Berlatarbelakangkan tahun 1823, seorang pemburu bernama Hugh Glass menjadi pemandu arah kepada sekumpulan pemburu luar. Apabila mereka diserang hendap dan cuba menyelamatkan diri, Glass diserang seekor beruang dan cedera parah. Dia kemudiannya ditinggalkan oleh kumpulannya bersendirian dan terpaksa bejuang untuk hidup disamping mahu membalas dendam terhadap mereka yang telah mengkhianatinya.
Tajuk: The Revenant
Edaran: 20th Century Fox
Genre: Drama, Thriller
Pengarah: Alejandro Gonzalez Inarritu
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 4 Februari 2016
Tempoh: 157 minit
Pelakon: Leonardo DiCaprio, Tom Hardy, Will Poulter, Domhnall Gleeson
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Ini bukan filem main-main, sebab itulah sudah awal-awal dikelaskan untuk tontonan 18 tahun ke atas. Untuk pengetahuan, filem ini adalah adaptasi novel yang juga berdasarkan dari sebuah kisah benar. Kenapa mahu menonton filem ini sedangkan dah pun ditayangkan di US tahun lepas? Sebab utama kerana filem ini memenangi anugerah Golden Globe dan juga filem pencalonan untuk Oscar (Academy Awards)! Okay, aku masuk ke panggung dengan feel bersedia seperti menonton filem untuk Oscar. Biasa tak, selalunya filem untuk anugerah besar-besar ni dia ada sedikit stereotipikal pada garapannya. Hmm.. macamana nak cakap ye.. Selalunya filem begini ada cerita yang serius, deep dan ada makna tersendiri. Tak semualah, cuma pada aku, itulah feel-nya.
Ternyata filem ini bukan main-main sungguh. Padat dengan drama dan thriller. Aksi tu takdelah banyak sangat, tapi lebih kepada bagaimana watak utama tu berusaha untuk survive dalam kondisinya yang teruk. Tak segan langsung untuk ‘slash’ sana sini, tapi tahap gore tu realistik dan terkawal.
Untuk phasing dia, adalah rasa macam terlalu lama untuk sampai pada checkpoint cerita seterusnya. Dua tiga kali menguap jugak. Huhu. Mungkin mereka nak penonton rasa kesengsaraan yang dihadapi watak utama cerita ni. Haa.. yang ini memang serius. Tak tahulah kalau technician panggung sengaja turunkan suhu, tapi korang akan rasa sejuk dia macam dalam skrin tuh! Selain tu, adalah beberapa teknik tertentu yang dapat belajar kot-kot terperangkap dalam salji dan nak larikan diri dari penjahat.
Kena tengok juga pada teknik dan shot menarik dalam filem ni! Fuh.. memang bijaklah. Tahu tak yang kebanyakan babak di-shoot menggunakan cahaya semulajadi? Sebab tu ada ‘rasa’ realistik seawaktu menonton. Satu lagi, ada babak yang aku kagum sebab shoot one shot yang panjang. Dari segi teknikal, filem ni memang seronok untuk dikaji.
Keseluruhannya, filem ini boleh tahan untuk aku. Boleh tahan sebab ceritanya terlalu serius. Untuk selera aku sendiri, bila terlalu serius, aku jadi bosan. Tapi mungkin tidak untuk mereka yang betul-betul faham tentang filem. Salute kepada bahagian teknikalnya, tapi kureng sikit pada jalan cerita.
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: The Revenant, The Revenant review, The Revenant movie, sembang wayang, movie review, The Revenant 2016, filem The Revenant, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia