2016 adalah tahun yang bakal menjadikan sesetangah manusia sejenis aku pokai! Haha~ Kepada yang tidak ambil tahu, 2016 membariskan pelbagai tajuk filem yang menjadi perhatian penggemar panggung seperti aku juga peminat-peminat filem! Terlalu banyak sampai aku rasa kalau bajet tahun ni ciput-ciput saja, maka kenalah buat saringan untuk tonton filem yang tertentu sahaja. Sigh..
Ahh! Janganlah nak berduka lara sangat. Buang yang hitam, ambil yang berwarna-warni! Meh aku kongsikan 15 filem yang aku nantikan sepanjang 2016 ni. Filem-filem ni tak semestinya yang terbaik (selagi tak ditayangkan, siapa je tahu kan?) tapi yang ini yang wajib aku tonton bila mereka mula ditayangkan di panggung nanti! Aku susun mengikut tarikh tayangan. Marilah!
1) The 5th Wave
Tarikh tayangan Malaysia: 14 Januari 2016
Sinopsis:
Dunia kini diancam bahaya dengan kehadiran makhluk asing yang mahu menyingkir populasi manusia dari muka bumi melalui empat gelombang berbahaya. Cassie kini perlu menghadapi gelombang kelima dengan misi untuk menyelamatkan adiknya, Sammy. Dari situ, dia bertemu seorang remaja lelaki yang mungkin menjadi harapan terakhir untuknya.
Tonton trailer The 5th Wave
Sembang:
Filem ni adalah adaptasi novel, jadi itulah punca aku jadi teruja. Selain tu, watak utamanya adalah Chloë Grace Moretz (Kickass 2, Let Me In) yang super comel dan bad-ass tu! Ini juga filem dengan tema distopia, jadi bayangkan kisah seperti The Hunger Games atau The Maze Runner.
2) Deadpool
Tarikh tayangan Malaysia: 04 Februari 2016
Sinopsis:
Wade Wilson terpaksa menjalani sesi ekperiemntasi yang dasyat di mana telah menjadi titik tolak perubahan besar di dalam hidupnya. Mempunyai kebolehan untuk sembuh dengan pantas tapi mentalnya ‘sedikit’ tidak stabil, bakal memberikan kisah pemburuan yang pastinya penuh humor!
Tonton trailer Deadpool (NSFW)
Sembang:
Siapa je yang tak menatikan filem dari salah satu watak popular Marvel yang gila-gila dan unecpected ni?! Selepas menonton trailer filemnya, memang aku tak sabar untuk mengenali Deadpool. Aku pasti (dan harap) filemnya nanti sangat lawak + aksi yang mengarut. Tazzabar~
3) Zootopia
Tarikh tayangan Malaysia: 03 Mac 2016
Sinopsis:
Selamat datang ke dunia haiwan Zootopia! Nick Wilde merupakan seekor musang yang sentiasa bergerak pantas tapi sesuatu berlaku dan dia kini sedang diburu pihak polis. Kemudian dia bertemu Lt. Judy Hopps dan mereka dituduh pula bersubahat. Keadaan yang memaksa membuatkan mereka perlu bekerjasama untuk membuktikan mereka tidak bersalah.
Tonton trailer Zootopia
Sembang:
Expectation tu takdelah tinggi sangat untuk filem ni tapi konsep dunia haiwan menarik juga. Dalam trailer, dua watak utama tu ad tarikan tersendiri dan watak sloth tu… ahh sukanya! Haha.
4) Kungfu Panda 3
Tarikh tayangan Malaysia: 10 Mac 2016
Sinopsis:
Po kembali beraksi! Kali ni Po dipertemukan dengan bapanya dan mereka akan menjelajah ke suatu tempat yang dipenuhi dengan panda-panda lain. Po pula perlu mengahwini Mei, seekor panda di tempat barunya itu. Ancaman daripada penjahat Kai pula memaksa Po untuk beraksi… dan juga melatih sekampung panda untuk bersama berjuang!
Tonton trailer Kungfu Panda 3
Sembang:
Siapa yang tak sayang panda comel seekor ni haa! Filem pertama dan keduanya memang best dan kembali untuk filem ketiga bersama sekumpulan panda-panda comel, mesti penuh dengan aksi dan lawak!
5) The Divergent Series: ALLEGIANT
Tarikh tayangan Malaysia: 17 Mac 2016
Sinopsis:
Kehidupan Beatrice dan Tobias yang kini berada di luar tembok diawasi oleh sebuah agensi misteri.
