berlabuh

2. Misi Cinta oleh Aniff Zazali

Dengan konsep yang sedikit ‘dark’ berbanding komik-komik yang lain dan plot twist yang sangat mengujakan! Sesekali terbayang macam filem pun ada.

Baca di sini KOMIK: Misi Cinta

1. Harga oleh Syewe Yoss

Aduhai.. ini memang komik dengan cerita yang baik dan lukisan yang mantap! Komik ni adalah yang terakhir admin Mat Komik upload dan aku rasa memang dia save the best for last lah! Tahu tak perasaan atau vibe bila korang baca komik pelukis tempatan dan dia ada aura macam komik dari luar negara? Begitulah.. Totally shoujo, yang paling memberi rasa pada aku adalah babak-babak cerita dipenghujungnya tu. Sampai ke ulu hati. Ini komik yang aku baca berulang kali sebab nak observe ketelitian lukisan dan nak dapatkan feel tu berkali-kali. Memang thorbaek!

Baca di sini KOMIK: Harga

Penghargaan:

1. Kerana Kau Mulia oleh Hafiz Husna. Baca di sini.

2. Surat Untuk Langit oleh Iqbal. Baca di sini.

3. Nisrina oleh Rahimi AF. Baca di sini.

4. Cinta Atasi Segalanya oleh Gagak. Baca di sini.

5. Bila Fauhad Bercinta oleh Joshua Chung. Baca di sini.

Sembang:

Selepas membaca dan mengikuti kesemua komik dalam CKOM 2015, terdapat macam-macam lah jenis cerita, stroke dan teknik daripada setiap peserta. Malah, aku sendiri ada rasa komik-komik aku tu tak setanding sebahagian dari mereka ni. Sigh..

Boleh dikatakan, sebenarnya ramai yang ada skil lukisan komik berkualiti di Malaysia ni. CKOM adalah platform yang bagus untuk gali bakat dan kebolehan mereka yang entah selama ni memerap di mana, bawa keluar supaya orang boleh lihat; terutamanya penerbit komik. Betul, sebab ada kualiti yang sepatutnya mampu terbitkan satu komik dan pasti boleh jual… rasanyalah. Selain tu, untuk manusia macam aku pula, boleh gunakan platform seperti ini untuk bawa hasil kerja ke mata-mata orang diluar sana. Dapat tahu pendangan pembaca dan improve skil lukisan ketahap yang lebih baik.

Ya ampun.. untuk buat entri ni pun berpusing mata dan kepala aku! Harap juri-juri tu tabahlah membaca kesemua komik peserta dalam CKOM 2015 ni. Semoga yang terbaik akan dipilih sebagai pemenangnya. Mana yang tak terpilih tu, tahun depan boleh cuba lagi. Mat Komik kalau tak buat lagi memang saja la tu..

Keyword: Cabaran Komik Online, Cabaran Komik Online Malaysia 2015, pertandingan komik, Mat Komik, komik malaysia, skuad penyelamat cinta, sentuhan dari hati, danial haikal, paradecomix

Advertisements

2 thoughts on “SEMBANG KOMIK: 10 Komik Pilihan dari CKOM 2015!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s