SEMBANG KOMIK: 5 Aplikasi Melukis Komik

5aapps

Kalau nak ikutkan aplikasi (atau software) untuk melukis ni memang banyak, tapi tak semua yang fokus / khusus untuk penghasilan komik. Sebenarnya korang nak guna aplikasi apa pun boleh, ikutlah pada keselasaan dan keserasian korang dengan aplikasi tersebut. Aku sendiri, bermula dengan lukisan manual, kemudian barulah berjinak-jinak melukis secara digital bermula dengan iPad dan sekarang pengguna tablet Wacom. Di sini aku kongsikan beberapa aplikasi yang pernah (atau masih) aku gunakan untuk melukis dan fokusnya lebih kepada lukisan komik. Meh baca!

1. Clip Studio Paint / Manga Studio

Ini adalah aplikasi yang aku gunakan sekarang untuk menghasilkan komik dan kadang-kadang untuk design juga. Sebenarnya Clip Studio Paint (CSP) ni adalah versi baru untuk Manga Studio. Tapi CSP belum lagi sepopular Manga Studio kerana keperluan untuk membeli dan tiada cracked download version seperti Manga Studio – penjenayah! Hehe. Aku dapat CSP Debut sebagai pakej masa beli tablet melukis Intuos Manga. Tempoh percuma-guna diberi selama satu tahun, selepas tu kenalah beli yang official punya.

Bagi aku CSP mudah digunakan dan fungsinya dalam penghasilan komik juga pelbagai. Aku pernah guna Manga Studio beberapa tahun dahulu, jadi bila tukar kepada CSP takdelah janggal sangat. Ada pelbagai bahan untuk digunakan sebagai tanbahan kepada effect dan lukisan. CSP membantu korang untuk mudahkan teknik melukis supaya nampak kemas dan seakan pro!

Selain komik, aku gunakan untuk buat ilustrasi dan design juga. Fungsi untuk buat rekaan grafik tak berapa banyak, tapi sangat cukup untuk design yang simple dan cepat. Selain tu, boleh juga convert kepada .psd (Photoshop) untuk proses seterusnya atau untuk tugas editing yang lebih professional.

Ada dua versi CSP ni iaitu PRO dan EX. Aku guna PRO sebab EX tu harganya mahal la sesangat! Aku manusia tiada kemampuan (=.=)”. Bagi aku, versi PRO pun dah cukup untuk hasilkan komik. Versi EX ada lebih fungsi macam susunan mukasurat untuk dicetak, tukarkan gambar kepada lukisan dan banyak lagi. Korang boleh baca penerangan secara ringkas perbezaan setiap versi di sini.

Kalau berminat, korang boleh download versi percubaan dahulu di sini. Untuk TRIAL ni, korang boleh gunakan kebanyakan fungsi dalam CSP, tapi tak bleh nak save atau export.

TIPS: Berminat untuk beli CSP? Tunggulah untuk promosi / diskaun yang selalunya akan dibuat setiap 6 bulan! Potongan harga sampai 70% untuk versi PRO. Jadi sentiasalah cekidot dengan website atau facebook page CSP.

Klik sini untuk ke website CSP | Klik sini untuk facebook page CSP.

Beberapa komik aku hasilkan sepenuhnya guna CPS, antaranya:

  • Komik debut “Sayang Ummi” Baca preview di sini.
  • Komik untuk CKOM 2015 – “Sentuhan dari Hati” [BACA]
  • Komik untuk CKOM 2015 – Baca “Skuad Penyelamat Cinta” [BACA]
  • Indah Bukan Milik Kita (Drama) [BACA]

Preview interface CSP:

manga_studio_ex_5_0_2_sample_d_1713834
Ini antara kelebihan yanga ada dalam Manga Studio dan juga CSP. Korang boleh buat medel 3D untuk bantu korang buat postur watak. Hebat tak?! Diambil dari reinaldo-share.blogspot.com

Kejap! Kejap! CSP juga kerap buat pertandingan untuk penggunanya. Selalu yang dianjurkan adalah pertandingan untuk ilustrasi dengan tema tertentu. Kali ni aku join weh! Boleh la jenguk entri aku di sini.

