SEMBANG SAJA: Minat – Dulu vs Sekarang

minat.png

Jomlah buat throwback sikit!

Dulu, aku hanyalah seorang peminat komik dan anime. Melukis komik tu sejak dari sekolah rendah lagi, masuk sekolah menengah aku lebih minat kepada menulis cerpen dan melukis ni jadi perkara sampingan sahaja. Malangnya, semua benda tu dah hilang masa ditelan zaman (sebab rumah pun kecik saja.. jadi banyak yang akan dibuang setiap kali mengemas. Sigh~).

Komik ‘pertama’ aku!

Aku memang tak pernah beli manga masa sekolah dulu. Aku kalau baca pun pinjam kat jiran atau kawan-kawan yang ada. Sejarahnya, masa aku muda remaja dalam darjah empat macam tu, aku kerap la pergi tolong Ayah aku kat gerai dia yang terletak di Lorong Katak (belakang Central Market). Selalunya jadi tukang basuh pinggan je sebab aku ni maha segan nak ambil order. Haha. Jadi aku selalu jugaklah balik malam dengan abang aku naik bas lepas selesai tugas tu. Kisahnya, satu hari ni aku balik lewat sikit sebab nak balik dengan Ayah. Aku pun ‘bersiar-siar’ sekitar kawasan gerai tu dan terjumpa satu komik (manga) ni tepi jalan. Dah rosak la jugak manga tu. Kegembiraan aku terjumpa manga tu kena counter pula bila aku sedar ia dalam bahasa Cina! Waktu tu tak tahu manga apa, tapi bila dah kenal tahulah itu manga “Mega-Man”. Itulah komik pertama aku.

Bila aku dan ada pendapatan sampingan dengan tolong Ayah aku berniaga, baru aku rajin kumpul duit untuk beli majalah komik. Aku dulu peminat tegar Ujang dan APO?!, tapi sejak sekolah menengah aku dah beralih kepada Gempak sebab waktu tu kan zaman manganime sedang meluas di Malaysia.

Sekarang?

Aku jarang sesangat beli manga dan komik. Kalau ada yang betul-betul aku minat baru aku sanggup berhabis duit untuk beli. Dalam Koleksi aku sekarang pun ada bermacam tajuk komik dari pelbagai publisher luar dan dalam negara. Manga pun banyak baca online – penjenayah! Kena pulak bahan bacaan aku dah ada variasi lain macam buku ilmiah, motivasi dan novel, jadi memang akan pilih dulu lah. Dah besar ni apahal semua buku dan komik jadi mahal?! Sentapp.. Haha~

Anime menjadi pengaruh utama!

Kalau orang lain teruja dengan anime “Dragon Ball”, anime pertama yang buat aku suka anime adalah “Sailormoon”. Haha. Sebab Sailormoon ni tayang petang-petang, Dragon Ball pagi jadi selalu aku miss. Masa tu aku darjah enam, sangat teruja bila ada kawan Chinese aku, Wai Hong tanya aku tengok tak kartun petang kat Metrovision. Aku punya suka dan kitorang pun berborak pasal Sailormoon. Tak ramai tengok sebab masa awal-awal dulu anime banyak dubbing pun dalam bahasa Cina. Aku je rajin sebab suka dan ada subtitle kot. Enjoy! Lepas tu aku minat la anime lain macam “Cardcaptor Sakura”, “Slayers” (slot pagi) “Doraemon”, “Mojacko” (slot Maghrib). Anime dulu bukan macam sekarang. Ceritanya memang strighforward dan adalah pengajaran dalam setiap episode walaupun sokmo berulang ja sebenarnya cerita dia.

Masa aku ditingkatan lima, aku suka pulak beli VCD anime. Sampailah aku kenal seorang kawan sekelas. Apit, yang kongsi minat yang sama dengan aku. Minat dia ni lagi hardcore la dari aku sebab dia pun suka main game, koleksi manga dia lebih dari satu rak dan ada juga berkotak koleksi anime. Aku manusia yang tidak mampu. Huhu. Melalui dia jugalah aku tahu kita boleh download saja anime dari beli – penjenayah lagi besar! Masa tu aku memang buta IT langsung, jadi aku pilih untuk beli je la. Kitorang tukar-tukar manga dan VCD anime dan akhirnya baru dia tahu yang aku ni boleh melukis. Sejak tu, dia la yang bagi semangat untuk aku teruskan melukis komik (sampai sekarang masih kritik komik aku. Kau ghase?)

Sekarang?

Manalah nak beli VCD, download pun pemalas. Adik aku je yang memang peminat anime tu suka download dan simpan koleksi – aktiviti penjenayah masih berlaku! Aku pun dah jarang nak menonton anime ni dek kerana ceritanya yang sama. Kalau ada ynag betul-betul lain dan menarik, baru aku tonton. Lagipun aku lebih prefer untuk baca manga dia. Anime ni lambat dan banyak fillers! Sakit jiwa nak menonton..

TRIVIA!

Aku memang noob sebab dalam kelas aku selalunya jadi ketua kelas (berlagak) dan kerana tu aku kena duduk depan la kan. Ramai kawan-kawan ni duduk belakang dan aku memang tak rapat dengan diorang sangat. Aku pun jarang melepak bersama sebab hidup aku pergi sekolah pagi, petang tu balik nak tolong Ayah pulak. Kalau ada pun waktu hujung minggu. Kawan-kawan tu adalah sebab aku ni suka join persatuan. Kawan-kawan pun dalam kelompok itu saja. Aku suka kerja dalam persatuan, tapi bab bersosial tu aku kureeng sikit. Aku memang introvert sejati dan sangat awkward bila bertemu orang lain. Seriuosly..

Sekarang?

Sama je. Sejak aku dah berhenti kerja, hidup sosial aku jatuh terus ke tahap zero. Bila perlu bersosial, Adik aku yang paksa pergi. Tapi tak dinafikan, ada kawan-kawan yang masih suka ajak aku bersosial, tapi aku ni tak suka nak buat orang susah. Aku enjoy hidup dengan kepala sendiri. Complicated.. sesak nak memahami manusia ni kan?

In the nutshell, aku dulu langsung tak terfikir melukis komik dan design ni sebagai kerjaya dan lebih kepada minat sahaja. Langsung terkubur, bila aku dengar nasihat cikgu untuk ambil kelas Akaun dari kelas pilihan aku; kelas Seni. At the end, Akaun jugak subjek yang aku GAGAL! Haha. Sabo je la..

Sekarang?

Walaupun aku ada rasa sesal “kenapa aku tak buat itu dulu..”, sekarang aku dah boleh terima semua yang berlaku sepanjang hidup aku sehingga kini, Allah dah rancang yang terbaik untuk aku. Banyak perkara terjadi dalam setiap titik perhentian aku dan aku percaya ada hikmah walau susah dan pahit macamana sekalipun. Aku tak mahu terikat dengan masa lalu, tapi ambil pengajaran yang aku dapat sebagai pedoman. Apa yang sudah berlaku tu, biarlah. Apa yang penting adalah benda yang aku buat SEKARANG dan kedepan nanti. Itu saja nak cerita tentang minat aku dulu dan sekarang. Sebenarnya ada sesuatu yang serius aku nak tulis, tapi jadi lain pulak haa. Takpelah, aku cerita dalam post yang lain.

Berusahalah~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s