SEMBANG WAYANG: 15 Filem Pilihan 2015

filem2015

Sepanjang 2015 kita dihidangkan dengan banyak filem menarik. Masa tengah tahun ini juga aku mula buat review untuk setiap filem yang aku tonton. Jadi, meh aku kongsikan 15 filem pilihan aku untuk 2015!

15. Maze Runner: The Scorch Trials

Aku suka dengan konsep ceritanya, tapi untuk filem kedua ni macam ada sedikit kekurangan, cuma aku tak pasti di mana.

Baca review di sini.

14. Avengers: Age of Ultron

Aku masukkan dalam list sebab aku peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) ni. Walaupun jalan ceritanya agak longgar, tapi ini adalah filem selingan untuk melengkapkan Phase Two MCU. Dua watak baru diperkenalkan dan harap akan beri impak untuk Phase Three nanti!

13. The Good Dinosaur

Filem animasi yang memang simple jalan ceritanya. Tapi korang akan rasa kagum dengan ketelitian latar dan persekitarannya yang seakan hampir dengan realiti!

Baca review di sini.

12. Jurrasic World

Kerana hype yang tinggi, filem ni mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat filemnya. Aku paling suka dan ingat babak terakhir dalam filem ni. Gempak habis!

11. The Hunger Games: Mockingjay Part II

Ala.. Maafkan aku kerana masukkan filem ini juga. Mockingjay merupakan filem penutup untuk trilogy The Hunger Games. Seperti yang dijangka, sepatutnya Mockingjay boleh jadi satu filem dan tak perlu dibahagikan kepada dua bahagian. Apa-apa pun, aku seronok dan enjoy menonton filem ini kerana ceritanya yang ‘hampir’ dengan novel.

Baca review di sini.

10. Everest

Filem yang mendebarkan! Berdasarkan kisah benar dan sangat informatif (kalau korang berhajat nak mendaki gunung la). Masa menonton, dalam panggung pun rasa beku macam kat Everest.

Baca review di sini.

9. Polis Evo

Antara filem tempatan yang harus diberi pujian bukan sahaja kerana kutipan yang tinggi, tapi kepada kualitinya juga. Filem aksi polis Malaysia seakan filem polis Hong Kong. Aku mengagumi lakonan Zizan Razak dalam filem ni.

Baca review di sini.

8. Furious 7

Sebenarnya aku bukan peminat francais Fast and Furious, tapi filem yang ini bagi kesan sedikit pada aku. Babak aksi yang padat dan menarik. Oh, juga part sentapp, tribute untuk Paul Walker kat hujung tu.. Isk.. Isk..

7. Pitch Perfect 2

Haha! Ini adalah filem muzikal yang segar dan masih mampu tarik peminat tersendiri yang ramai. Filem kedua ni lebih ‘toned down’ dari filem yang pertama. Para pelakon yang memang kelakar dan bersahaja, seleksi lagu versi acapella yang menarik dan Fat Amy!

6. Mad Max

Pada mulanya aku ingat ini filem remake. Yang menjadikan aku teruja untuk menonton selepas membaca respon pengarahnya; “Ini adalah kualiti filem Mad Max jika teknologi itu ada 30++ tahun dahulu..” Ternyata memang unik dan mantap. Ada saja perincian dan details dalam setiap scene.

5. BORUTO: Naruto The Movie

Aci tak selit anime ni? Hehe. Memang filem ini antara yang terbaik dalam banyak-banyak filem Naruto tu. Perkenalan dunia dan watak-watak baru  dan cameo watak-watak dahulu memang best. Siapa yang tunggu sampai habis, mesti tergelak la melihat babak penutup tu!

Baca review di sini.

4. Ant-Man

Filem penutup untuk Phase Two MCU dengan konsep dan carita yang berskala kecil, tapi besar! MCU ditutup dengan kisah Ant-Man yang bersahaja, kelakar dan tidak serabut tu cukup bagus untuk bagi aku rileks sekejap dangan barisan filem lain yang semakin ‘tegang’ konfliknya. And he’ll be back soon!

3. Star Wars Episode VII – The Force Awakens

Aku pun bukan peminat francais Star Wars ni dan filem yang ini tampil fresh dengan perkenalan untuk teraju baharu bagi trilogy Star Wars kini. Penekanan mereka untuk tarik peminat baru dan dalam masa yang sama memikat hati peminat yang terdahulu yang kini sudahpun meningkat dewasa. Jujurnya, tak sabar nak menonton sambungannya!

Baca review di sini.

2. Kingsman

Selepas menonton filem ni, aku terus cari komiknya! Adaptasi yang bagus dangan cerita yang menarik dan segar. Konsep pahlawan perisai dahulu yang kini bersuit memang menarik perhatian aku. Hero yang simple dan antagonis yang pelik (?). Babak yang lekat dalam kepala adalah pergaduhan dalam gereja dengan penganut sesat tu. Memang seronok weh!

1. Inside Out

Filem animasi yang buat aku rasa kagum dan matang ketika menontonnya. Memang hebat siapa yang cipta konsep dan cerita untuk Inside Out! Dengan barisan watak yang comel dan menarik (terutamanya my favourite, Sadness) dan konsep dia tu… Kalau budak-budak suka dengan warna-warni animasinya, yang dewasa akan terfikir kisah disebalik setiap babaknya. Memang filem yang bijak!

Baca review di sini.

Sembang:

Tahun 2016 nanti lagi la berderet filem-filem yang memang aku tunggu! Tak sabar nak jadi pokai dengan menonton filem. Yeay~ ke..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s