SEMBANG WAYANG: Star Wars Episode VII – The Force Awakens

starwars

Membawa kita 30 tahun selepas tewasnya Darth Vader dan kejatuhan Galactic Empire. Kini dIkenali sebagai ‘The First Order’ dengan misi yang sama mahu menakluki seluruh galaksi. Namun, tanpa mereka sangka, wujud beberapa perwira yang bakal melumpuhkan misi jahat mereka yang dibantu oleh kumpulan Resistance!

Tajuk: Star Wars Episode VII – The Force Awakens

Edaran: Walt Disney

Genre: Aksi, Pengembaraan, Fantasi

Pengarah: J. J. Abrams

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 17 Disember 2015

Tempoh: 140 minit

Pelakon: John Boyega, Daisy Ridley, Adam Driver, Oscar Isaac, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, Max von Sydow, Lupita Nyong’o, Harrison Ford, Carrie Fisher, Mark Hamill, Gwendoline Christie, Anthony Daniels, Peter Mayhew, Kenny Baker

Sembang:

Kann.. Itu je sebenarnya plot untuk filem ketujuh di dalam francais Star Wars ni. Aku bukanlah peminat setia yang mengikuti francais ini, tapi tetap tak boleh mengendahkan gelombang besar peminatnya seantero dunia! Mampukah filem ini menarik perhatian peminat baharu dan juga mereka yang bukan pengikut setia semua filem-filemnya?

Kalau korang satu kapal dengan aku, sebenarnya kita sangat bertuah sebab filem ini bukanlah prekuel! Apa yang boleh aku katakan, filem ini adalah garapan baru dengan perkenalan generasi baru yang akan menerajui beberapa filem lanjutannya nanti. Saat aku teruja melihat babak pembukaan ala filem zaman 70-80an, sebenarnya kita dibentangkan dengan sedikit rumusan kisah terdahulu. Bagus untuk manusia bukan peminat seperti aku.

Kalau dilihat pada plot dan jalan cerita memang biasa sahaja. Tiada twist yang istimewa atau mengejutkan, seakan predictable sampai ke sudah. Masih, pujian perlu diberikan kepada  tenaga produksi kerana menghasilkan filem ini dengan feel dan teknologi terdahulu. Walaupun aku bukan peminat setia, aku TAHU banyak perkara tentang Star Wars dan aku teruja bila melihat beberapa perkara ‘lama’ diselitkan dalam filem ini. Aku masih nerd sejati..

Trivia: Diorang buat filem ni pun guna filem tau! Bukan format digital. Kagum tak kagum la..

Babak-babak aksinya sangat baik dan para pelakon memang memberikan kesan. Watak Rey tu memang ada tarikan, begitu juga dengan Finn dan Poe. Cuma.. Aku terganggu dengan bayangan Professor Snape bila tengok cucu Darth Vader. Hehe. Ya ampun.. Dari dulu sampai sekarang minat droid tu. R2D2 mahupun BB-8 sangat comel sampai rasa nak bela sekor!

Penceritaan tak terlalu serius atau berat seperti yang aku jangkakan. Masa kat pertengahan tu baru aku teringat sesuatu. ‘Mood’ filem ni macam pernah aku rasa. Macam biasa je. Then, tahulah.. Kan Lucasfilms kini milik Disney? Jadi, entah kenapa, tetap ada feel friendly dan mesra dalam penceritaanya. Yang itu aku suka sebab takdelah stress sokmo. Haha.

Kesimpulannya, aku anggap ini sebagai filem pengenalan kepada generasi baru dan untuk kumpul lagi ramai peminat-peminat baru zaman ini. Aku sendiri jadi tak sabar untuk tahu sambungannya. Selain tu, bagi peminatnya, ini pun macam filem tribute kepada filem terdahulu. Watak-watak baru ni diperkenalkan dengan kemas dan yang lama pun masih diberi perhatian. Walaupun dua jam, tak rasa meleret dan korang akan keluar dengan perasaan puas hati!

Oh, tak perlu tunggu. Takde post end credit scene. Cess..

POPKON:

popkonX5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: Star Wars The Force Awakens review, Star Wars The Force Awakens movie, sembang wayang, movie review, Star Wars The Force Awakens 2015, Star Wars 2015, Disney movie, filem 2015, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

One thought on “SEMBANG WAYANG: Star Wars Episode VII – The Force Awakens

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s