SEMBANG SAJA: 10 Youtube Channel Pilihan

10youtube

Peredaran masa dan zaman merubah cara kita kan? Kalau dulu, bila berada di rumah, nak ada hiburan sikit mesti menonton TV atau paling tidak pun dengar radio. Tapi sekarang, TV dan radio sudah kurang popularitinya apabila internet mula menjadi pilihan terutamanya golongan muda. Aku sendiri jarang sangatlah menonton TV atau mendengar radio dari radio itu sendiri. Semuanya dah beralih kepada Cik Lappy tersayang.

YouTube merupakan salah satu platform hiburan melalui internet yang dikatakan bakal (ataupun sedang) menjadi pengganti kepada TV dan radio fizikal. Di luar negara, semakin ramai yang menggunakan YouTube sebagai sumber pendapatan mereka. Namun, di Malaysia ni YouTube masih lagi belum mencapai tahap yang sama.

Tak terkecuali, aku adalah pengunjung setia laman web YouTube ni. Setakat ni ada 200 channel yang aku follow. Tapi, tak ramai youtubers Malaysia.. Mostly adalah dari luar negara. Ramai je youtubers popular, tapi 10 pilihan aku ini mempunyai keunikan tersendiri dan mereka ni yang aku tunggu dan tonton setiap hari. Meh aku kongsikan 10 Youtube Channel pilihan aku!

1. nigahiga / Higa TV 

large

nigahiga atau namanya Ryan Higa, antara youtuber popular yang dikenali ramai dengan vlog-nya yang bertahap ‘kesungguhan-yang-teramat’! Aku tak pernah jemu menonton setiap vlog nigahiga kerana ada cerita dan penyampaian yang berlainan setiap kali dia upload videonya. Selain channel sendiri, dia juga ada satu lagi channel ‘HigaTV’ yang lebih kepada kisah belakang tabir dan aktiviti bersama geng dia yang super ohsem!

Aku memang salute nigahiga dan geng dia ni. Isi video mereka selalunya lebih kepada nilai yang positif, tapi korang kena tonton sampai kesudah untuk lihat apa plot twist dan rumusan sebenarnya. Gaya penyampaian mereka ni unik, kreatif dan effort mereka memang hebat. Korang tak follow? Banyak dah korang tertinggal..

Klik untuk ke YouTube Channel nigahiga | YouTube Channel HigaTV

2. Pocketnow

2448dd45ddb5ff76955e85e5f2ba2384ad56a53b_logo_main_mobile

Teknologi terkini semakin pantas dan tak terkejar, terutamanya teknologi telefon dan peranti pintar. Pocketnow adalah channel pilihan aku untuk sentiasa update hal-hal berkaitan teknologi ni yang lebih tertumpu kepada gadget macam smartphone, phablet, tablet mahupun konsol.

Err.. ambil tahu tu tak semestinya nak beli kan. Cuma aku suka hal teknologi ni dan Pocketnow sangat rajin buat daily updates juga review setiap gadget baru yang keluar. Lagipun, bila tengok review on hand ni, boleh la buat pilihan dan perbandingan kalau-kalau berangan nak beli satu hari nanti.. tak gitu? Hehe.

Klik untuk ke YouTube Channel Pocketnow

3. Jeremy Jahns

tumblr_n0oiwa6wuz1qcxymno2_r1_500

Selain aku sendiri yang suka review movie, Jeremy Jahns adalah salah seorang youtuber yang sangat aku suka dalam hal review ni. Jeremy bukan sahaja review movie, dia buat juga review tentang trailer, series dan games. Review Jeremy, simple, tepat dan padat! Ada humor dan semangat di dalam review dia ni. Tambahan pula, gaya pengkelasan atau rate movie yang tersendiri, macam ‘AWESOMETACULAR’ untuk movie yang best.

