SEMBANG SAJA: 15 Lagu Pilihan Hati 2015

lagu2015

2015 sudah semakin hampir untuk melabuhkan tirai tari tirananya. Sepanjang tahun ni juga beratus lagu yang melalui lubang telinga aku yang sempit ini. Aku jarang dengar radio, jadi kebanyakkan lagu yang aku dengar mungkin trending di Youtube dan juga lagu dari kumpulan Kpop dan Jpop yang aku ikuti. Jadi, meh aku kongsikan 15 Lagu Pilihan Hati untuk tahun 2015!

15. Out of The Woods – Taylor Swift 

Bagi aku lagu ni cukup unik kerana susunan muzik dan liriknya yang agak mysterious. Sebenarnya suka juga pada “Shake It Off” dan “Bad Blood”, tapi untuk aku lagu ni lebih menonjol dan dekat dengan hatiku~

14. Tsumetai Kaze to Kataomoi (The Cold Wind and Lonely Love) – Morning Museme ’15

Dari kumpulan Jpop kesukaan aku! Setiap tahun menanti lagu baru daripada mereka ni. Untuk tahun ini, lagu EDM agak kurang berselera, tapi lagu ballad dengan selingan muzik EDM mereka semakin memikat hati. Ini adalah lagu dari single terakhir mereka tahun ini. Lagu ni juga khas untuk Sayashi Riho yang akan graduate hujung tahun ni.. Sedih.

13. Stress – Taeyeon

Album solo ketua untuk Girls’ Generation ni memang best sangat! Ada beberapa lagu yang memang aku suka. “Stress” ni agak seronok dengan upbeat muziknya dan lirik yang agak ‘kejam’. Untuk counter lagu ni, boleh dengar “U R” yang memang asyik~

12. #Supergirls – De’ Fam

Inilah lagu dari Malaysia yang seakan lagu Kpop tapi masih mengekalkan identiti ke-Malaysia-annya! Single pertama De’ Fam ni memang mendapat sambutan oleh pendengar. Bila tengok diorang perform live pun boleh tahan. Tapi kenapa kak nama kau ‘Manggis’? Unik..

11. Potret – Akim and The Majistret

Lagu ni diminati akibat darama petang-petang tu la. OST untuk drama “Isteri Luar Biasa” dalam slot Akasia TV3. Liriknya ada rasa seram-seram macam tu macam lagu “Mewangi”.

10. You Think – Girls’ Generation

Lagu dalam album terakhir Girls’ Generation untuk tahun ni. “Lion Heart” dan “Party” pun menarik, tapi “You Think” ada sedikit ‘attitude’ dalam muzik dan vokal mereka; terutamanya Sunny.

9. Hello – Adele

Ahhh.. Lagu ni kalau tak masuk list tak sah la kan. Lagu yang sejak keluar sampai laa ni masih mengungguli tangga teratas carta! Muziknya tu dah cukup untuk buat korang rasa seperti ‘loser’ sepanjang hayat sebab diabaikan oleh kekasih.. I’m on the other side!

8. See You Again – Wiz Khalifa & Charlie Puth

Se-popular filemnya, OST untuk filem Furious 7 ni ada kelebihan dan tarikan dengan mood melankolik sebagai tribute untuk Paul Walker. Selain tu, ramai yang boleh relate dengan lirik lagu ni. Ditambah pula dengan penyampaian penyanyi yang syahdu tu.. buat teringat memori bersama mereka yang pernah korang sayang~

7. Flashlight – Jessie J

OST filem Pitch Perfect 2! Masa aku dengar lagu ni, aku amati liriknya yang sangat kreatif tu. Sangat dekat dengan aku dan aku terus jatuh hati.

6. Terbaik Bagimu – Dato’ Siti Nurhaliza

Aku rasa masih tak cukup lagi apa yang aku buat selama ni kalau nak dibandingkan dengan kau.. Macam tu la maksud lagu dia. Sedih dan tragis, kena pula dengan lenggok nyanyian DCT tu.. Aku kena buat lebih baik!

5. Catch Me If You Can – Girls’ Generation

Single dengan versi bahasa Jepun dan Korea dari Girls’ Generation yang pertama selepas pemergian Jessica daripada kumpulan itu. Lagu ni sangat dinantikan waktu tu dan siap ada leaked video muzik yang sama, tapi dengan kehadiran Jessica. Selain background story yang agak panas tu, lagu ni ada muzik yang upbeat dan menunjukkan kelincahan setiap ahli kumpulan menari dengan hebat!

4. Hidup Dalam Mati – Syamel

Naib juara untuk program realiti TV, Akademi Fantasia ni tampil dengan lagu hasil tulisannya sendiri. Dengar pertama kali, terus terpikat. Sipi-sipi dengan lagu “Kisah Dua Muka” oleh Sufi, tapi rasa tu lebih untuk lagu ni.

3. Dondengaeshi (A Complete Turnover)- ANGERME

Ada rasa keterujaan masa dengar lagu ni yang ala-ala opening anime. Lagipun liriknya dapat aku kaitkan dengan komik “BALLAST” aku tu dengan phrase “Turnover!” Setiap kali dengar, dalam kepala mesti perasan sendiri kalau watak komik jadi anime, lagu ni jadi opening. Haha.

2. I – Taeyeon

Taeyeon lagi! Lagu ni memang hype habis masa release dulu. Video muziknya buat mata rasa nyaman, liriknya buat hati rasa yakin.. walaupun muziknya ada kes ciplak bagai, tapi sangat sedap didengari bila dinyanyikan oleh Taeyeon.

1. Bukan Hal Aku – Kaka feat. Sleeq

Masa lagu ni mula-mula keluar dulu, aku tak heran sangat. Tapi satu hari tu aku layan lirik dia lalu aku tersuka tanpa sengaja. Muziknya memang segar dan terkini. Bagi aku, lagu ni bagi aku inspirasi dan naikkan semangat untuk buat apa yang aku mahu.

Sembang:

Ahha.. Aku bukan pakar menilai lagu-lagu ni. Selalunya lagu yang lekat dihati adalah lagu yang mempunyai lirik yang relatable dengan apa yang aku alami. Susunan muzik faktor kedua yang membawa mood lagu tu. Tak kisahlah apa jenis lagu atau bahasa, aku layan saja semuanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s