SEMBANG SAJA: Recap 2015!

recap2015

SELAMAT TAHUN BARU 2016!

Tahun 2014 banyak beri aku pengalaman yang hakikatnya walaupun pahit, masih mampu aku lalui dengan tabah. Sampai dipertengahannya aku buat keputusan dengan tekad untuk lepaskan bebanan ‘kebahagiaan’ yang aku ada selama lima tahun tu dan mulakan semula. Pada waktu umur sudah hampir 3 series ni, hujung 2014 dan sepanjang 2015 adalah buku baharu untuk aku yang kini sudah sampai kepada penutupnya. Alhamdulillah, perjalanan yang sangat menarik.

Dunia baharu yang aku ceburi kini adalah minat dan passion aku. Puas hampir lima tahun dahulu buat apa yang aku ‘kena’ buat, cukup untuk aku sedar dan tidak terus memaksa jiwa. Apa yang berlaku sepanjang 2015? Meh aku kongsikan bersama korang dari mula sampailah penghujungnya.

>>Januari<<

Aku masih teruskan penyertaan aku dalam program ComicXcel sejak Disember 2014. Masa ni aku mula kenal beberapa manusia yang sebenarnya orang yang dikenali dalam industri komik ni (dan ada yang kami masih kekal bersahabat sampai hari ini). Awal-awal ni aku masih rasa noob dan loser habis sebab aku memang takde satu pun klu apa yang berlaku dalam dunia aku yang baru ni. Aku bukan sesiapa, aku baru bermula. Kosong.

Aku tak pasti apa hala tuju hidup aku lepas ni. Aku hanya ikut jalan yang dah disusun dan redha sahaja.

10645084_10204487636805051_3445360678742690608_n
Ha’ah. Memang macam tu la aku.

>>Februari<<

Tak banyak perkara berlaku bulan ni. Semuanya diteruskan seperti biasa. Kali ni aku graduate dari program ComicXcel selepas tiga bulan berlangsung. Selain tu memang aku banyak buang masa yang ada dengan bermalasan seakan Snorlax. Huarghh~

10497880_10205062072925595_7948819096699516309_o
Presentation terakhir sebelum tamat program ComicXcel. Gigil~

>>Mac<<

Teruskan plan dengan ex-office mates untuk kami bercuti ke Bangkok, Thailand. Ah, ada juga ruang untuk aku rasa lapang! Waktu ni ada la terlintas nak cari kerja berkaitan design dan lukisan ni. Aku pun banyak turut serta beberapa pertandingan yang dianjurkan secara online. Aku pun dah mula bergerak buat beberapa kerja freelance berkaitan design. Buat, buat, buat. Jangan berhenti.

11058553_10206323001497702_5462089240873326436_n
Semua berwajah runcing bila berada di Bangkok!

Credit photo: Ayman Hazim

>>April<<

Titik tolak permulaan aku berkenalan dengan dunia baru aku ni. Aku diperkenalkan dengan brader-brader dalam Comicore Club. Perbincangan untuk pertemuan pertama kami sangat serius, kerana ke-serius-an itu juga buat aku bersetuju untuk lompat bersama di atas kapal mereka. Ahh.. masih sama pancarobanya walau dalam dunia mana pun aku duduk. Sebab yang perlu diuruskan adalah manusia. Masa mula perkenalan tu memang aku ni sejenis pemalu dan segan, tapi sekarang… harap mereka tabah mengenali aku. 🙂

11121133_939729449394758_8287633430286765332_n
Pertemuan pertama kami. #kasihsayang

Credit photo: Bophairy

Waktu ini juga editor dari Humaira Publication merisik aku untuk terbitkan komik. Walaupun dalam hati masih ada rasa tidak yakin, aku terima sahaja.

>>Mei<<

Arghh~! Ini bulan yang paling gila! Selain aku dah mula buat komik “Sayang Ummi”, aku juga terlibat uruskan event untuk Ben Wong, turut serta untuk jaga booth bersama Comicore Club di UNICON dan beberapa ilustrasi untuk Festival Belia begitu juga beberapa tugasan freelance yang datang. Kerjanya berganda dan aku sentiasa harap semangat aku kuat untuk selesaikan kesemuanya on time. Ketika ini adalah rasa hidup macam Batman, malam kerja, siang dapat membuta pun sikit-sikit.

Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baiknya. Puhh~ Bersilat dengan demam, minta tangguh sampai semua selesai. Haha. Baik Encik Demam tu.