Walaupun begitu, tak semua review dia aku setuju juga. Cuma kalau ada movie yang aku tak berapa heksited sangat nak menonton, aku tengok dulu review dia. Tu pun kalau aku rasa tak setuju dengan dia, aku pun pergilah menonton. Begitulah.

Klik untuk ke YouTube Channel Jeremy Jahns

4. Emergency Awesome

maxresdefault2

Korang berjiwa geek yang sukakan komik dan segala perkara berkaitan komik (macam siri TV dan movie) terutamanya komik US? Haa.. Emergency Awesome bagi aku adalah channel terbaik untuk tahu sebarang update berkaitan perkara tersebut! Channel ni dikelolakan oleh Charlie Schneider. Apa yang bestnya tentang youtuber ni, pengetahuan dia tentang dunia komik sangat luas. Dia boleh berikan backstory dan perkaitan yang dibuat dalam siri TV atau movie kepada dunia komik. Dia ni pun rajin bagi review (dengan spoilers) dan bila dia masukkan kisah berkaitan komik tu, cerita akan jadi lebih menarik.

Yelah, macam aku ni takdelah mampu nak follow semua kisah dalam komik Marvel dan DC Comics tu. Dengan kehebatan dan pengetahuan youtuber ini, aku tak follow pun boleh tahu apa backstroy setiap karekter dan cerita. Siapa geek macam aku silalah subscribe dia.

Klik untuk ke YouTube Channel Emergency Awesome

5. Fine Bros / REACT

giphy1
Si Comel Morgan!

Bermula dengan Fine Bros, mereka kemudian wujudkan channel baru khas untuk REACT tambahan yang lain. Apa yang paling mendapat sambutan pada channel ini adalah slot React tu sendiri, tak kiralah Kids React, Youtubers React, Teens React dan yang terbaru, Adult React. Slot REACT tu adalah video raksi mereka terhadap sesuatu perkara macam lagu, trend, viral videos, games dan macam-macam lagi. Tambahan pula, diorang sekarang dah ada rancangan TV sendiri.

Klik untuk ke YouTube Channel Fine Brothers Entertainment | YouTube Channel REACT

6. Rob Dyke

tumblr_nlafeobabo1r6i096o5_500

Korang mahukan informasi menarik tapi dari sesuatu subjek yang lebih misteri, seram dan paranormal? Di dalam channelnya, Rob Dyke banyak menghuraikan kisah-kisah misteri dan gelap. Ada juga kisah yang buat korang tak senang duduk dan tertoleh-toleh tingkap sebab risau ada yang menjengah… Dia gunakan #seriouslystrange untuk videonya dan ternyata ada content yang pelik dan masih tak dapat dijelaskan atau diselesaikan sehingga ke hari ini.

Bagi aku, dia ni lain sebab ada unsur penyiasatan dan huraian misteri tentang perkara yang dibincangkan. Maklumat-maklumat tambahan yang diberikan selalunya adalah fakta, berserta tona suara dia yang garau tu bagi naik mood seram dan takut. Kalau tengok malam pun, tak mau tengok sorang-sorang.

Klik untuk ke YouTube Channel Rob Dyke

7. Vsauce

giphy2

Vsauce adalah channel untuk korang yang dahagakan maklumat berkaitan dunia, tak kiralah teknologi, saintifik ataupun pembuktian fiksyen. Tiga channel Vsauce ada huraian dan fokus tersendiri iaitu; Vsauce – berkaitan apa sahaja perkara yang berlaku didunia kita ni, Vsauce 2 – senarai perkara yang ‘mindblowing’ dan Vsauce 3 – pembuktian perkara fiksyen atau dongengan dari sudut saintifik.

Seronok follow ketiga-tiga channel Vsauce sebab maklumat disampaikan dalam cara yang menarik dan tidak bosan. Penjelasan diberikan dengan cara yang mudah supaya orang yang tak reti hal saintifik (macam aku) boleh faham apa misteri dan fakta berkaitan hal tersebut. Selain tu ada updates tentang teknologi baru secara amnya dan fakta saintifik lain yang kita mungkin tak pernah tahu.