Tonton trailer The Divergent Series: ALLEGIANT
Sembang:
Satu lagi filem dengan tema distopia yang juga adaptasi dari novel. Sebab aku mengikuti filemnya, jadi kena la commit sampai habis. Huhu.
6) Batman v Superman: Dawn of Justice
Tarikh tayangan Malaysia: 24 Mac 2016
Sinopsis:
Kesinambungan dari filem “Man of Steel”, Bruce kini menyimpan dendam kepada Superman yang dianggap lebih kepada ancaman daripada penyelamat bumi. Disamping itu, agenda jahat daripada Lex Luther Jr. yang mahukan pertelingkahan antara Batman dan Superman berterusan.
Tonton trailer Batman v Superman: Dawn of Justice
Sembang:
Sejak menonton drama The Flash, aku terus mengikuti dunia DC Comics ni. “Mon of Steel” agak longgar jalan ceritanya, tapi bila ada Batman terlibat sama dalam filem ni, kisahnya jadi semakin menarik. Ergh.. tak dilupakan kekecewaan pada trailer-nya yang dedahkan terlalu ‘banyak’ jalan cerita filem ini. Mungkin, mungkinlah ada perkara menarik lain yang akan menonjol sewaktu tayangan filem tu nanti.
7) Captain America: Civil War
Tarikh tayangan Malaysia: 05 Mei 2016
Sinopsis:
Oleh kerana jumlah manusia dengan kuasa luarbiasa semakin meningkat, satu ikatan harus dilakukan untuk memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada penduduk bumi. Maka timbul konflik dan menjadikan para superhero ini berpecah kepada dua pihak; setuju dan tidak bersetuju. Kedua-dua pihak ini yang diterajui oleh Capain Amerika dan Iron Man perlu mendapatkan solusi dengan pantas sebelum mereka mula berbunuhan sesama sendiri!
Tonton trailer Captain America: Civil War
Sembang:
Filem Marvel yang paling aku tunggu-tunggu untuk tahun ini! Filem pembukaan untuk Marvel Cinematic Universe (MCU) Phase Three! Premis cerita Civil War agak tegang dan serius dek kerana pertelingkahan antara dua (atau tiga) watak Avengers! Captain Amerika dan Iron Man, masing-masing ada misi dan agenda mereka sendiri. Tapi kenapa perlu bergaduh? Masa menonton trailer, aku harap sangat yang scene Cap dan Buck lawan Iron Man tu, hanyalah salah satu suit Iron Man. Sakit jiwa menunggu!
8) The Angry Bird Movie
Tarikh tayangan Malaysia: 12 Mei 2016
Sinopsis:
Tiga ekor burung pemarah (Angry Birds) iaitu Red, Chuck dan Bomb, mendiami sebuah pulau dengan burung yang tidak boleh terbang. Namun, kemunculan Green Pigs yang diketuai oleh Leonard menjadi ancaman kepada mereka. Maka Angry Birds perlu bekerjasama untuk menyiasat apa sebenarnya agenda jahat Green Pigs.
Tonton trailer The Angry Bird Movie
Sembang:
Korang mesti pernah main game Angry Birds kan? Alaa.. kalau tak minat pun mesti pernah sekali dua jejari lentik korang menarik burung-burung comel ni di skrin iPad atau telefon untuk menghentam beberapa ekor khinzir hijau tu! Tengok aja trailer sudah buat aku gelak. Memang nak sangat menonton filem animasi ni!
9) X-men: Apocalypse
Tarikh tayangan Malaysia: 27 Mei 2016
Sinopsis:
Sejak dari zaman dahulu lagi, Apcalypse menjadi pujaan seakan Tuhan kerana kehebatan dan kekebalannya. Setelah hidup selama beberapa zaman, Apocalypse berdepan cabaran baharu dengan kehadiran teknologi moden. Dia kemudian mengambil beberapa mutan dengan tujuan untuk menghapuskan manusia dan mewujudkan dunia baru.
Tonton trailer X-men: Apocalypse
Sembang:
Sejak “X-men First Class”, kehebatan jalan cerita dan kualiti filem francais ini yang menjadi semakin baik mula diterima peminat seluruh dunia! Selepas “Days of Future Past” berjaya ‘menebus’ kekhilafan dan tampil bergaya dengan jalan cerita yang lebih kemas dan segar, “Apocalypse” adalah pengisian revival ketiga yang harus ditonton! Tak sabar nak tengok mohawk Storm dan Qucksilver kembali beraksi.
10) Finding Dory
Tarikh tayangan Malaysia: 16 Jun 2016
Sinopsis:
Enam bulan selepas kes kehilangan Nemo, Dory secara tiba-tiba teringat memori sewaktu zaman kanak-kanaknya. Ditemani oleh Nemo dan Marlin, Dory tekad mahu mencari ahli keluarganya. Ikuti pengembaraan mereka!
