SEMBANG WAYANG: The 5th Wave

5th

Dunia kini diancam bahaya dengan kehadiran makhluk asing yang mahu menyingkir populasi manusia dari muka bumi melalui empat gelombang berbahaya. Cassie kini perlu menghadapi gelombang kelima dengan misi untuk menyelamatkan adiknya, Sammy. Dari situ, dia bertemu seorang remaja lelaki yang mungkin menjadi harapan terakhir untuknya.

Tajuk: The 5th Wave

Edaran: Sony Pictures

Genre: Aksi, Pengembaraan, Sains Fantasi

Pengarah: J Blakeson

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 14 Januari 2016

Tempoh: 113 minit

Pelakon: Chloë Grace Moretz, Nick Robinson, Alex Roe, Maika Monroe, Liev Schreiber

Sembang:

Sebuah lagi filem adaptasi novel dengan tema distopia (dunia selepas bencana) dan menampilkan seorang pelakon muda hebat sebagai teraju utama! Ahh.. masa korang menonton filem ni tetap tak dapat elak untuk membandingkannya dengan filem-filem lain dalam tema yang sama.

Konsepnya sangat menarik; dengan menggabungkan pelbagai bencana yang popular macam tsunami dan jangkitan wabak dan akhirnya menunjukkan bagaimana manusia meneruskan perjuangan untuk hidup selepas semua bencana tersebut. Oh, tapi ini bukan filem tentang bencana alam tau! Ini filem alien invasion. Ada plot twist yang menarik dipertengahan filem ni dan waktu itulah aku mula rasa ceritanya akan ada perkembangan yang bagus (dalam filem sambungannya la..).

Masalah pertama yang aku dapat lihat adalah barisan pelakonnya. Ok, untuk tiga watak utama tu memang cukup baik, tapi untuk watak sampingan yang lain.. hmmm.. Watak Ringer yang sepatutnya cool tu pun tak seberapa.. Watak antagonis pun macam hold back je jahatnya. Nak kata psiko pun tidak. Kedua adalah CGI yang digunakan memang nyata nampak kekurangannya. Aku cuma harap mereka boleh buat lebih baik walaupun babak tu hanya untuk beberapa saat sahaja.

Bagi sesetengah orang yang menonton, kalau korang bukan peminat tema begini, korang akan rasa filemnya sama saja dengan filem lain. Tapi kalau korang peminat tema begini, korang akan dapat rasa kelainan yang ingin dibawakan. Walaupun perkara utama yang dibawa adalah survival, sebenarnya ada intipati lain yang disentuh. Sangat menarik untuk aku explore dalam naskah seterusnya.

Keseluruhannya, aku suka konsep dan jalan cerita filem ini. Cuma aku rasa, perlaksanaannya pasti lebih kemas dan ‘elok’ di dalam novel (maka aku pun beli novelnya). Untuk filem ini, nampak kekurangan tu sebab aku perasan ada babak yang buat jalan ceritanya mudah dan lurus sahaja. Ada cerita yang perlu dikembangkan, tapi terpaksa dibuang untuk memenuhi jam tayangan tu. Namun, aku tetap akan tunggu filem sambungannya!

Sembang tepi:

Dulu ada yang bandingkan filem The Hunger Games dengan filem “Battle Royale” kan? Kalau korang ada tonton filem”Battle Royale 2″ ataupun baca manganya, korang akan rasa benda yang sama. Heh. ;p

POPKON:

popkonX4

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: The Fifth Wave, The 5th Wave review, The 5th Wave movie, sembang wayang, movie review, The 5th Wave 2016, Sony movie, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s