Klik untuk ke YouTube Channel VsauceVsauce 2 Vsauce 3

8. ThinkTank

tumblr_ngc62f3ci41s02rnzo1_1280

ThinkTank atau sebelum ni dikenali sebagai TYTUniversity adalah sebuah channel diskusi yang mengupas sesuatu perkara. Takde perkara spesifik, tapi lebih kepada hal-hal sosial dan trend terkini. Perbincangan dan olahan dengan dua orang host bijak (John dan Hannah) ni agak menarik sebab dua-dua pun ada pengetahuan dalam bidang tersendiri. Fakta-fakta yang terselit masa diorang berborak tu yang buat aku suka menonton ThinkTank.

Klik untuk ke YouTube Channel ThinkTank

9. WatchMojo

watchmojocom_large_blank

WatchMojo antara channel yang menyediakan video ‘TOP 10’ yang paling popular. Tumpuan mereka lebih kepada pop culture dan infotainment (informasi tentang dunia hiburan). Tapi adalah juga kadang-kadang dia update tentang info terkini yang berlaku di dunia kita ni. Video senarai yang pelbagai mereka juga dalam bentuk ‘ranking’, teruk 10, terbaik 1. Seperti biasa, aku suka dengan info tambahan mereka bila menerangkan tentang sesuatu topik tu.

Klik untuk ke YouTube Channel WatchMojo

10. Yuka Kinoshita

giphy

Pernah tak tengok orang share di Facebook video sorang awek Jepun yang makan banyak macam ada nafsu 10 orang tu? Nama dia adalah Yuka Kinoshita (atau Yuka-chan) dan dia ni sebenarnya antara youtuber yang masih baru. Memang seronok tengok dia makan tapi yang buat aku sakit jiwa, badan serupa itu juga! Haihh.. Ada dalam satu video dia bagitau penyakit dia dan kenapa dia mampu makan banyak tanpa rasa senak sangat.

Aku selalu menonton video dia waktu nak makan dan waktu teringin nak makan macam-macam. Janganlah menonton video Yuka-chan waktu lapar sebab memang akan mengundang padah (lagi-lagi korang bersaiz raksasa seperti aku). Tahu tak hanya dengan upload video makan begini, dia dapat jemputan dari syarikat-syarikat besar untuk bagi dia review makanan dan pendapatan bulanan dia hampir ¥ 1, 000,000 (RM 36, 000)!! Semput melihatnya…

Klik untuk ke YouTube Channel Yuka Konishita

Sembang:

Sebenarnya ramai je lagi youtubers popular yang lain macam PewDiePie, Markiplier dan sebagainya yang aku follow. Tapi minat aku lebih cenderung untuk channel yang sediakan maklumat dan fakta menarik (selain Yuka-chan sebab makan. Haha~). YouTube ni dah jadi fenomena dan sumber pendapatan di luar negara, cuma di Malaysia ni masih belum lagi.

Ada beberapa youtubers Malaysia yang aku follow macam matluthfi90, Ray Mak, TheMingThing dan DanKhooProductions (hanya menyebut beberapa), dan video mereka boleh dikatakan dengan kualiti dan content yang best. Harapnya banyak lagi channel atau youtubers Malaysia yang boleh muncul dengan content yang menarik sebab kebanyakan channel dari Malaysia lebih kepada nyanyian, syarikat-syarikat dan games.

Oh, ada juga beberapa sahabat yang juga youtubers. Semoga korang berjaya dan komited sikit update video tu. Lama dah membatu. Ehhhh~ Haha. Hmm.. cakap itu ini reti je kan, tapi nak buat sendiri memang tak! Haha. Sabo je la.

Korang ada YouTube Channel lain yang korang ikut? Apa kata share le dekat komen tu~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s