SEMBANG KOSONG: Filem Tiada Kelas

Sebenarnya, Ola Bola bukanlah filem pertama dengan nilai, isi dan cerita yang berkualiti. Pernah menonton filem Embun, 1957 Hati Malaya atau Puteri Gunung Ledang? Antara filem yang bagi aku ada kualiti, tapi tidak mendapat sebanyak perhatian.

Garapan Ola Bola memang menjadi dan bagus, tapi janganlah sampai melebel semua filem Malaysia yang lain sebagai ‘tiada kelas’. Dicelah-celahan timbunan itu, ada beberapa filem yang bagus. Cuma, formulanya tidak berkesan untuk tarik penonton di Malaysia.

Bijaknya Ola Bola kerana ia merupakan sebuah filem adaptasi kisah sebenar. Membenarkan pengarah dan produksi menjadi lebih kreatif untuk mencipta drama dan menambah ‘perasa’ untuk menjadikan kisahnya lebih menarik. Boleh dikatakan tindakan bijak dari memilih untuk membuat filem seakan biografi atau dokumentari. Kerana jika Ola Bola mengambil kisah sebenar, sudah tentu perhatiannya tidak sehebat sekarang. Mungkin juga senasib filem-filem dengan tema sejarah yang lain.

Ola Bola jadi lain dari yang lain kerana kehadirannya yang berbeza dari lambakan filem tangkap cinta dan komedi sosial. Sudah tiba masa pengarah, bukan, penerbit filem melihat kepada isi dan kualiti daripada kejar apa yang mampu dijual.

Hmm. Tapi adakah ini salah penghasil filem mengeluarkan filem dengan tema santai dan melayan jiwa sebegitu? Bukankah mereka menyajikan apa yang pelanggan mahukan? Memuaskan kehendak pelanggan untuk pastikan produk mereka mampu dijual?
Fikirlah.

Adakah Ola Bola mampu mengubah suasana industri filem Malaysia? Boleh, tapi masih ambil masa. Tengoklah bagaimana Mat Moto mampu kutip 1 juta dihari pertama tayangan walhal Ola Bola masih perlu ditekan promosinya untuk menarik orang menonton sehingga hari ini.

Oh, ini bukan sahaja berlaku di dalam industri filem, malah novel, drama mahupun komik di Malaysia ni masih mengejar tajuk dan tema ‘mudah’ supaya ‘mampu jual’. Iyalah, siapa nak buat produk kalau tak boleh untung kan? Itu pun kerana mahu ikut selera pelanggan sehingga menjadi terlalu banyak, mencipta trend dan akhirnya mewujudkan budaya.

Janganlah sibuk minta pengeluar buat produk berkualiti kalau mentaliti kita masih belum pada aras yang sama. Kita minta, pengeluar buat. Maka, kalau sampah yang kita minta, tak mustahil sampah juga yang mereka bagi.

– Si Penyedih

Baca SEMBANG WAYANG: Ola Bla

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s