Tonton trailer Finding Dory
Sembang:
Sepuluh tahun dulu, “Finding Nemo” bagi aku adalah animasi yang sangat menyentuh perasaan dan kualitinya sangat cantik dengan tema hidupan laut. Kali ini, mereka perlu bantu Dory dalam misinya pula. Haih.. Dory yang pendek jangka hayat memori tu mesti akan menimbulkan onar dan lawak di mana saja!
11) Suicide Squad
Tarikh tayangan Malaysia: 4 Ogos 2016
Sinopsis:
Sekumpulan super-villian dikumpulkan dalam satu kumpulan untuk menjalankan misi yang berbahaya. Cabarannya, dapatkah mereka ini bersatu hati untuk menyelesaikan misi tersebut dengan kehendak dan personaliti masing-masing yang berbeza?
Tonton trailer Suicide Squad
Sembang:
Premis cerita filem ini masih lagi misteri. Sejak diperkenalkan Suicide Squad dalam drama “Arrow”, nampak dah pancarobanya bila super-villian ini disatukan untuk satu misi. Aku peminat baru DC Universe, tapi seperti yang lain, aku ternanti-nantikan watak Joker dan Harley Quinn tu.
12) The Secret Life Of Pets
Tarikh tayangan Malaysia: 18 Ogos 2016
Sinopsis:
Kehidupan Max sebagai anjing peliharaan yang amat disayangi bakal terganggu dengan kehadiran seekor lagi anjing bernama Duke yang diselamatkan olen tuannya. Berlaku perebutan kasih sayang antara mereka namun akhirnya terpaksa bekerjasama apabila Snowball – seekor arnab yang menjadi ketua kepada haiwan terbiar menjalankan misi balas dendam kepada semua haiwan peliharaan.
Tonton trailer The Secret Life Of Pets
Sembang:
Best kan sinopsis filem ni? Aku ni pun memang suka menonton video comel haiwan peliharaan kat Youtube tu, jadi bila tengok sekumpulan haiwan comel beraksi… memang la kena tonton filem ini!
13) Doctor Strange
Tarikh tayangan Malaysia: 3 November 2016
Sinopsis:
Selepas Stephen Strange, seorang pakar bedah tercedera dalam satu kemalangan kereta yang telah menghancurkan kerjaya dan hidupnya, dia merancang untuk mengembara mencari penyembuh di mana dia bertemu dengan Ancient One.
Tonton trailer Doctor Strange (Teaser)
Sembang:
Lagi superhero baharu yang akan diperkenalkan untuk MCU Phase Three! Doctor Strange akan memperkenalkan magis dalam MCU selepas kita dapat lihat sikit-sikit kuasa yang Scarlet Witch guna dalam “Age of Ultron” sebelum ni.
14) Fantastic Beasts and Where To Find Them
Tarikh tayangan Malaysia: 17 November 2016
Sinopsis:
Secara misteri makhluk-makhluk dari dalam sebuah beg terlepas ke dunia manusia dan magik yang kini dimiliki oleh Newt Scamander. Oleh kerana makhluk-makhluk ini boleh memberi ancaman dan mendatangkan bahaya kepada manusia, organisasi magik dan manusia yang perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini mula memburu Newt. Pertelingkahan mula terjadi antara manusia dengan kuasa magik dan manusia biasa kerana insiden tersebut.
Tonton trailer Fantastic Beasts and Where To Find Them
Sembang:
Filem dengan latar dunia Harry Potter! Selepas berakhirnya filem Harry Potter dulu, aku memang rindu sangat nak tengok dunia tu semula. Melalui filem ini, mungkin akan menceritakan bagaimana kisah permulaan manusia boleh menerima kehadiran magik seperti dalam kisah Harry Potter.
15) Rogue One: A Star Wars Story
Tarikh tayangan Malaysia: 15 Disember 2016

Sinopsis:
Beberapa pahlawan penentang bekerjasama untuk menjalankan misi mustahil; menjatuhkan rancangan penubuhan Death Star sebelum menjadi kuasa jahat Emperor!
Sembang:
Seperti tahun lepas, 2016 juga bakal ditutup dengan filem Star Wars. Rindu pula nak tengok Rey dan BB-8, tapi malangnya mereka tiada dalam filem ni sebab ini filem prekuel! Whaat? Sebagai peminat baru francais ini, aku harap filem-filem seterusnya ini akan jadi lebih menarik (dan senang nak follow.. sigh).