SEMBANG BUKU: Finding Your Element

bukufindelement

Ini antara buku terawal yang aku cari dan baca selepas penghijrahan mencari makna kehidupan dalam kerjaya. “Finding Your Element” sebenarnya adalah sekuel kepada buku “The Element” oleh Ken Robinson. Tapi aku sendiri tak membaca buku yang pertama dan masih boleh mengikuti buku ini dengan bersenang hati.

Tajuk: Finding Yor Element

Penulis: Ken Robinson and Lou Aronica

Penerbit: Pemguin Group, 2013

Mukasurat: 253 mukasurat

Bahasa: English

ISBN: 978-0-241-95202-3

Kedai Buku: MPH Mid Valley

Harga: RM 54.95

Sembang:

Ada ketika dalam hidup ni kita tercari-cari apa sebenarnya yang kita nak buat kan? Apa sebenarnya minat kita? Apa sebenarnya yang kita mahu capai? Uniknya, buku ini bukanlah memberi jawapan secara terus tentang semua persoalan tu, tapi ia memberikan panduan dan cara bagaimana kita mahu mencari apa sebenarnya kemahuan kita dan ubah pemikiran untuk ubah hidup kita sendiri.

Ada diselitkan beberapa latihan dalam buku ni untuk dibuat, tapi aku cuma buat berapa sahaja yang aku rasa perlu. Latihan-latihan ini membantu kita untuk lengkapkan perjalanan di dalam buku ini supaya ada sesuatu yang kita akan capai dipenghujungya. Kebanyakan latihannya membuatkan kita berfikir dan menilai diri sendiri. Menarik!

Sepanjang aku membaca buku ini pun, aku dapati ada perkara yang memang aku dah buat dahulu, tapi perlu diperkemaskan lagi. Pendekatannya lebih kepada bagaimana kita boleh bantu orang lain selain kita untuk tahu kemahuan sebenar mereka. Macam seorang guru, selain daripada mengajar pelajar, guru bleh bantu pelajar untuk cari apa minat sebenar mereka supaya memudahkan mereka dalam pemilihan kerjaya atau sebagainya. Inisiatif yang menarik ini dah pun dimulakan oleh para guru luar negara dan aku harap adalah guru-guru di Malaysia ni yang tahu dan boleh guna pendekatan yang sama.

Kalau korang sendiri ada masalah kecelaruan untuk cari apa yang korang mahu, aku harap korang boleh baca buku ini. Aku pun rasa geram juga sebab tak kenal buku ini lebih awal. Sangat membantu untuk bentuk kehendak kita dalam mengenali diri sendiri. Ada juga kemahuan untuk baca buku yang pertama “The Element” tu..

GEEK LEVEL:

geekX5

keyword: book review, review buku, find your element review, , buku, ulat buku, geek, readings, membaca, Ken Robinson

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s