2. Paint Tool SAI

SAI juga antara yang popular terutamanya dikalangan pelukis-pelukis baru. Aku pernah guna waktu mula-mula cuba melukis secara digital. Salah satu sebab SAI popular adalah kerana ada cracked-download version – penjenayah! Harganya pun boleh tahan mahal sebenarnya; lebih kurang CSP versi PRO. Interface SAI simple dan tidak serabut. Selalunya digunakan untuk lukisan ilustrasi kerana tiada fungsi istimewa untuk penghasilan komik.

Boleh dapatkan SAI di sini.

Preview interface SAI:

easy_paint_tool_sai_interface_by_easypainttoolsai
Kemas dan suci je kan interface dia? Tapi mudah untuk digunakan. Korang akan cepat biasa dengan tools dia. Diambil dari easypainttoolsai.deviantart.com

3. Photoshop

Ini aplikasi yang sangat dikenali semua dan selalunya digunakan oleh pelukis-pelukis pro dan otai. Photoshop ni merupakan aplikasi untuk melukis dan editing terawal yang bertahan sampai sekarang. Menjadi aplikasi utama pilihan ramai pelukis berbanding aplikasi lain sebab ada ‘kasta’ professional dan terkenal tu. Disebabkan fungsinya yang memang terbaik dan lengkap, Photoshop boleh digunakan untuk pelbagai tugas selain penghasilan komik. Oh, ramai juga jadi penjenayah sebab harga sebenar Photoshop memanglah tahap CEO syarikat je yang mampu beli – perbandingan yang terlalu melampau.

Kebanyakan pelukis baru akan menganggap Photoshop ni susah dan complicated, kecuali mereka yang pernah belajar menggunakannya. Sebenarnya Photoshop ni bukan complicated, cuma kebanyakan teknik untuk melukis tu kita kena hasilkan sendiri dengan menggunakan fungsi sedia ada. Photoshop terbaik untuk proses mewarna dan editing, jadi ramai pelukis menggunakannya sebagai proses akhir penambahbaikkan kualiti karya mereka. Kalau korang tak pernah guna Photoshop, belajarlah guna. Memang tak rugi. Dengan photoshop korang mampu tingkatkan kualiti lukisan dan komik korang.

Preview interface Photoshop:

maxresdefault
Bukan je mereka yang otai dan pro, selalunya penerbit pun mahukan format .psd ni sebagai format komik supaya mudah diselenggarakan. Penting juga aplikasi yang korang guna sekarang ‘mesra’ Photoshop – boleh convert kepada .psd. 

4. MediBang Paint Pro

Aplikasi yang semakin mendapat perhatian kerana fungsinya yang agak lengkap untuk menghasilkan komik. Sebab utama MediBang popular juga kerana ia boleh diadapati secara PERCUMA! Betul! Kelebihan yang diperkenalkan oleh MediBang adalah kemudahan untuk korang save hasil kerja di-cloud storage dan diakses pada semua peranti yang korang gunakan. Ini kerana, MediBang boleh korang download dan install kepada pelbagai jenis peranti dan OS. Contohnya, korang install dalam phone, iPad dan PC, jadi hasil kerja tu boleh save dalam cloud storage dan kemudian boleh dibuka dalam phone, iPad atau PC. Kemudahan mobiliti ni memang berguna zaman sekarang sebab kebolehan kita akses dan buat kerja di mana sahaja.

Aku pun baru juga guna aplikasi MediBang ni, jadi belum habis explore. Untuk permulaan ni, bagi aku aplikasi ni lebih ‘ringan’ dan fungsinya agak lengkap seakan CSP. Cuma korang kena rajin download mana tools yang korang perlukan. Aku lebih selesa untuk gunakan MediBang di iPad berbanding PC. Mungkin kalau korang gunakan touch screen, korang akan rasa lebih smooth dan mudah berbanding tablet melukis.

Klik sini untuk ke website MediBang | Klik sini untuk facebook page MediBang.

