SEMBANG WAYANG: Ola Bola

olabola

Filem yang diinspirasikan daripada kisah benar pasukan bola sepak negara sewaktu kelayakan Olimpik pada 1980. Tauke yang masih ada perasaan kecewa kerana kekalahan pasukannya pada perlawanan kelayakan empat tahun lalu mahu mengembalikan keyakinan penyokong bola sepak negara. Disamping itu, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh setiap pemain pasukan tersebut membawa kepada beberapa insiden yang mungkin menjadi penghalang kepada kejayaan yang mereka mahukan untuk perlawanan kali ini.

Tajuk: Ola Bola

Edaran: GSC Movies (Malaysia)

Genre: Sukan, Komedi

Pengarah: Chiu Keng Guan

Bahasa: English / Chinese / Bahasa Malaysia

Tayangan Malaysia: 28 Januari 2016

Tempoh: 113 minit

Pelakon: Chee Jun Cherng, Luqman Hafidz, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae

Panggung Wayang: GSC NU Sentral, Kuala Lumpur

Sembang:

Selepas filem “Polis Evo”, entah bila la kan nak menunggu sebab masih dahagakan filem Malaysia yang bagi impak seumpamanya.. Penantian tu tak lama pun! Impak yang sama, cuma dalam genre yang berbeza, inilah “Ola Bola”! Hasil buah tangan pengarah yang pernah menghasilkan filem dengan kutipan tertinggi sebelum “Polis Evo” iaitu “The Journey”, juga daripada penerbit yang sama – Astro Shaw.

Ini adalah review filem bertemakan bola sepak daripada Si Kaki Bangku dan bukan peminat sukan itu sendiri. Tapi itu tak menghalang aku untuk kata filem ini memang hebat! Sejak promo filem ini keluar dulu, memang ada terdetik di hati nak menonton sebab melihat kepada keunikan persembahan dan ledakan promosinya. Tak sangka, adik aku pun ada keinginan yang sama, jadi kami pun pergilah menonton.

Masa filem ni bermula, ada beberapa rasa keliru dalam diri aku.. 1) Sebab berlaku pada masa ini (present day) bukan 80-an. Lepas tu sedarlah, ini akan jadi cerita dalam cerita. 2) Eh.. Adakah ini filem dengan Bahasa Cina? Lepas tu sedarlah, filem ini memang filem Bahasa Cina sebenarnya. Namun, kedua-dua kekeliruan tu LANGSUNG tak mengganggu sepanjang menonton filem ini. In fact, untuk bahasa tu, sebenarnya semua bahasa digunakan di Malaysia ni ada dalam filem. Cuma bila penekanan kisah dan watak tu kepada Bahasa Cina, maka aku boleh katakan ini filem dengan Bahasa Cina.

Para pelakonnya juga adalah barisan pelakon baru (selain Bront) dan ini membuatkan ia nampak segar. Oh, mungkin juga sebab aku tak kenal pelakon Chinese di Malaysia, jadi aku anggap mereka semua adalah ‘wajah baru’. Watak yang sangat memberi kesan kepada aku bukanlah watak-watak utamanya, tapi dua watak sampingan – Cai dan Mei Ling (Kakak Keong). Bagi aku watak Cai tu menarik, macam satu cerita khas boleh dibuat untuk dia. Watak Mei Ling tu pula, masa dia pertama kali muncul kat skrin, aku terus terpegun dengan lakonannya.

Cerita pula tentang kesungguhan props dan CGI untuk menghidupkan ‘rasa’ zaman 80-an tu.. Layak bagi tabik toing-toing lah! Adalah beberapa longkang kecil sana sini bila diperhatikan dengan mata mikroskop, tapi ketepikan semua tu sebab mereka berjaya bawa ‘rasa’ tu untuk filem ini. Tak dilupakan permainan latar dan kisah dari pelbagai sudut dapat disusun dan disatukan dengan baiknya. Yelah, dari latar keluarga watak utama, tempat kerja dengan watak sampingannya pula, sangat bagus ‘diadunkan’ bersama. Ada jiwa Malaysia di dalam filem ini dan bila menonton, buat aku rasa kagum dan ‘terlupa’ kita ada pelbagai bangsa di atas tanah air ini.

Disebabkan aku buta hati tentang sejarah bola sepak (Malaysia dan dunia), makanya aku menonton dengan sepenuhnya bergantung kepada setiap informasi yang disalurkan melalui filem ini. Debaran tu berjaya dicipta sehingga aku sendiri bertepuk tangan semasa mereka menjaringkan gol! Heksited habis. Haha. Ada juga babak sentapp dan geram., tapi mostly adalah humor yang tak melampau. Seimbang semuanya.

Keseluruhannya, filem beginilah yang aku kategorikan sebagai ‘FILEM BIJAK’ dek kerana cerita dan kesungguhan yang dapat dilihat bukan biasa-biasa. Sebelum ini, filem dengan tema sukan yang ada nilai sebegini yang aku pernah tonton adalah filem ’42’. Kesimpulan tentang kerjasama dan semangat berpasukan tu memanglah intipati klise untuk banyak filem lain, tapi kelainannya adalah cara penyampaian dan ‘solekan’ yang dipertontonkan. Filem ini jadi filem-kena-tonton bukan kerana hype promosi, pengaruh penerbit ataupun pengedarnya, tapi kerana “Ola Bola”adalah sebuah karya yang bagus. Seperti aku, korang tak perlu jadi peminat bola sepak untuk menonton filem ini. Walaupun begitu, aku tetap tak minat bola sepak. Lalala~

POPKON:

popkonX5++

Haa.. ada plus-plus tu! Sebab memang recommended! Silalah pergi menonton.

Sembang tepi:

Sebelum mula selalu ada trailer filem-filem bakal tayang kan.. Masa tu menonton trailer filem animasi Boboiboy The Movie, aku rasa goosebumps! Entah kenapalah…

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #OlaBola, Ola Bola, Ola Bola review,Ola Bola movie, sembang wayang, movie review, Ola Bola 2016, Ola Bola filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

One thought on “SEMBANG WAYANG: Ola Bola

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s