11151003_10205542554577336_8979834839905380863_n
Senpai.. no, Sensei noticed me!
11206137_10205536006733644_9064641482362718708_n
Batman yang ni harap ke gajet canggih lampu USB dan cawan Cintailah Bahasa Kita.
11245797_10205570463115032_2659672685259466432_n
Encik Demam yang sangat memahami..

>>Jun<<

Usaha itu diteruskan dengan penglibatan dalam beberapa event macam Selangor Islamic Fest, CAFKL dan Ben Wong. Lepas tu istiqomahkan diri untuk join INKRAMADAN dipertengahan bulan sempena bulan puasa. Waktu yang sama debarnya menanti kewujudan komik sulung aku tu.

Berada ditahap ini, kawan-kawan dari dunia lama mula berasa senang dengan perkembangan aku. Sokongan daripada mereka memang tak terhingga!

1902782_10205769373247661_258001291859870120_n
Diorang datang borong sampai habis barang aku nak jual. Terima kasih semua.
10868014_10205741456149751_8486581624172504977_n
Hasil kerja masa Selangor Islamic Fest 2015.
11666303_10205926540376741_3527668337018021212_n
INKRAMADAN~

>>Julai<<

Hari Raya kan. Ada dua kejayaan, yang pertama, komik “Sayang Ummi” sudah pun di-materialisasi-kan dan aku berjaya menyelesaikan INKRAMADAN! Aminn. Dalam masa yang sama sedang siapkan komik INTROVERTS untuk De’Gwet pula. Baru aku ingat, empat bulan dah beli buku “Quite” masih tak habis baca. Sigh..

11700700_10206063284275253_3137984835977374577_o
Bersama family dan “Sayang Ummi”! Hari Raya~

>>Ogos<<

Bulan ni sibuk buat promo untuk event sulung Comicore Club, Bengkel Comicoaching bulan September nanti. Masa ini jugalah aku mula aktif untuk update weblog Paradecomix ni! Commit dengan berani untuk letak .com dan cuba kekalkan motivasi sentiasa update.

Pertama kali juga aku buat live doodle dengan kawan-kawan Comicore Club di AVANI Sepang Gold Coast untuk event Volunteerism. Bulan ni juga gempar sedikit dengan berakhirnya penerbitan majalah lawak Malaysia, Ujang.

11905801_10206314163667081_3903390342922383598_n
Hasil live doodle kami!

>>September<<

Bengkel Comicoaching berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah. Lepas tu tanpa henti setiap hujung minggu ulang-alik ke Johor untuk event JB Writers & Readers dan Play Time! di Kluang Mall. Pertama kali untuk semua event, kami cukup bangga…. dan super letih. Selain aku juga mula jadi pengajar sementara untuk subjek graphic design. Memang macam-macamlah!

12011118_876645039057586_4753343290038859281_n
Dengan bruh-bruh belaka kat Kluang Mall. Bila nak pi lagi ni..

Credit photo: Kotakomik

Paling manis, watak BALLAST yang aku hantar untuk event “From Zero to Hero” oleh Indiegu Komik menang tempat pertama! Kali ni ada manusia approach aku untuk usahasama dengan beliau. Mula-mula ni kena jadi rahsia kerajaan sebab belum official. Apa-apa pun, dalam cool aku tu, aku sangat teruja nak bekerjasama dengan dia.

Mula la obses dengan app Lipp. Bersungguh aku main app tu. Haha. Pandai-pandai curi masa untuk hiburkan diri.

>>Oktober<<

INKTOBER dan berjaya selesaikan juga! Walaupun tak seberapa sibuknya, tapi aku sangat penat melayan stress bulan ni. Haiihh. Mahu lupakan saja.

12088171_10206641597172714_7588658358341775176_n
Antara hasil untuk INKTOBER.

Aku dilamar pula oleh sebuah syarikat NGO untuk buat ilustrasi secara berkala. First meeting, aku jadi orang baru lagi sebab geng kali ni memang yang aku tahu nama, tapi tak pernah berjumpa. Yang aku pasti, mereka ni memang penggiat aktif komik indie dan ilustrasi. Perancangan Allah yang buat aku duduk semeja, sama projek dengan mereka. Totally alien, aku ikutkan saja rentaknya. InshaaAllah, adalah tu hikmahnya nanti.