Preview interface MediBang:

5ulw7t3ltp98eg608ngqjx
Setiap peranti tu lain interface-nya mengikut saiz. Cubalah nanti. FREE je pun. Diambil dari: www.plurk.com

5. Aplikasi untuk tablet (mudah alih)

Okay, selain PC aku juga gunakan iPad sebagai tempat untuk meluahkan gian melukis ketika tiada bersama Cik Lappy kesayangan. Melukis menggunakan iPad ni perlu ada stylus yang bersesuaian. Aku guna stylus biasa je. Meh aku kongsikan dua aplikasi yang terbaik bagi aku untuk melukis dan menghasilkan komik.

i) Procreate

Procreate merupakan aplikasi melukis untuk iPad yang boleh dibeli dengan harga USD $5.99. Interfacenya simple dan kemas dengan pelbagai shortcut untuk memudahkan penggunaannya. Update terkini ProCreate semakin bagus untuk membantu korang melukis. Ada fungsi untuk korang link dengan stylus (bluetooh) supaya korang boleh cipta pressure mode dengan setting sendiri.

Selain tu, ProCreate akan rakam semua aktiviti korang masa melukis tu. Jadi lepas tu korang boleh save sebagai video dan buat time-lapse korang terus! Brushes pun pelbagai dan banyak lagilah fungsi tambahan.

Boleh dapatkan ProCreate di sini (iOSsahaja).

Preview interface ProCreate:

procreate-interface
Bila dah terbiasa guna, sangat mudah melukis dengan app ProCreate ni. Diambil dari: http://procreate.si/

ii) Autodesk Sketchbook

Berbeza dari ProCreate yang eksklusif untuk Apple, Sketchbook boleh juga didapati untuk pengguna Android dikeluarkan oleh Autodesk. Korang boleh download secara percuma, tapi untuk gunakan kesemua fungsinya, korang kena upgrade dengan harga USD $3.99. Fungsi Sketchbook bagi aku lebih baik dari Procreate, tapi kurang pada smoothness semasa melukis tu.

Baca lanjut tentang Sketchbook di sini.

Boleh dapatkan Sketchbook di sini untuk iOS | di sini untuk Android.

Komik-komik yang aku hasilkan dengan Sketchbook:

  • My 1Oth Ghost (Misteri) [BACA]
  • Introvert (Motivasi) [BACA]
  • Kubikel (Motivasi) [BACA]
  • Goul (Misteri) [BACA]

Preview interface Sketchbook:

autodesk-sketchbook-3
Versi untuk versi tablet lebih simple dan tidak terlalu padat. Diambil dari: www.androidheadlines.com

Sembang:

Walau bagaimana pun, aku selalu ingatkan yang aplikasi ni hanyalah alat atau tool untuk kita. Keselesaan dan kerserasian tu kita boleh develop selama kita guna aplikasi tersebut. Yang penting, gunakan tools ini untuk bantu kita tingkatkan skil melukis dan teknik menghasilkan komik. Aku ni jenis suka cuba macam-macam supaya sekonyong-konyongnya aku tahu dan pernah guna. Jadi bolehlah tahu mana yang okay dan tidak. Mungkin juga waktu kecemasan, apikasi yang kita selalu pakai pun takde, bolehlah kita guna aplikasi lain. Ingat tau, tools (aplikasi) hanya membantu kita. Jangan bergantung sangat dengan satu aplikasi dan cuba untuk tingkatkan skil ‘zahir dan batin’ kita.

Korang bolehlah cuba mana-mana aplikasi yang tak pernah guna di atas ni. Kalu korang ada aplikasi lain yang nak dikongsikan, boleh nyatakan dibahagian komen. Kalau nak aku cuba dan review pun boleh! 🙂

SELAMAT BERJAYA!

Keywords: aplikasi melukis, app melukis, app melukis ipad android, software melukis komik, clip studio paint, paint tool sai, photoshop, medibang, procreate, autodesk sketchbook, review bahasa melayu

Advertisements

4 thoughts on “SEMBANG KOMIK: 5 Aplikasi Melukis Komik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s