SEMBANG WAYANG: The Boy

theboy

Greta mengambil peluang sebagai pengasuh di sebuah perkampungan terpencil di UK. Namun, apa yang memeranjatkan buat Greta apabila mengetahui kanak-kanak berusia 8 tahun yang perlu dijaganya sebenarnya adalah sebuah patung porselin. Peliknya, kedua-dua ‘ibu bapa’ patung itu melayannya seakan manusia. Greta telah mengabaikan beberapa peraturan dan dari situ bermulalah kisah ngeri Greta bersama patung tersebut!

Tajuk: The Boy

Edaran: GSC Movies (Malaysia)

Genre: Misteri, Seram

Pengarah: William Brent Bell

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 21 Januari 2016

Tempoh: 97 minit

Pelakon: Lauren Cohan, Rupert Evans, Ben Robson

Sembang:

Filem genre seram bukan pilihan utama aku, tapi sebab adik aku paksa, aku pun pergilah menonton filem ini. Trailernya cukup memberi impak dan memang menarik minat ramai orang untuk menonton sehingga panggung penuh! Sewaktu kredit pembukaan filem, tumpuan aku tertarik kepada produser filemnya, BUT no biggie.

Kemudian kita dipertontonkan dengan kisah Greta daripada Amerika yang kini mahu menjadi pengasuh di UK sebab nak melarikan diri dari kisah silamnya. Pertemuan pertama Greta bersama Brahms dan reaksi kedua ibu dan bapanya memang akan mengundang rasa kurang senang. Sampailah tiba babak-babak terkejut-terkujat sepanjang cerita.

Aku macam berani sikit menonton filem ni sebab bagi aku feel-nya bukan cerita seram sangat, tapi macam gangguan atau pengaruh psikologi watak utama tu. Masa tu bermacam tanggapan bermain dalam fikiran tentang latar Brahms, pengaruhnya kepada Greta dan apa yang berlaku pada Greta dan Malcolm nanti? Sampailah babak yang merungkai misterinya…. Totally unexpected!

SPOILER! Highlight la text di bawah untuk baca…

Namun, perasaan ketika tu aku rasa sama macam ramai lagi dalam panggung.. KRIKK KRIKK~ Konklusi dan penutup yang terlalu biasa. Graf keghairahan menonton tu terus terjunam. Kenapakah….. Kami keluar panggung dengan rasa tak puas hati. Kecewa~ Twist yang terlalu biasa dan tak perlu. Kenapa tak stay sebagai filem hantu haa?! – Geram. Oh, Annabelle, he’ll not be your boyfriend.

Keseluruhannya, filem ini menghiburkanlah jugak dengan babak seram-terkejut-terkujat tu. Cuma kalau korang peminat filem seram, tahap seram dia biasa je sebab aku pun tak rasa seram sangat. Macamana tahap seram aku? Sampai aku terpaksa tutup telinga dan kelopak mata menghadkan pandangan pada skrin besar tu! Haha.

POPKON:

popkonX3.5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: The Boy, The Boy review, The Boy movie, sembang wayang, movie review, The Boy 2016, movie seram, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s