Kenangan manis, Humaira bagi peluang untuk aku keluar dalam satu slot IKIM.fm. Ini memang akan ku ingat selalu sebab peluang macam ni rare la untuk manusia marhaen seperti aku. Selain tu juga aku dapat peluang jadi colorist dan buat komik untuk BOBOI! Alhamdulillah. Banyak aku belajar dalam bulan ni.

12087110_10206695021988301_6533050147443954348_o
Tag team dengan Bophairy sebab kalau aku sorang mahu mereput tak tahu nak cakap apa benda ntah.

Hujung bulan tu Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) 2015 dah mula.

>>November<<

Ahhh.. Kali ni ada pula kerja sebagai editor dan penyusun komik. Kena buat kaver dan teknik mewarna aku dicabar. Haha. Aku berjaya hantar dua komik 10 muka sebagai penyertaan CKOM 2015 kali ni. Mak datuk ramai lagi rupanya manusia hebat hasilkan komik ni. Sentap dan mereput diri seketika sebab rasa noob sesangat.

12374762_10207016345661192_8612139922154356610_o
Outputnya De’Gwet Vol. 3

Klik untuk baca entri 10 Komik Pilihan CKOM 2015.

Klik untuk baca entri tentang komik “Sentuhan dari Hati”

Klik untuk baca entri tentang komik “Skuad Penyelamat Cinta”

>>Disember<<

Kali ni Comicore Club join event di PORTFEST, Ipoh, Perak. Kena  buat live doodle atas badan caravan pula. Ya ampun.. sampai lenguh-lenguh tangan selepas event tu. Masa tu, aku dapat kenal beberapa pelukis komik otai. Waa.. mereka ni sangat humble. Raspek habis la!

12304407_10206945454048946_9073125109475654069_o
Hasil live doodle untuk PORTFEST atas badan caravan.

Selepas tu kami buka booth di Comic Fiesta (CF) 2015. Selalu datang sebagai pengunjung, penat sehari je berjalan. Tapi kali ni penat terus dua hari dengan berjalan empat kali ganda! Haha. Hasil kerja aku kali ni untuk signage boothe De’Gwet X Comicore Club dan komik De’Gwet Vol. 3.

1918498_10207018191267331_8833894381719086918_n
Kantoi dengan student nickname aku terlalu comel untuk wajah pakcik aku.

Straight lepas CF, aku terus sambung kerja lain pula. Sekali lagi, menjadi alien dalam dunia yang baru, dunia novelis! Pengalaman yang bermakna bila tengok gerak kerja mereka. Masa kali pertama aku jejak kaki ke markas mereka, masa tu meeting, aku terus teringat betapa hampirnya perasaan tu dengan ‘secret’ meeting yang aku join masa kerja dulu! Bossnya ada gaya dan visi yang sama. Kan.. masih dalam senario yang sama walau ke mana pun kapal yang aku lompat. Interesting..

10273112_10207064416222926_1816968126520571411_o
Namun, aku tetap suka tidur. Walaupun dalam posisi seakan sloth ini.

Sembang:

Syukur. Sepanjang perjalanan tahun 2015, bila buat recap ni rasa macam tak sangka buat macam-macam perkara dalam tempoh satu tahun ni. Kenal dengan ramai manusia hebat dan boleh inspired dengan pengalaman yang mereka kongsikan bersama. Ada yang muda dari aku dan kagum dengan perkembangan dan keberanian mereka. Aku bermula sebagai tong kosong, cuba sebaik mungkin untuk belajar dari mereka dan pengalaman sendiri.

Alhamdulillah, keluarga pun dah boleh terima apa yang aku buat sekarang; walaupun adakala mereka macam risau tentang kehidupan aku. Aku tak kisah lah apa orang lain kata, asalkan mak ayah tahu dan restu kerjaya aku dan aku tahu jalan yang aku mahu sekarang. Jujurnya, aku pun ada rasa risau tentang masa depan, tapi aku harap dengan perancangan yang ada, aku mampu laluinya.

Apa yang diharapkan untuk tahun 2016? Perkara yang sama, tapi dalam skala dan level yang berbeza. Aku harap ada peningkatan pada usaha aku lebih dari apa yang sudah aku buat dahulu. Perjalanan tu masih terlalu jauh, adalah juga perasaan sesal kerana bertindak lambat untuk semua ini. Tapi aku yakin, kita tak pernah lewat untuk bermula. Kena tingkatkan lagi usaha walau diri semakin tua! Haha.

BERUSAHALAH~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s