Abang besar sudah mari.. Kebelakangan ni dalam mood untuk mengkaji komik-komik Malaysia (cewahh..) aku berkesempatan la untuk mendapatkan dan membaca pelbagai tajuk komik. Dalam banyak-banyak komik tu, komik dari sorang brader ni yang aku tak pernah baca lagi walaupun dah kenal beliau, Ultra Qalif oleh Bophairy.
Klik sini untuk Facebook Bophairy Baharum
Klik sini untuk Facebook page Ultra Qalif
Ultra Qalif kini sudah pun sampai ke volume #6 dan bakal muncul dengan volume #7 tahun ini. Komik Ultra Qalif yang agak popular dikalangan kanak-kanak dan remaja ni diterbitkan di bawah label Komik-M oleh PTS. Komik-komik dalam label Komik-M ni mengekalkan gaya bahasa mengikut standard Bahasa Malaysia selain konsep dan isinya yang patuh syariah dan selamat untuk bacaan kanak-kanak.
Tajuk: Ultra Qalif #1 – #6
Genre: Fiksyen, Aksi, Superhero, Remaja
Penulis / Pelukis: Bophairy Baharum
Penerbit: PTS POP Sdn. Bhd., 21010 – 2016
Mukasurat: ±100 mukasurat
Bahasa: Malaysia
Kedai Buku: BookCafe.com.my
Harga: RM 8.90 / S.S RM 9.90
Sembang:
Selalunya genre begini bukan pilihan aku mungkin sebab pada dasarnya fokus pembaca adalah kanak-kanak, jadi takdelah aksi-aksi ganas dan keterlaluan dipertontonkan di dalam komik ini. Tapi, selepas membaca kesemua volume Ultra Qalif, aku rasa perkembangan jalan ceritanya, walaupun simple dan straightforward, agak menarik dan menghiburkan. Ditambah pula dengan penerapan konsep yang lebih islamik, membantu la adik-adik ni untuk sentiasa sedar diri dalam angan-angan nak jadi superhero tu.
Kualiti lukisan Bophairy serta merta upgrade dalam volume #3, itu yang aku perasan. Mungkin sebab dalam #3, penekanan ceritanya lebih kepada aksi, jadi lukisan tu nampak lebih cool dan best! Ditambah pula komik ni mula dihasilkan berwarna bermula volume #5. Selain tu, perkembangan jalan cerita pun bagus. Kalau korang tak membaca straight pada komik dan baca mukadimah dan penutup dia, korang akan dapat tahulah sedikit cerita latar pembikinan komik ni.
Sejak aku mula terlibat untuk hasilkan komik dan cerita dalam kelompok audience yang sama, aku rasa Ultra Qalif adalah antara komik yang ceritanya tidaklah terlalu keanak-anakan dan ada bahagian yang boleh diterima pembaca dewasa. Dari situ, nampaklah pengalaman Bophairy yang sememangnya sudah agak ‘lama’ beraksi dalam industri komik Malaysia ni. Aku tak teragak untuk promote kepada orang lain baca komik ni.
GEEK LEVEL:
Sembang tepi:
Tolak tepi dulu kalau korang mahu kualiti komik setanding luar negara sebab kena tahu siapa kelompok sasaran sebenar komik begini. Terutamanya, pelukis komik yang baru seperti aku, selain Ultra Qalif, komik-komik Komik-M yang lain juga boleh bantu untuk korang kenal kehendak pasaran Malaysia sebagai langkah permulaan.
Tapi kalau dah memang korang ni baru TAPI tahap tu dah pro, boleh tengok komik tempatan lain macam terbitan Maplé Comics di mana komik-komiknya lebih dewasa dan untuk pembaca matang.