SEMBANG BUKU: Lembaga Kerusi Belakang

lembaga

Dalam waktu aku tengah mengalami sensasi lemau dengan tekak yang meracik-racik rongga leher dan batuk-batuk macam selepas 3 jam sesi kareoke, dapatlah luangkan masa membaca novel sulung, karya pelukis komik bersahaja namun berkarisma, Aman Wan bersama novelis terkenal, Ain Maisarah! Tak nak kalah tu.. Novel pertama terus cerita seram… Memang hebat.

Klik sini kalau nak ikut blog Aman Wan.

Klik sini pula kalau nak tengok video dari Youtube channel Aman Wan.

Sewaktu aku mengikuti setiap judul untuk Nomik Lawak Sekolah dulu, aku ada tanya bila agaknya nak tengok hasil Aman yang lebih ‘dewasa’. Mungkin kali ni bukan dalam bentuk komik, maka dia bernasib baik dan aku juga bertuah sebab aku adalah makhluk yang suka membaca. Jadi, bila dah ada dalam tangan ni dan melihat dari ketebalan yang mampu-baca, dapatlah aku habiskan waktu satu jam setengah membaca novel sulung daripada manusia cetakan semula Aaron Aziz ini!

Tajuk: Lembaga Kerusi Belakang

Genre: Fiksyen, Seram, Remaja

Penulis: Ain Maisarah / Aman Wan

Penerbit: Blink Book Sdn. Bhd., 2016

Mukasurat: 104 mukasurat

Bahasa: Malaysia

ISBN:  978-967-0411-74-3

Kedai Buku: KedaiBlink.com

Harga: RM 10.00 / S.S RM 12.00

Ringkasan:

Mengisahkan tentang Nadiya Risa, seorang pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Sri Bangsar yang pemalas dan suka ambil cara mudah dalam menyelasaikan kerja rumahnya. Sehinggalah suatu hari, dia mengetahui tentang kewujudan sebuah meja berkerusi biru yang boleh menunaikan hajat di dalam sebuah kelas lama.

Sembang:

Okay, aku memang suka membaca.. tapi jarang sangat aku membaca novel fiksyen. Tambahan lagi kalau cerita cinta romantis manis jiwa kepul-kepul. Nasib baik la Aman Wan ni hadir dengan novel seram, maka aku pun sukalah membacanya. Haha. Aku sebenarnya dah terbiasa dengan hasil penulisan Aman Wan dalam blog, vlog atau komik yang kelakar dan bersahaja. Jadi, ada rasa teruja dan berdebar untuk baca sudut lain gaya penulisannya. Esh, selama (tak berapa lama) mengenali dia, aku pasti dia memang ada kebolehan menulis pun… inilah buktinya!

Aku tak letak expectation tinggi dengan cerita seram ala Hollywood sebab ini novel seram untuk remaja. Penyampaiannya mudah, straightforward dan ringkas. Menariknya, dapat rasa perkembangan plot dan watak dalam novel ni! Kalau korang imaginasi tinggi, boleh korang bayangkan apa yang diceritakan. Paling beri kesan pada aku babak seluk tangan bawah meja tu. Walaupun sekejap tapi terasa beb!

Ceritanya dibuka dengan baik dan ditutup dengan kemas juga. Walaupun aku baca sekejap, tapi masa malam-malam kau toleh la jugak bila ada bunyi kat tingkap bilik kau tu.. Heheh.. Mood kelakarnya ada dan mood seramnya sampai, tapi tidak keterlaluan. Boleh kata untuk novel pertama, memang thumbs up!

GEEK LEVEL:

geekX4

Anyway, dikesempatan ini nak ucapkan tahniah untuk Aman Wan dengan novel seram ini! Dengar cerita ada lagi sambungan novel ini dan projek Nomik lain bakal muncul. Semoga berjaya sampai dapat buka stesen TV tu tau!

keyword: book review, review buku, seram, lembaga kerusi belakang, blink book, kedai blink, buku, ulat buku, geek, readings, membaca, Aman Wan, siri seram

Advertisements

2 thoughts on “SEMBANG BUKU: Lembaga Kerusi Belakang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s